Monday, June 22, 2009

MELA, Pahang Kampung-ku(2h1m)

Berikut diatas adalah negeri yang aku kunjungi hujung minggu lalu(aku balik kampung sebenarnye). Hehehe! Pahang jauh dek 7jam dari KL(mana taknye, abah aku singgah sana sini), dari KL ke Bentong. Dari Bentong ke Kuala Atok. D
ari Kuala Atok terus ke kampung aku MELA. Macam tak pernah dengarkan nama kampung aku ni(Kampung aku jarang masuk TV la!!!). Lokasi kampung aku ni mudah, dekat dengan Kuala Lipis(rumah Datuk Siti, tapi aku tak pernah tengok pun rumah dia. Heheheh!!!) Juga berhampiran dengan pekan Jerantut(cam "kentut" kan bunyi dia?! Hehehe!) Korang pernah dengar TAMAN NEGARA? Dekat sangatlah tu dengan kampung aku, tapi aku sendiri tak pernah pergi. Aku pun tak peduli sangat dengan tempat tue. Hehehe!

--------------------

Masa aku on the way ke kampung aku jumpa la dengan seorang insan ni(Kuala Atok). Dia ni, memang ada hubungan keluarga dengan family
aku. Rupe dia pun ada macam arwah Atok aku *Al-fatihah!. Nama dia ni mak abah aku panggil Aki Embong, dia pangkat moyang kalau dengan aku. Aku panggil Aki jugak dengan dia(Aki dalam bahasa Pahang maknanye Datuk, tapi dia ni MOYANG aku tak tahu nak panggil apa??!! P lanta
klah bukan dia kisah pun! Hehehe!). Lupa nak bagitaw, dia ni seorang BUTA(bukan sejak lahir). Nak cakap dekat lu orang, dia ni hebat! Semua benda dia tahu, jangan pandang orang buta tak tahu apa-apa yer! Dari Sudut Hiburan, Politik, Hal Ehwal Semasa. Kagum beb aku dengan dia! Manusia celik macam kita pun tak tentu boleh jadi macam dia. Ingatan dia, jangan dicabarlah! Sangat tajam. Suara abah aku dia ingat, dia ingat bila last aku jumpa dia masa umur aku 8tahun(12tah
un aku tak jumpa dia). Hebat tak hebat!


*nielah Aki Embong, sempat aku tgkp gambo dia!
(kaki dia bengkak, coz chigukunya-susa btol aku nak eja!-)


*cakap phone lagi. (usia dan fizikal tidak membataskannya) -puitis sial aku!-

---------------------

Kemudian, journey(cakap omputih la plak aku!) aku diteruskan lagi untuk terus sampai ke kampung aku(abah aku lalu jalan jauh, amek ko! Patah pinggang aku dok lam kereta...). Sesudah sampai, dari jauh aku nampak ada Si Tua yang terkedek-kedek nak pergi buang sampah. Rupa-rupanye, OPAH aku. OPAH!!!!!! Hehehe!!! Lepas aku masuk rumah dan menelanjangkan diri aku(separuh jew! suar pendek yer!), terus aku gapai laptop busyuk aku. Alolorh... Sayangnye aku dekat laptop aku sekor neh! Lepas tu aku sambung broadband aku(dengan muke selambe). NAH!(muke terkejut cam babi tonyok!). Pergh...!! Kampung aku ada coverage internet lah. Ku sangkakan takde, rupe-rupenye ada! Line EDGE je, boleh la dari takde(maw mati keras aku takde tenet sehari..). Aku layanlah apa yang aku biasa layan(bukan blue yer!). Padahal dah pendalaman, plus ulu gilaK pun masih ada internet. Malam pun tiba. Perut pun dah penuh, gendang perut tali kecapi, kenyang perut suka hati(Ikan Patin Masak Asam Tempoyak yer! Fuh! Hidangan Wajib bila balik kampung aku. Hahaha!!). Masuk je pukul 9, 10malam, mulalah semua pakat nak tido! Aku ni pulak biasa dah macam kelawar tak pun vampire, memalam je aku memang berjaga & tido lewat. Memang Sunyi GABANlah!!! Aku sesorang je yang hidup lagi, lain semua dah lelap. KAMPUNG GILAK! Macam cerita I'm Legend je taw ka?! Itulah sebab aku jarang balik kampung aku ni, BOSAN!(Bila Malamlah).

--------------------

Dekat rumah Opah aku sekarang nie ada sekor kucing selepas dah lama Opah aku tak bela kucing(sebab kat rumah tu tak pernah lama hidup kucing kalau aku ada, masa aku kecik dulu lew! confirm mati!). So, Opah aku namakan dia COMEL(nama typical kucing belaan orang melayu). Habis aku kena cakar main dengan dia! Bukan boleh tengok benda bergerak-gerak, mula la nak terkam! Especially, KAKI dan TANGAN. Dengan aku, muka pun aku kena GIGIT! CILAKE betol! Bestnye pasal COMEL ni, dia kuat merajuk dan tidur sama waktu dengan manusia tidur. Malam jew, Opah aku letak dia dekat dapur nanti dia pandai-pandailah nak tidur atas kerusi. Bukan tipu, aku sendiri tengok masa aku pergi bilik air masa malam tu, dia memang tido! Buka mata sikit, lepas tu tido balik! Memang macam manusia sial!

*nielah kucing bangang yang cakar aku tuh!

--------------------

Banyak benda best aku dapat balik kampung nie, cuma bila nak balik tu aku berat sikit. Dah sampai, macam-macam aku dapat! Heheh!!!

*TERATAK OPAH AKU!

*dari sudut pandang sisi. (ChAnteq gak umah opah aku nie!, byk tumbuhan...)
*stesen keretaAPI yang telah lama tak beroperasi lagi kt kampung aku.
(nak naik sekarang lambai je suoh keretaAPI berhenti!)
-sempat la jugak aku amek gambo ni last minute dekat senja-

p/s: paling best balik kampung mesti ada habuan OPAH aku bagi pada aku. $$$$$ (LUV u OPAH!)

Friday, June 19, 2009

Gembira Maksimum!

Terlihat saje aku punye title semua dah tahu yang aku tengah happy gaban!
Mana tak nye aku happy babas(ayat rojakan remaja kini), setelah lebih setahun aku tunggu saat ni akhirnye tiba jugak! Apa yang aku tunggu sangat ni adalah.....

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN- yang akan ditayangkan 24hb ni. Ditambah pula aku tunggu sejak aku dapat tahu pakcik aku Si Micheal Bay tu mule shooting filem ni. Tak melonjak-lonjak aku bila masuk je bulan Jun nie. Dah tentu-tentu aku tahu apa yang aku tunggu akan aku dapat.
Lagi Bestnye ni, aku pergi dekat sepuluh orang(10). Hahaha!!
Dapat tiket firstday n firstshow lagi taw!(Memang aku idamkan sangat!)
IMAX lagi der....
Gumbiranye aku, janji berdua last-last SEPULUH!


Apa-apa pun memang aku happy! Esok kena pulang ke kampung ikut family aku ziarah OPAH aku yang tercinta di-PAHANG! Memang susahlah aku nak ditalian(on9). Hehehe!

Harga Tiket semua sekali RM110(sumbangan dikeluarkan oleh AKU, VJ dan ARIF). Korang yang ikut bayar balik kat kitorang yang bayar dulu ni! Tak jadi nanti, lebur duit kitorang.(Apa-apa pun korang kena bayar jugak!) KIMEK! "Maaf Tercarut denga sopan"

p/s: Aku sebenarnye tak berapa minat balik kampung sebab 2hari 1malam je, aku setuju jelah. Malas nak argue lagi!


Thursday, June 18, 2009

Siapa Penipu?

Al-Kisah...
Baru-baru ni, aku ada la dengar satu cerita nie. Ini bukan cerita tipu (kalo tipu, tampor aku). Ini sangat kenyataan (fantasy become alive). Hehehe! Kalau difikirkan cerita yang aku nak kaborkan ni, ada jugak macam cerita yang bermain waktu tido jew. Tapi benda ni dah jadi realiti. Macam drama pun ada, mustahil jadi kat dunia fana (ayat cam pundek!). Maaf aku memang gemar mencarut!

Watak-watak
  1. TokWan (bukan nama sebenar)
  2. Cik Melah (bukan nama sebenar)
  3. Orang Kampung (bukan nama sebenar tapi sebenar) -ayat macam keling!
Apa yang telah terjadi adalah kisah percintaan antara TokWan ngan Cik Melah. Mereka berdua ni masing-masing berumur lingkungan 70-80an. Si Tokwan ni dah menduda lama, teringin la nak ada teman. Yelah, buat teman tidur malam(siang pun sekali la). Cari tempat nak bermanja (makin tua perangai macam budak-budak, dengar guruh pown dah takut). Heheheh! Jadi Tokwan dah lama nak ke Cik Melah tu. Cik Melah ni tak silap aku dari kampung lain (dari cerita yang aku dengarlah). Diorang kenal masa jumpe dekat masjid kot?! Lantak la, aku tak tahu camne diorang boleh kenal. Tapi apa yang aku nak cerita ni, selepas diorang berdua dah berkenalan dan berkenan antara satu sama lain, dah rasa makin serasi bersama (cam Ajai ngan Nurul). Si TokWan ni tak dapat nak menahan gatalnye, lalu diperisterikan Cik Melah sebagai teman hidup beliau. Jadi diadakanlah orang tua gatal dua ekor ni punye kenduri! Orang kampung pun sibuklah menolong, mencekik, memasak, mengumpat (faham-fahamlah, kenduri tempat paling sesuai sebarkan berita-berita lam kampung). Heheheh!

Di sebalik Cik Melah ni tersimpan seribu rahsia. Orang kampung Cik Melah tahu sangatlah kisahnya. Sebenarnya Cik Melah ni jahat orangnya! TokWan tu, merupakan laki dia yang ke-13. Memang style Cik Melah ni, lepas kahwin 3 bulan dah taknak dia ke laki yang dikahwini beliau. Orang kampung dia mungkin sangat berminat untuk makan nasi minyak selalu, jadi mereka ni idoklah beritahu orang perangai Cik Melah tue. Dengan itu diorang dapat makan nasi minyak free! Sampai ramai yang udah jadi mangsa. Motif sebenar Cik Melah menikah reramai adalah untuk memperoleh wang hantaran yang boleh Cik Melah buat enjoy. Beli handphone (3G kowt), barang emas, and etc.

--------------------

Persoalannya utamanya. Siapa yang patut dipersalahkan?
TokWan- Silap sebab tak periksa latar belakang Cik Melah.
Cik Melah- Suka Menipu.
Orang Kampung- Tidak berkata benar dan tidak jujur.
Jadi siapa?

Segala yang dicerita adalah benar. Lihat inilah masalah masyarakat kita sendiri. Jika 10 tahun lagi seperti ini sikap masyarakat kita. Musnahlah segala pegangan BANGSA, NEGARA, AGAMA. Ia umpama penyakit. Kalau menular lebih lama, lebih parah. Kalau Si Tua berperangai macam ni, Si Muda yang bakal memimpin negara mungkin mampu buat lebih teruk dari ini. Dimana peribahasa "kepimpinan melalui tauladan"? Macam ni ke nak ikut? Bangsa apa yang terlibat? Melayu jugak! Kalau hancur bangsa aku ni masa depan, memang sebab "manakan lagi nak tumpah kuah kalau tak ke nasi". Sebab orang sekarang, masa depan yang merasa pahitnya. Astagfirullah!

p/s: Patraque terfikir bagaimana Cik Melah melayari setiap malam pertama beliau???
13 orang bai! umur 80an. Nenek lu pun tak boleh buat! heheheh!!!

Wednesday, June 17, 2009

Masa. Kerja. Result. Aku Hampir Dipenghujung!

Adoi! Tersentak aku dek kelekaan minda ini yang sering saja terlupa untuk mengupdate blog aku ini. Nak aku salahkan masa rasanya aku sudah banyak mempermainkan masa yang sentiasa mencemburui aku. Mencemburui insan yang sering mempermainkan masa. Aku tak nafikan diatas muka bumi ini, semua insan memperjudikan masa. Ada yang menggunakan masa untuk kesenangan, dan ada juga yang mengunakan masa meniti kesengsaraan dalam kesenangan.

--------------------

Sudahlah dengan masa! Aku kini benar-benar kesuntukan masa. Jam dirumah ini tepat dengan detikan sesaatnya. Jarum itu tak pernah lalai dan terlupa untuk berdetik membantu manusia memperoleh lebih masa.

--------------------

Pejam celik, pejam celik....
Nah! Aku sudah hampir dengan tarikh kemasukan kembali ke kampus.
Hari semalam saat aku mengangkat segala barangan dalam bilik masih dalam kepala otak ni. Tapi apa yang sudah jadi? Sekejap sahaja aku disini, walaupun bagi insan lain aku sudah berhabis dengan masa yang panjang. Sedangkan cuti sekolah sudah selesai, aku tertiarap lagi dirumah bercuti.

-------------------

Kerja!

Ya! Seperti orang lain juga, aku pun nak juga duit lebih menjelang aku kemasukan semester depan ni. Macam biasa, insan yang baru ingin merangkak di Kota Metropolitan ini bekerja sebagai "promoter" sudah cukup memberikan kepuasan kerja. Usah ditanya keletihan yang dihidap, memang letih dengan hanya bayaran mengikut jam. Memang letih, kena terpacak macam tiang tunggu customers yang kadang datang untuk tengok-tengok saja. Tidak kisahlah dengan itu, ada juga yang macam tak pernah jumpa baju semua nak dikumbahnya. Aku pasti dek kerja yang aku lalui setiap hari, membuat aku tidak terasa dengan perginya masa begitu cepat sehingga kini aku sedar cuti semester ini kian menutup tirai. Tidak aku nafikan, suasana kerja masih aku rindui dengan rakan-rakan sekerja yang menemani setiap hari. Sebenarnya dalam hati ni, ada lagi berkehendakkan suasana itu, dengan satu cara iaitu menyambung kerja sebagai "promoter" kembali. Namun tika ini aku perlu memikirkan tanggungjawab yang lain, jadi tiadalah peluang bagi aku lagi bekerja. Ternyata cuti aku tidak kosong dan tidak membosankan!

--------------------

Result?!

Puas hati? Itu yang aku rasa patut aku tanya pada diri aku. Dan, YA adalah jawapan aku.
Sudah aku nyatakan dalam diri aku ni, buat apa hendak aku score lebih-lebih sedangkan pass semuan dan tiada repeat sudah memadai bagi aku. Ini kerana setalah aku membuang masa untuk berfikir, adakah kemungkinan apa yang aku pelajari kini menjanjikan peluang kerja yang sama? Dengan kemelesetan ekonomi kini. Benarkah kalau aku mempelajari bidang kejuruteraan dan pastinya aku seorang jurutera? Sedangkan pemegang lulusan ijazah sendiri bekerja sebagai "promoter" sealiran dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh aku yang masih menuntut. Jadi dengan kedudukan keputusan aku kini, sudah pasti aku sangat berpuas hati dan melupakan segala kesesalan yang dilakukan dulu. Kepada rakan-rakanku yang berjaya dengan cemerlang, TAHNIAH! Satu pesan dari aku, kejayaan masa ini tak menetukan kejayaan hari esok.

p/s: Maaf jika begitu panjang penulisan kali ini. Ini lebih kurang macam rumusan hampir sebulan. Memang la agak panjang. (Kini Patraque perlukan komen untuk menambah baik cara penulisan) -Sekian-

Sumber Tenaga Patraque