Saturday, September 24, 2011

Bila Tembakan Betul Mengenai Bontot Mangsa.

Sakit! Sakit! Sakit!

Gambar Hiasan


Huarrgggghhhhh!!!! Semalam aku pergi main futsal. Dah la court tu macam haram! Lepas tu aku pulak macam not into the game sangat sebab dah lama tak main. Kebetulan orang ajak aku pergi je. Sampai sana dengan rasa penuh tak selesanya aku pun mulalah main. Sedang elok main, adalah seorang hamba Allah ni pass dekat aku bola tersebut tak semena-mena aku yang sedang berlari dalam keadaan kebelakang nak sambut bola tu terjatuh dengan penuh tragis sekali. Dalam masa aku jatuh tu kaki aku ini terpeleot, betul ke aku eja tu entah! Memang cantik sangatlah! Sekarang ni aku tengah menghidap seliuh. Nak jalan pun sakit, macam mana aku nak melalui hari-hari yang mendatang. Yang memerlukan kaki aku untuk menjalankan pelbagai urusan. Nak berjalan, bawa kereta, makan, cuci najis dijubur. Teruk betul aku fully utilize kaki aku. Haha. Gurau je. Sememangnya aku sedang sakit sekarang. Tak nak panjang-panjang update. Nak beritahu aku sakit dan korang tolong doakan aku sembuh cepat. Terima Kasih sebab baca entri bodoh aku ini yang hanya inginkan simpati serta kasih sayang. :'( Hahaha!

p/s: Rasa menyesal main futsal.

Wednesday, September 21, 2011

Undi Untuk Pundi!


Undi! Undi! Undi!

Apa cerita ni? Ramai tak turun mengundi!
Rata-rata hari ni kita tengok mana-mana celah je dalam negara kita ni mesti bercerita pasal politik. Ada juga yang pandai  bercerita tapi bila ditanya "Nanti mengundi tak?". Jawapannya, "Tak kut..". Ada ke patut?! Ini khususnya pada mereka yang berusia muda ataupun generasi muda. Jangan bercerita je, kuat sembang dekat kedai kopi, dalam hostel, pejabat dan tempat sewaktu dengannya macam ahli politik berjaya. Alih-alih awak yang tak mengundi. Cerita tentang hak semua orang nak melenting, hak bersuara jangan ceritalah macam usik kemaluan mereka. Inilah masanya! Undi ni boleh dikatakan lebih kurang macam hak bersuara menggunakan penulisan. Korang tak payah nak bersuara ke memekak-mekak dekat blog letih-letih menaip nak nyatakan sokongan pada kerajaan atau pembangkang. Biar aku seorang je letih menaip ajak korang mengundi. Bukan susah pun, tanda je. Orang kurang upaya pun boleh baut ma... Tapi janganlah bagi mereka yang buta, takut nanti ditipu atau merosakkan undi je. OKU jangan marah, aku buat perumpamaan je.
TANDA! TANDA! TANDA! UNDI! UNDI! UNDI!

Korang tak malu ke negara kita ni sampai ada video dan lagu semata-mata nak ajak pemudi dan pemuda ni keluar untuk mengundi. Nampak sangat negara kita ni ada masalah dengan jumlah rakyat yang keluar mengundi. Pada mereka yang pembangkang, jangan sia-siakan tarik 9 Julai, 2011. Kalau setakat nak turun kejalanan tapi tak mengundi, tak guna gak. Korang yang Pro-Kerajaan, nak kerajaan sekarang lagi? Undilah, jangan melompat sokong je. 

Dari berita di TV dan surat khabar hingga ke kedai kopi, ura-ura mengatakan PRU dah nak dekat. Apa lagi, DAFTAR! dan UNDI! Bukan susah pun, online pun boleh tak silap aku. Kalau depan FB boleh duduk berjam-jam, daftar sekejap takkan tak boleh kan? Ke korang nak SPR punya website tu macam FB gak? Hahaha!

Friday, September 16, 2011

Aku Bagaikan Mayat Hidup.


Gambar Hiasan


Sudah cukup seminggu semester ini bermula. Hari ini hari sabtu, menandakan cuti hujung minggu untuk merehatkan diri. Namun, misi aku untuk tidak ponteng pada minggu pertama kali ini gagal aku telah ponteng kalau tak silap dua kelas. Ini semua berpunca dari masalah aku yang kurang rehat. Mana tidaknya kalau sehari aku hanya melempiaskan nafsu tidur aku hanya beberapa jam dan kemudian terus melakukan pelbagai urusan. Yang aku pasti waktu makan perlu tepat. Walau bagaimanapun waktu tidur aku tidak konsisten. Dalam seminggu ini adalah beberapa hari sudah aku habiskan tanpa sebarang waktu untuk tidur. Apa nak jadi? Gila agaknya, dengan semester ini yang pastinya penuh dengan kelas dan tugasan. Mana datangnya waktu rehat kalau bukan sekarang. Mata ini seperti tahu sahaja kini aku di Shah Alam dan ini bukan masanya untuk tidur. Tapi belum ada assingment lagi la mata!

Aku rasa ini semua akibat didikan cuti semester yang panjang aku. Masakan tidak kalau hari-hari tidur jam 4 pagi, sampai sini minta nak tidur awal. Memang taklah broooo!

Jadi sekarang ni aku rasa macam aku ni seperti mayat hidup yang meneruskan kehidupan tanpa tidurnya dengan penuh seksa. Please! Korang yang membaca ni, jangan jadi macam aku. Menyesal tak sudah. (macam kes berat je)

Dahlah, aku nak pergi tukar minyak hitam kereta aku ni. Tak boleh tidur baik aku buat benda yang bermanfaat.

p/s: Sem ni mampu ke aku update selalu blog nie? hurmmmm....

Friday, September 9, 2011

Pijak Dibumi Yang Nyata.

Ya, aku kini lebih pasti. Aku pasti yang aku sekarang ini berada di Shah Alam. Ya, pengajian akan disambung kembali. Berat kaki melangkah meninggalkan rumah setelah empat bulan mengkandangkan diri di rumah serta menternak kelembapan sahaja setiap hari dirumah. Paling sedih untuk meninggalkan mak dirumah sendiri, siapa nak kawan dengan dia? Siapa nak gaduh dengan dia? Mesti lepas ni rindu kena bebel sebab hari-hari tak berguna, duduk dirumah hanya menghabiskan wang dan beras dirumah sahaja. Entahlah, kepala semakin tepu. Nak update blog pun tepu doh!

TAMMAT!

Sumber Tenaga Patraque