Showing posts with label Youtube Review. Show all posts
Showing posts with label Youtube Review. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

#6 YR: Why Mizz Nina? Why!?

Wordless Monday: EPIC!

Tak terkata kerana sibuk menghayati video di youtube.
Saja share:


Superb right? 

YEHAAAAAAAA!

p.s: Memang takde idea nak menulis, layan youtube je....

Monday, March 28, 2011

#5 YR: Peter Hollens vs Mike Tompkins! (gaduh besar!)


Fuiyo! Lama tak buat review tu..... Aku bukan taknak  review, memang hari-hari aku mentelaah youtube. Tapi takde masa aku nak buat perkongsian dengan korang ni. Korang bukan baca pun! Hehehe... Takdelah, aku takde masalah. Well, I'm Degree now. Cakap omputih pun cam askar Gurka, speaking kunon juboq! Dah sembang banyak tarak guna*terkeluar identiti sentul aku. Meh rapat, yang jauh datang dekat yang rapat biar sampai sendat *lucahnya! 

Once upon a time..... *pak hang! macam bodoh....
I would like to introduce you guys with this brand new youtuber's that is also can be consider as awesome as Mike Tompkins! *tak kenal Mike Tompkins? Tekan link ini.

Dah sekarang sudah ada gaduh besar, bukan gaduh betul sampai bertumbuk. Konsep sekarang dah semakin berkecamuk. Dah mula tiru meniru. Tapi bagi aku macam ni baru persaingan sihat, lebih sihat dari lumba lari dalam guni. Serta lebih sihat dari badan Syanie. Hahaha.

Aku lebih suka review pasal Peter Hollens ni. Aku teringin kalau mampu ada kolaborasi antara Mike Tompkins dengan dia ni. Kerna, Peter lebih mantop dari segi vocal. Hentaman vocal melampaui batas norma pembikin video viral si Mike. Manakala Mike lebih cerdas dan cergas dari otak lembu pada sudut hal ehwal bunyian serta keunikan video.

Baru-baru ni peter dan mike bertembung antara dua lagu yang sama. Kedua-dua memilih lagu yang sama. FIREWORK-KATY PERRY. Lalu dengan cara ini mudah untuk aku buktikan keterampilan hebat dorang ni.  Samada benar atau tidak tuduhan aku diatas*macam cakap dekat mahkamah lak! 

POT-PET-POT-PET!
Sembang kuat habuk tarak, meh aku kasi berhabuk sikit.
TENGOK VIDEO LUCAH DIBAWAH!

PETER HOLLENS

Harmonis dan Bertenagakan? Cuma Beatbox kurang kepelbagaian.

MIKE TOMPKINS


Ini memang tak disangkal dah kehebatan dia. Tengok jumlah viewers pun dah tahu! Haha.

So, korang dah tahulah kan kenapa aku cakap "gaduh besar"? Tak faham? Memang korang ajak aku bergaduh.... Tapi sebelum tu aku nak tepon mak aku dulu, takut nanti gaduh sampai mati. *poyo!

Sekian sahaja review kali ni harap korang suka, setelah sekian lama takde review. ENJOY!

p/s: Aku ada banyak video lagi nak review ni. Tunggu!!!!


Monday, December 27, 2010

#4 YR: Miliki BMW Mottorad Dan Jadi Pemuzik Terkenal

Aku nak dapatkan sebiji BMW Mottorad! Tak kisahlah, yang untuk urban ke sport ke high performances ke enduro ke dan apa-apa je yang diklasifikasikan oleh BMW Mottorad. Yang penting aku nak sebiji! Pecut dari Kelantan terus Johor. 1 Hari sampai. Muka masa tu dah bole angkat tinggi sikit, awek-awek sume nak tengok siapalah dalam helmet tinted tu, dan biasanya muka orang tua.*tapi awek mude babi! Muka orang muda macam aku ni manalah nak ada sangat menda macam ni. Hahaha!

Sedar tak sedar lepas ni kalau korang ada sebiji benda ni dengan geng-geng mat rempit kelas atasan korang. Korang dah mampu buat band sendiri. Berasaskan motorsikal kuasa besar ni pun dah cukup boleh ganti banyak instrument muzik. Sebab tu lah aku bercita-cita nak ada sebiji motorsikal ni. Sebabnye, aku satu alat muzik pun tak reti main. *bukan bodoh sangat tp malas, leceh la!

Membebel banyak kan aku sekarang ni?
Korang tengoklah ni:



Sekarang korang faham kan apa yang aku maksudkan? Hahaha. Cool right? *lebih cool kalau aku yang duduk atas motor tu, poyo dowh!

Dan sekarang aku dah boleh nampak dah ada orang yang mampu tandingin Mike Tompkin yang sebelum ni aku pernah tulis dekat blog ni (sila tekan link untuk tahu lebih lanjut). Memang ada potensi, tapi nak ke diorang teruskan lagi buat benda-benda macam ni? Atau bersempena Krismas je? Hurrmm.. (Sedih..)

Tapi kalau diorang buat konsert pun best jugak... *beranganlah kau!

Apa-apa pun aku harap korang sume puas hati dengan review kali ni setelah sekian lama aku tak buat review. So nantikan lagi video-video viral (ni tak viral sangat) untuk aku pampangkan kat muka korang pada masa dan waktu yang aku tak tetapkan lagi. Korang tunggu jelah. Sebelum blah, aku tinggalkan untuk korang link BMW's Channel(tekan link ni taw!). Mana tahu korang nak tengok-tengok lagi video hebat dorang. *sumpah best, update! update!

p.s: Kalaulah aku boleh bawa girlfriend aku naik BMW Mottorad ni. Mesti dia suka. Hmmm (berangan, sambil mata pandang keatas). Kali ni nak upload gambar yang dekat atas tu pun lama, mungkin berat dan sama berat dengan motor tu. Hahahaha!

Monday, December 20, 2010

#3 YR: Aku Baru Sahaja Melakukan Seks! (Lokasi: Pulau Sepi)

Ini adalah suatu yang aku impikan selama ini. Bayangkan dipulau yang sangat sunyi tatkala tinggal hanya seorang yang bernama lelaki dan perempuan. Pasti kenikmatan seks memuncak! Ketahui bagaimana aku menikmati seks bersama orang yang paling aku sayang. Khas untuk semua pembaca blog aku....

Sunday, December 19, 2010

#2 YR: Kunci Untuk Hebat!


We are talking about
Key of Awesome!!!
Ini bukan sebuah topik bagaimana nak jadikan korang ni hebat. Aku rasa mesti korang buka nak tengok ni sebab korang tak hebat dan nak jadi hebat. Betul tak? Betul kan? Mengaku jelaaaaahhhh! 
Hahaha~
Korang rasa aku ni Dr. Fadzilah Kamsah ke? *dari minda turun ke hati.
Takde mase lah weh.....


Ini Youtube Review yang ke-dua aku.
Setiap kali aku buat review mesti korang kena game macam ni.
Lepas ni mesti korang dah taknak baca blog aku. 
Ingat aku kesah ke? *aku kesah sebanarnye 


Ada channel dan video baru untuk review kali ni!
Minat PARODY?  Tahu Apa PARODY? *sila tekan link
Tengok nie:



Sukakan Parody? Tak suka? Tipuuuuu... Ramai suka! Kau je sorang tak suka (gurau je)...

-Nak Cerpen-

Ini adalah seketul video yang datangnya dari beribu-ribu ketul video parody.
Parody ni datangnya dibawah sebuah rancangan yang di panggil 
The Key of Awesome!
Diterbitkan oleh sebuah channel yang macam haram!
Barely Political.com *terus pergi sekarang!

Banyak lagi sebenarnya video macam haram dorang ni.
Semua lagu akan dicomposekan oleh dorang sendiri
Dan macam biasalah, video pun sendiri.
Malah(ayat nak mula berat), props pun sendiri.
Bukan lagu je movie punya parody pun adaaaaaaaaaa....

Penghulu video-video parody ni dikepalai oleh Mark (yang jadi taboo tuu..)

Dahlah taknak panjang-panjang, korang boleh discover sendiri nanti. 
Aku tinggalkan dengan beberapa video hebat diorang lagi dekat sini. 
Supaya korang terus tergelak sampai terberak! *jangan buat tahi dekat blog aku plss...

p/s: tadi makan mee jawa dekat Klang. Memang ramai orang jawa dekat Klang eh? Sambil makan tengok bola tadi Indonesia lawan Filipina. Indonesia gol je, seluruh jawa Klang memekik GOLLL! *tak syak lagi memang ramai jawa di Klang


Friday, December 17, 2010

#1 YR: Inilah Bunyi Sebenar

Gambar Hiasan

Hamek kau! Siapa suruh bawak balik anjing... Islam tak kasi bela anjing...! Bad Boy!
Hahaha.... Aku bukan nak cerita pasal gambar ni... Haaa....! Kena tipu~
Aku nak cakap pasal "bunyi sebenar", bebelan seorang ibu itulah bunyi sebenar. Hingga mampu mencapai frekuensi bunyi tahap maksimum. Dan tujuan aku untuk entri kali ini bukan untuk cerita pasal bebelan ibu, mak, umi dan seangkatan dengannya. Lantaklah korang ke aku ke kena bebel. Haaaa.... Kena tipu lagi~
(Setakat ni aku rasa aku dah agak annoying untuk korang nie!)

Ayuh! Teruskan.....

Ini adalah sebuah Youtube Review(YR) oleh aku sebenarnya...
Takda sangkut paut dengan anjing @ bebelan. Ada pulak masa aku nak cerita pasal tu dekat sini. Kalau ada pun tunggulah entri lain.

Nak cerita pasal mamat sekor nie...
Pemilik video yang agak viral (tak faham maksudnya tekan link tu) ni.
Korang tengoklah dulu:







Si gila ni namenya marwan(bukan nama sebenar). Haha. Gurau je.... Dia ni lah Mike Tompkins!
Hebatkan apa yang di boleh buat?
Guna mulut je weh~ Korang boleh? Bunyi kentut macam zaman sekolah dulu bolehla.... Pruuutt~! Kalau boleh pun, Mazlan Pet Pet(kalau dia boleh). Dan inilah bunyi sebenar, kalau dia ni ada betul-betul diintai untuk dibawa ke mainstream aku fikir mahu menang semua award. Eminem pun balik rumah menangis dekat peha mak dia... Bagaimanapun, ini BUKAN video pertama dia ada lagi yang best [1]/[2] Hahaha... Yang ni pulak [3] benda yang aku rasa dia sangat banggakan la. Hehehe~

Keseluruhannya, si gila(mike) ini sangat berbakat, Compose lagu dan video pun sendiri. Bagusnya budak niiiiiiiiiiii..... Nak jadi cam dia jugaklah (jangan nak berangan sangatlah!)

Kalau korang berminat lagi bolehlah ke channel si gila(mike) ni. Link pun aku dah sediakan. Kalau nak tengok setiap video baru dia tekan ler subscribe. Mana tahu korang pulak fanatik habis dengan dia lepas ni.

Dan si gila ni aku bagi (4/5). Kreatif dan Inisiatif!

Sumber Tenaga Patraque