Thursday, May 27, 2010

Jualan Gudang Ekstrem Bermula. @Tingkat 3, Parkson The Mall.

Damn! What i'm expected is not happen. Lol. Things are really different than what had been discuss by other for about past two days. Ini jualan gudang sudah MELETOP!!! Hari pertama Jualan Gudang, bersamaan dengan hari ke-3 aku bekerja. Dari apa yang aku tulis pun korang dah tahu SALE BOOM! So, nak bercerita sikitlah. Ini kirenye pertama kali la aku join jadi promter untuk warehouse dan ni lah pertama kali bagi Parkson The Mall ni buat warehouse sale. Kalau aku buka tunjuk tapak tangan aku depan korang sambil tepuk dari belakang guna lagi satu tapak tangan aku yang terbuka korang faham tak maksud aku? Lol. Tandanya, suasana sangat sesak. Penuh orang berasak-asak nak beli barang murah(barang aku harga same je). Sudahnya, untung la Parkson. :P

Nak cerita lagi ni. Agak-agak kalau kaum ibu nak pergi membeli-belah memang boleh sangat. Mana tidaknye, set tempat tidur sampai ke pakaian budak2 serta barang perkakas elektrik ni memang murah. Memang masa ni lah nak grab barang2 macam ni. Murahnye bukan kepalang lagi. Set tempat tidur, harga RM400 turun sampai RM100 masa "Happy Hour". Happy Hour ni, adalah masa dimana salah satu jenama barang akan diberi peluang buat jualan longgok dan murah diluar entrance(pintu masuk) selama 30minit bagi setiap jenama, dibantu dengan DJ yg bertugas mengumumkan barangan apa yang sedang lakukan Happy Hour. Promoter siap pakai alat pembesar suara dan loceng tuk tarik perhatian orang. Berbalik pada barang murah, baju budak2 tinggal dalam lingkungan harga RM5-RM10. Sangat berbaloi kan? Banyak lagi susah nak cerita, pengunjung boleh kata leboh dari 500 orang dalam satu-satu masa. Kena pandai pilih masalah kalau nak pergi, waktu orang office masuk kerja paling sesuai. Bahananye hari ni, aku sakit tumit yang amat sangat. Allah jelah tahu, pulak tu balik lambat. Masuk bukan main cepat, (9pg-11mlm). ;( What to do, no job no money. No money no talk. Lol.
p/s: Hari Ni Aku Datang Awal(8.45pg), Suatu Kejayaan Bagi Aku Sebagai Part-Time Yang Selalu Lambat. Yahooooo!!!! Lol.

Tuesday, May 25, 2010

Kerja Alahai Kerja

25 haribulan, bermulalah bab baru dalam hidup aku. Sebenarnya ia sebuah perjalanan lama yg prnah aku harungi dan aku tempuhi lagi kali ini. Bekerja sebagai jurujual@promoter. Seperti yg telah dimaklumkan aku kali ini kerja jaga beg besar-besar tu. Beg orang pergi melancong tu. SUMPAH! Hari pertama yang agak macam celaka.... Stok yang diorder ni OVER! Apa ke gila Si Cina Executive Sales tu buat, dah tu stok sampai dia siap amek cuti. Terpaksalah aku dengan kawan aku yg tak berapa melayu tak berap india tak berapa cina, insan bernama VJ bertungkus lumus dengan aku setup counter dan tagging tanda harga. Mujur ada juga yang menolong sedari awal lagi, Jackie Si Supervisor. Kerja yang banyak membuatkan hari pertama aku bekerja ni rasa umpama tak terasa, sedar-sedar dah rehat. Sedar-sedar dah nak balik! Yay! Hehehe.... Permanent aku lak mak mertua mampos(CINA), kesian dekat dia. So, dia tak bersama kitorang dan yang pasti kalo ada dia mungkin agak membantu kerja menjadi cepat serta confirm dia maki sebab stok sampai Over. Yang meringankan lagi dengan ada rakan sekerja sorang ni, Cik Sue(Kawan lama, sama2 kerja dulu). Everything going well, we'll see how about tomorrow. 10am-10pm do made me feel so tired like shit! Esok ada breifing tergempar untuk semua pekerja jualan gundang. So kena bangun awal, tak nak terlambat untuk sampai kerja. Rehat kena cukup untuk kekalkan prestasi. :)
p/s: Aku masuk lewat hari ni, hari pertama dah buat hal. Lol :O

Monday, May 24, 2010

Secebis Ilmu Sebelum Lena

Esok pagi dah mula nak kerja, dalam masa itu juga aku cuba habiskan beberapa buku untuk cuti semester kali ini. Tajuk Menarik, Insya-Allah akan aku habis baca. Walaupun aku tidak minat membaca buku, sebab aku bukan ulat buku (sebab aku tak nak jadi ulat). Buku kali ini pun bukan aku yang beli hanya hasil pinjaman dari Mak Ngah aku (tak tahu la kalo dia nak bagi terus.Lol.). So, aku akan cuba habiskan Insya-Allah dapat kita kongsikan bersama ilmu yang ditimba (tapi bukan pinjam buku, Mak Ngah aku tak kasi pinjam).Lol. Kesimpulannya aku nak perkenalkan buku yang bakal baca. Sekian.

Jadi Diri Sendiri

Hye! Hahaha.... Sedikit ulasan pada sesuatu yang aku rasa kini. Usahlah nak merubah menjadi manusia yang lain, sedang diri tidak pernah cukup sempurna. Memilih untuk mencari inspirasi tu lainlah tujunya. Ini terus-terusan hendak berubah, perkara tidak akan pernah jadi mudah. Malah lebih kabut dan kusut yang datang berkawan menhancurkan segala yang ada. Biasalah manusia, pernah kenalkah erti bersyukur, kalau lepas makan kemudian sendawa barulah terpacul ayat bersyukur "urgh! Alhamdulillah, syukuuuurrr..." siap tarik panjang lagi. Hendak atau tidak setiap manusia pernah terperangkap dalam dilemma mencari identiti masing-masing. Seperti jugak aku pernah terperangkap dalam hal ini, selamatlah tidak sempat membuat apa-apa tindakan lagi aku sudah teringat akan asal usul diri ini. Dalam hidup semua kena fikir dua kali, takut tersilap langkah jadi bagai "Yang dikendong bertaburan, yang dijinjing berciciran". Entah betul ke tidak perumpamaan aku ni, kalau salah tolong betulkan aku. Hahaha! Sudah bertahun berjalan atas muka bumi Allah ini, ada juga yang aku pernah lihat terperangkap. Hampir semua dari kalangan rakan-rakan aku juga. Identiti yang tak pasti, akhirnya merana diri. Jadi Diri Sendiri, sepertimana mak dan bapa kita pernah corakkan dahulu. Jika berubah, pandailah membawa diri. Insya-Allah selamat. Hanya nasihat dari pengalaman serta perkongsian cerita untuk semua. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

-----------------------------

Okay, berakhir post kali ini bermakna aku sudah tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk mula bekerja. Biar panjang kali ni, lepas ni pendek-pendek la yer. Kalau ada cerita panjanglah kot. Aku takut silap-silap langsung tak update. Letih kerja. Hehehe. Btw, I'm ready for my 1st day of work tomorrow! Bring it on.... :P

Saturday, May 22, 2010

Update La Sikit....

Assalamualaikum! Berita penting... hahaha! Takde la penting mana sgt pown....
Okay, nak senang cakap sekarang semester break. Dah semester 5 berada dalam program Diploma Komunikasi dan Pengajian Media Ni. Hurm... Letih memang letih, tapi dah habis 5 semester pown dah boleh relax, semester depan 1 final paper dan 2 subjek. Nak buat apa dekat rumah....??? Makan tidur... Sorry yer.... Bukan cara aku... Kerjalah, janji tak nampak sangat macam melepak je dekat rumah. Lol.

Kerja sbg promoter, kali ni lebih semenggah sikit la kerja aku. Kalau dulu asyik2 dok jage underwear sampai kawan aku tanya "Ko takde hati nak jage panties lak ke?". Lol. Well, now thing has change. I'm not on that kind of field expertise anymore. Sikalang wa kilija juai itu luggage, lu ala taw ka itu luggage? Itu bag busa2 punya. Lol. Itu jelah aku boleh jwb kalo mana2 kwn aku yg tnya lagi psal kerja.Malasla nak panjang2, nanti update lagi banyak lagi cerita boleh cerita.

P/s: Rajin datanglah Parkson The Mall berdepan PWTC, sana wa kerja. 3rd floor ya! Sana ada warehouse sales from 26th May till 6th June. Mai la kalo hangpa nak barang murah! Lol. :P

Sumber Tenaga Patraque