Monday, May 30, 2011

Tiga Tahun Untuk Sehelai Jubah, Sebuah Topi dan Sehelai Sijil



Tiga tahun yang melayakkan. Tiga tahun yang penuh liku. Tiga tahun yang membawa kebahagian. Tiga tahun pengajaran. Tiga tahun pengalaman. Tiga tahun untuk harapan tiga insan. Tiga tahun untuk pemulihan. Tiga tahun untuk membuka minda. Tiga tahun mengenal dunia. Angka tiga yang punya banyak makna. Bermain antara anak muda dan impian serta pengorbanan yang penuh beban. Namun, telah lunas akhirnya.

Hasilnya sehelai Jubah menyelubungi si muda pada 18hb Mei, 2011. Sebuah topi yang mengangkat antara si muda dengan insan lain disekelilingnya. Meletakkan berguni-guni anak bangsa tinggi bersama-sama sehelai sijil. Sebuah tiket kehidupan yang belum pasti, belum pasti ada kerusi yang mampu diisi untuk si muda. Dalam arus yang deras, sehelai sijil mampu menjadi sebaris dengan sekeping tisu buat mengelap tangisan oleh si muda yang masih hingusan.

Saturday, May 14, 2011

Minggu Juara-Juara

Minggu ni memaparkan pelbagai kejayaan yang dilakarkan oleh setiap pasukan sama ada diluar ataupun dalam negara. Semua nak menang piala gila-gila. Siap ada yang nak kejar, kejuaraan berganda musim ni. Belum sempat semua liga melabuhkan tirai, sudah ada yang bergelar juara. Kalau nak tengok setiap game yang ada memang tak terkejar oi! Banyak tu, lepas tu semua pakat nak julang piala musim ni. Dari Seria A, BPL, FA Cup dan tak lupa juga dalam negara kita Piala Super. Bukan main gah masing-masing nak main, kalau semua game boleh pergi tengok dekat stadium aku rasa gaji sebulan kerani pun tak cukup. Tapi kalau korang CEO mungkin mampulah. Hahahaha!

Tuesday, May 10, 2011

Hari Ibu Atau Hari Lembu?


Beberapa hari lepas seluruh dunia menyambut hari ibu. Iaitu demi mengingati jasa seorang wanita yang kalian semua panggil ibu, mak, mama atau seangkatan dengannya. Tujuan entri kali ini bukan untuk mengupas atau mengenang mana-mana jasa ibu didunia ini. Bukan ibu aku, dan juga bukan tentang ibu kau. Mungkin tentang ibu jari, dan mungkin juga tentang ibu... ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku (nyanyi macam lagu iklan Nespray). Sudah! Hentikan.... Teruskan pada agenda utama....

Monday, May 9, 2011

1,2,3 Cuti Mula! Demam?! Lentik Auto!

Bismillahirahmanirahim..... 
Eh? Dah cuti sem? Wah.... Pejam celik jelah kawan. Tak perasan jugak aku dah mula tulis blog balik. Bila eh aku last update blog aku nie? Hurm... Aku tanya korang pun tak guna, aku pun dah lupa. Hahaha. 

Sumber Tenaga Patraque