Tuesday, June 15, 2010

Kesudahannya Sudah Lama (7hb Jun, 2010)

KERJA! KERJA! Itu rungutan yang bermain sepanjang dua minggu bermula 25hb Mei, 2010. Kepenatan tak terkata Allah Maha Kuasa sahaja yang tahu, pengalaman menghabiskan masa dua minggu bekerja 10pg-10mlm mewujudkan kesedaran besar terhadap aku betapa nikmatnya kehidupan dan bagaimana sukar mencari kehidupan jika dikerah sebegini rupa untuk bekerja. Namun segalanya adalah pengalaman, dunia mentah hari ini aku lalui. Persimpangan untuk membuat pilihan terbaik untuk meneruskan kehidupan belum aku hadapi. Dunia yang adil maka kejam ini belum puas membelasah aku, setapak hari ini tidak mungkin pasti esok akan aku kecapi selangkah lagi.

Keseronokkan bekerja, Telatah manusia, Keletihan, Kekuatan, Serta bermacam lagi bercampur gaul sebati menjadikan kehidupan dua minggu itu laju. Setiap kelip tidur aku menandakan sebentar lagi aku akan bangun untuk kerja. Bermotivasikan habuan wang untuk kerja yang dilakukan, maka setiap pagi awal aku bingkas bangun. Rakan Sekerja? Peranan utama memantapkan lagi usaha untuk terus bekerja walau kesakitan umpama barah yang dirasa.

Perkongsian cerita ini pasti akan lebih menarik dengan bukti-bukti foto sepanjang perjalanan. Akan aku kongsi dalam entri yang lain, kerana WORLD CUP membataskan segalanya. Adios!

Sumber Tenaga Patraque