Sunday, October 31, 2010

Masih Tenang

Dan 1hb November 2010, Jam 2.15 petang (tinggal tak berapa jam sahaja lagi)
merupakan kertas peperiksaan akhir semester
dan yang terakhir kalinya di Melaka ini.
Dan sampai kini tiada tekanan yang dirasai.
Semoga segalanya dipermudahkan.
Dan Ya Allah bantulah aku...
-Amin-

Friday, October 29, 2010

Hobi

Aktiviti kunjung mengunjung ke laman-lama web lucah bukan perkara baru
Nafsu bukan boleh dihalang, bak kata-kata orang sekarang
Dah sampai masa kahwin la jawabnya
Siapa mampu kalau poket pun masih diisi orang tua sendiri
Lalu, perkara melepaskan MANI bukan masalah lagi
Rata-rata semua reti berONANI
Modalnya tangan sahaja
Ada yang pandai berimaginasi
Ada yang perlukan talian internet yang laju bak tsunami
Ada yang mempunyai segudang video ratahan harian umpama santapan untuk nurani
Segalanya tentang norma-norma manusia
Yang berdiri sambil membengkokkan kaki
Yang terbaring bagai mati diselimuti dari hujung kepala ke hujung kaki
Maksiat tangan tetap diteruskan
Maka bergantang-gantang benih bertaburan
Yang dimasa hadapan nanti pastikah ada rezeki sedang hari ini habis segala rakyat jelata dalam TESTIS di halau keluar....

MAAF ANDAI ADA UNSUR-UNSUR LUCAH.

Thursday, October 28, 2010

Setitik Lagi Dan Licin Susu Sebotol

Dah agak lamalah kan aku tak update blog ni.
Entah mana datang beliung rasa yang menghempas aku terus bersimpuh didepan papan paparan ini sambil terkebil=kebil menaip setiap kata dalam kelam Subuh Jumaat.

Dan semuanya bermula dari rasa... Rasa yang mana berkait dengan perasaan...
perasaan yang berputar dan berputar lagi dan berputar lagi maka memutarkan lagi proses pemikiran aku.

Detiknya tidak lama lagi, aku bakal melangkah meninggalkan alam ini. Alam Diploma. Meninggalkan Melaka tanpa ada sisa tinggalan selain najis serta air kencing yang terus menerus mengalir dalam loji kumbahan di negeri bersejarah ini.

Persoalannya berfikir tentang sedih, hiba dan gulana. Sedih meninggalkan segala yang berkilau di negeri ini.

Fakto-Faktor Kesedihan
======================
1. Makanan Disini Enak-Enak Sehingga Aku Menempah Sebungkus Perut Buncit Sebelum
Meninggalkan Tapak Ini.
2. Sini Juga Ada Bunga Aku Jumpa Sehingga Kini Aku Genggam.
3. Aku Di Lemparkan Ideologi Perkauman, Persahabatan dan Kesetian
4. Alhamdulillah Segalanya Disini.. Aku Kecapi Untuk Peradaban Masa Depan...

p/s: gf aku ckp aku sbnrnye susah nk tinggalkan melaka ni sebab tempat makan sedap2 banyak... LOL.

Sumber Tenaga Patraque