Bismillahirahmanirahim.....
Eh? Dah cuti sem? Wah.... Pejam celik jelah kawan. Tak perasan jugak aku dah mula tulis blog balik. Bila eh aku last update blog aku nie? Hurm... Aku tanya korang pun tak guna, aku pun dah lupa. Hahaha.
Mula cuti, aku pun demam! Aku tak puas hati langsunglah. Aku baru nak mula cuti, baru nak merasai kurangnya seksa assignment yang menimbun. Aduh.... Demamlah pulak... Sem ni sahaja, aku merasai saat-saat paling getir dalam hidup. Assignment dan test yang aku kena lalui serentak, aku tak nafikan antara kami memang ramai yang meniru. Bukan sebab bodoh! Tapi nak selamat, apa je jalan yang kau ada? Takde, so ayuh gunakan sebaiknya SMARTPHONE anda! Bila demam ni kawan-kawan aku semua cakap, "badan kau nak rehat betul-betul kut", ada juga yang cakap " ini nak hapuskan dosa-dosa kecil ko ni". Tak kisahlah apa pun persepsi korang, apa yang aku inginkan kesihatan yang baik. Doakan aku ya?!
Alang-alang aku tinggalkan lah untuk korang, salah satu hasil kerja aku semester ni:
<>
LENTIK AUTO!
Gemar untuk aku menceritakan perihal kisah ini, sedikit jauh dari perkara dekat atas ye. Sebabnya, ni hal pandangan aku. Hahaha.
Suatu hari masa aku tengah drive kereta aku,masa tu petang. Elok saja aku melepasi satu lampu isyarat ni. Ada sebiji superbike, Ninja bai! Awek belakang tu bukan main lagi duduk nak tegak je. Persoalan, selalunya awek ni kalau naik superbike mestilah lagi gatal dia nak menenyeh apa yang dia ada sambil menonggek. Jawapannye mudah, sebab depannya pompuan jugak yang bawa. Patutlah! Hahaha.... Sedemikian dengan itu mata aku ni terfokus pada punggung pompuan yang bawa moto tu. Bukan main lentik lagi bai, mula aku simpulkan bahawasanya perempuan mana yang bawa ninja mesti lentik duduk dekat front seat. Mungkin sebab bentuk tangki minyak motor ninja dan pinggul dorang yang dicipta Tuhan memang kalau naik superbike mesti nampak lentik. Hurm... Mushkil dengan itu, terbukti dengan gambar awek aku duduk atas motor Ninja memang lentik secara sendiri. Berikut aku gelar, LENTIK AUTO a.k.a Lentik Automatik! Hahaha... Adakah ini bakal terbukti dengan ujian klinikal saintifik? Tak payah nak berangan, takdenya orang nak kaji hal ni. Hahaha.
Walaupun tak selentik Beyonce, tapi aku tak pernah tengok dia selentik ni.
*kalau kau baca entri tolong jangan gedik sangat yer!
p/s: Cuti sem ni aku mula menulis kembali, pastikan sentiasa setia dengan topik yang tak berfaedah setiap hari hanya di PATRAQUE! (Pembuka selera korang nak baca balik blog ni, memanglah topiknya ringan-ringan sahaja)
No comments:
Post a Comment