Friday, February 25, 2011

Tetris!

Korang ingat tentang Tetris? Alah~ Permainan masa kita kecik-kecik dulu. Bukan main lagi kalau dapat main dulu. Nama game tak tahu, tahunya main je. Permainan yang memerlukan kita menyusun blok-blok sehingga ia mampu runtuh. Masa aku main dulu black and white tak tahu la macam mana nak kombinasikan dia supaya roboh. Selalunya aku kalah. Damn! So, tujuan sebenarnya adalah untuk kita kumpul markah dan berlagak pada kawan yang turut sibuk menunggu giliran sebab dia pun sibuk nak pinjam main Tetris ni. Aku punyalah! Aku nak main! Suruh bapak ko beli lah! *aku tak sekejam itu.

Hebatnya permainan ni kerana ia mampu bertahan sampai sekarang. Even game dalam handphone korang pun ada Tetris cumanya ia dah ditukar nama. Ini semua propaganda!*aku tak pasti.

Konsep tetris ni hebat sampai mampu bertahan lama dalam kancah*ayat nak gempak je permainan video yang semakin gila babi ni. Keluarlah apa pun jenis game, tetap ada lagi yang main Tetris hingga sekarang. Bukan sebab senang nak main, mungkin juga faktor kesesuaian kerana ramai memilih main game ni masa ada masa lapang dan ingin tenangkan fikiran. Tahniah! Sampai sekarang Tetris disanjung. Bukan itu sahaja malah sampaikan pada muziknya yang sehodoh-hodoh cipta dulu kala itu pun orang kutip untuk di-improvisasi*apsal kimak sangat ayat aku nie!!! Dalam masa yang sama banyak lagi industri yang mengambil konsep Tetris ni untuk diterapkan seperti fesyen dan arkitektual.

BERIKUT CONTOH YANG AKU MAMPU KONGSI:

*TETRIS APARTMENT (ARCHITECTURAL)

*TETRIS SHELF(INDUSTRIAL DESIGN)

*TETRIS BRACELET (FASHION) 

*TETRIS SHIRT (FASHION)


LASTLY AKU TINGGALKAN KORANG DENGAN MUZIK TETRIS (REMIX)


Aku harap korang faham apa aku cuba cerita dekat korang. Tak faham? Pigi mampos!

P/s: Lama tak update kelu lidah ini meng-update.*serasa aku, aku tak update guna lidah tapi guna jari. ahahaha!

Monday, February 14, 2011

Google Translate Mampu Jadi Bahan Jenaka Membuat Kita Tersenyum.



Memang macam cilaka. Pagi Maulud Nabi ni aku tak boleh tidur. Jadi aku cuba-cubalah guna google translate. Nak tengok pandai ke tak dia translate bahasa melayu rojak aku ni. Ternyata sangat pandai dan terlebih "pandai". Hahahaha! Nak bukti? Nah! Korang jangan gelak... Tahan dari tersengih. Apa-apa pun mulakan dengan membaca entri*sila tekan aku yang ni dulu baru korang faham apa kejadah dia translate. Sumpah PANDAI!

Step Kedua Baca Apa Yang Dia Translate Dekat Bawah Ni:

Hospital Di Perlukan Di Shah Alam



Hi.... Aku malas nak sembang banyak pasal apa aku nak cerita dalam entri kali ni. Korang tengok tajuk pun dah faham. Percaya atau tak, itulah apa yang ditanggung oleh rakyat Shah Alam yang dah lama menetap. 

Aku ni belajar je sini, rasa gak. Padahal baru satu kes, aku dah terasa gila memang hospital ni diperlukan. Weh! Takkan nak pergi klinik swasta memanjang. Sakit jugak gua beb.....! Belajar bukan free, kena bayar jugak. Paling dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Jauh dol! Aku kira-kira guna maps Google adalah dalam 10km. Dah satu kerja lagi nak sampai kesana. Kalau buat orang tercekik tulang, aku rasa sampai sana memang boleh bawa keluar terus tulang ikan tu tanpa bius. Mampos dah pesakit tu. Hahaha. 

Dalam gelak-gelak aku ni bengang pun ada. "Shah Alam", mana je ko sebut nama tempat ni siapa tak kenal? Kalau tak kenal, sah-sah bukan orang Malaysia. *i.c merah yer bang? ke PATI? Haha. Dalam pengamatan aku lah, inilah satu-satunya bandar raya yang takde Hospital. Malu laaaahhh sikit.... Dulu, aku duduk Alor Gajah, Melaka ada je hospital. Siap ada bilik X-ray sume lagi. Hurm..... 

Nak salahkan siapa? Entahlah..... Nak salahkan kepimpinan sekarang, sepatutnya sejak 20 tahun dulu lagi tempat ni ada hospital. Tak guna juga tolak sana, tolak sini. Baik Poliklinik yang sedia ada sekarang ni korang fully utilizes-kan je. 
Memang ada nak bina, tapi bila boleh siap? 2000 rakyat meninggal akibat tak sempat ke hospital? Renungkan-lah.....

P.s: Aku ada entri yang aku dah sedia ada untuk di-postkan. Tentang Valentine's dan pencapaian blog aku. Memandangkan aku semakin malas sekarang. Eloklah aku fokus pada satu-satu entri sahaja. Banyak-banyak pun takde orang baca tak guna jugak kan? Hahahahaha!

Thursday, February 10, 2011

Laptop Menjadi Desktop: Realiti Atau Fantasi!

Seperti yang aku janjikan pada entri yang lalu. Tajuk aku kurang suka, macam haram. Tapi itu je aku boleh fikirkan. Bacalah...

Tuesday, February 8, 2011

Aku Tak Suka Dengan Blog Yang COPY PASTE.

Gambar Ehsan: Ada nama dalam gambo tu, baca sendiri! 

Terang dan tak lagi bersuluh, korang baca tajuk yang Maha kurang ajar tu pun korang dah faham. Bukan dengki tapi nampak kotor. Pemikiran dibawa-bawa untuk makin sempit. Oi! Kalau macam tu budak sekolah rendah pun dah boleh update blog hari-hari. Mana budak tu nak dapat sumber? Tak susah... Nak aku senaraikan? Boleh je...

NI HA!:

Utusan Online
Kosmo Online
Harakah Online 
*pun boleh la kalau budak tu nak nampak hebat dalam politik.

Nak lagi? 
Suka bagi tips kan? Ni tips aku boleh bagi...
Kau pergi blog orang lain, lepas tu kau baca sampai buntang mata.
Rasa agak ilmiah, dan kena dengan diri kau.
KAU COPY PASTE-lah!!!!!!!
*ni sebab banyak cerita kau tak kena langsung dengan diri kau. Cam PELIK!

Lepas tu bila dah ramai follower, eloklah kau ucapkan terima kasih dan Alhamdulillah. Hahaha! Sedangkan penulisan kau, altered sikit je~ Sekejap, jangan lupa gunakan TAJUK yang DUDUK DITANGGA TERATAS CARIAN GOOGLE. So, nanti senanglah orang view blog anda. LOL. 
*aku dah tak larat senggih sambil taip sume benda dkt atas tu. Percayalah, aku rasa kesungguhan dan kebodohan orang yang berkaitan.

Jadi, benarlah kata aku tadi kan? Anak kecil pun mampu update blog kan? (muka penuh keyakinan)

Ini buka surat layang atau apa-apa yang aku maksudkan apa-apa. Ini nasihat pada yang terasa. 
*terasa? Sorry.. Sorry... Ada aku kesah? Berubahlah weh~

Kesimpulannya, nak cari makan guna NUFFNANG je. *siapa tak tahu, google pls Kalau aku suruh tulis sendiri, gagap anda nanti. LOL.

Nak popular dan ada identiti serta mampu dipandang hebat?
Ikut cara dorang ni.

DAH, PUAS HATI AKU!!!

P.s: Aku punya lappy dah jadi desktop. Entri lain aku cerita pasal ni.

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Hari Jadi Abah

Benda ni berlaku minggu lepas. Abah aku punya birthday jatuh pada 23hb Januari baru-baru ni. Tapi memandangkan aku ni agaklah busy lahanat, terpaksalah majlis tersebut ditangguhkan. Kalau ikutkan abah aku seawal mungkin dia nak buat, panggil aku balik dari Shah Alam sesuka hati dia. TAHULAH AWAK TU BIRTHDAY BOY! Hahaha.... Biasalah orang tua kita ni, selalunya mesti diorang faham akan kekangan masa yang kita lalui ni. Nama pun pelajar. Dengan itu majlis diadakan pada hari Jumaat lalu iaitu bersamaan dengan 28hb Januari 2011.

Takdelah besar mana pun majlisnya, makan anak beranak je. Lepas tu aku ajak la tiga lagi askar aku yang merupakan kawan-kawan aku. Dengan muka tak malunya diorang pun ikut*gurau jelah, aku tahu korang malu. Hahaha! Takde kawan-kawan mana best kan? Lagi ramai lagi seronok.

AGENDA:
1. Makan Malam
2. Mandi Air Panas Di Kolam Air Selayang.

*Birthday Boy!!!!!!!!!

*Western Food Malam Tu..

*Mereka Yang Memeriahkan Majlis

*Gambar Kenang-Kenangan :P

*tuut.. tuut...

*couple of the year! (tipu jek..)

*korang jangan nak budget handsome sangatlah!

*Disinilah kami makan!

P.s: Maaf gambar pergi mandi air panas takde, aku sibuk mandi so memang tak ambil gambar. Haha. Gambar kat atas ni pun random je, aku malas nak detail sangat gambar apa aku nak letak. Haha.

-SEKIAN-

::HAPPY BIRTHDAY ABAH::




Sumber Tenaga Patraque