Tuesday, July 26, 2011

Penoreh Gentar Turun Menoreh Kerana Harimau


Hari-hari cerita pasal harimau... Dikedai, rumah, pejabat, facebook, dan dimana-mana sahaja. Sampai dalam hutan pun cerita pasal harimau... Kalau dulu, kalau orang kena telan harimau je baru cerita pasal pak belang nie.... Semenjak dua menjak ni makin menjadi.... Harimau Malaya Baham Singa lah, Harimau Baham Garuda lah..... Cerita pasal harimau je.... Sampaikan si penoreh pun asyik dok teringat pasal harimau je, lalu tak jadi pergi menoreh.... Mana taknya, tengah menoreh pun cerita pasal harimau malaya.... Datang betul harimau, getah kemana, jasad pun kemana.... Nak sangat cerita pasal harimau, duduk terus dalam perut harimau.... Hahahaha! 

p/s: apa aku merepek ni sial? lantaklah, ada jugak orang baca.... 

Tuesday, July 5, 2011

POKOK

Seperti yang aku janjikan aku akan berkongsi perihal tentang POKOK. Bukan aku nak bercerita perkara-perkara saintifik berkenaan pokok. Aku pun bukanlah pakar sangat pasal sains ni, kalau aku pakar lama dah aku sekarang ni belajar memerah otak dalam jurusan berhubung sains. Hahaha….


Pokok… Pokok… Pokok… Apa yang kita tahu tentang pokok. Pernah dengar pepatah resam padi? “Makin Berisi Makin Menunduk”. Aku bukan nak cerita banyak hal pepatah tu, aku pun sebanarnya tak pasti itu pepatah ke simpulan bahasa atau perumpamaan. Al-maklumlah, SPM bahasa melayu pun jawab macam aku ni bukan melayu. Hahaha…. Orang bukan melayu lagi gempak berbahasa melayu.

Monday, July 4, 2011

Malaysia Menentang Taiwan (Ulasan Peribadi), Introduksi Pertembungan Dengan Singapura.

Lama sungguh aku tak update blog ni. Haha… Aku pasti ramai yang tak menantikan apa-apa entri dari aku. Aku sedarlah blog aku ni tak hebat. Hahaha…. Merendah dirinya aku, sedangkan aku berketinggian yang agak tinggi dari orang lain. Terus pada perkara pokok yang aku nak ulas sedikit.

Sumber Tenaga Patraque