Showing posts with label Puitis. Show all posts
Showing posts with label Puitis. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Sudah Tersungkur, Dalam Jember-lah Aku.

Engkau Tiada Ketika Duka,
Sepohon Nyawa Hilang Upaya,
Dikanan-ku Dia,
Dikiri-ku Juga,
Kerana Ilham Yang Pastinya Dari Ia.

Aku Mencari Kolam Yang Mampu Aku Semuka,
Mengadu Akan Cerita Duka Yang Tak Punya Akhir,
Saat Menanti Tammatnya Ia,
Hidup-ku Umpama Jember,
Seperti Najis Dicuci Dengan Najis.



Hamba...

Saturday, August 20, 2011

Manusia Tidak Sedar.

Manusia Tidak Sedar

Saat roh keluar dari jasad manusia,
Sedarkah manusia itu dia sudah tertidur,
Saat roh kembali kedalam jasad manusia,
Sedarkah manusia itu dia sudah terjaga,
Sedarkah manusia saat dia sedar,
Kerana kita manusia yang kadangkala tidak sedar.

Tuesday, July 5, 2011

POKOK

Seperti yang aku janjikan aku akan berkongsi perihal tentang POKOK. Bukan aku nak bercerita perkara-perkara saintifik berkenaan pokok. Aku pun bukanlah pakar sangat pasal sains ni, kalau aku pakar lama dah aku sekarang ni belajar memerah otak dalam jurusan berhubung sains. Hahaha….


Pokok… Pokok… Pokok… Apa yang kita tahu tentang pokok. Pernah dengar pepatah resam padi? “Makin Berisi Makin Menunduk”. Aku bukan nak cerita banyak hal pepatah tu, aku pun sebanarnya tak pasti itu pepatah ke simpulan bahasa atau perumpamaan. Al-maklumlah, SPM bahasa melayu pun jawab macam aku ni bukan melayu. Hahaha…. Orang bukan melayu lagi gempak berbahasa melayu.

Sunday, January 30, 2011

Kejar... Kejar... Kejar....

Masih belum sempat aku mengejar waktu sudah tiba tugasan menjadi tembok menghalang antara kalian dan aku. Blog semakin suram, kerna jarang disiram dengan baja-baja murni. Ayat segalanya tunggang langgang. Patah pensil dakwah pun habis. Seperti itulah rasanya apabila mengupdate hanya untuk pengutus sebab musabab. Dalam dilemma? Sedia ada aku memang terperangkap dalamnya. Aku perlu gali dua lubang untuk punya satu baki masa. Andai hari-hari diteruskan dengan satu lubang sahaja untuk digali. Masakan ada masa untuk aku terus berjimba disini. SEKIAN.

p.s: Cuti mula, aku pun mula ditambat assignment yang banyak. Resam pelajar. TAK SUKA!!!!!!!!!!!!

Monday, January 24, 2011

Pena Berkata-kata Ketika Dalam Sarungnya.


Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang,
Tajamnya mampu membunuh berjuta-juta jiwa sekali-gus,
Kalau mahu tajam perlu diasah,
Kalau mahu membunuh ramainya hingga kejiwa perlukan masa,
Jauhi musuh dalam diri sendiri, kerana kehidupan mampu melumpuhkan segalanya,
Perlu buah yang keras tuk menguji ketajamnya, kalau pena masih tumpul baik diam sahaja

P.s: Berikut adalah ulasan mengapa aku kurang mengupdate blog ni. Harap korang faham, tak faham boleh usul soalan kemudian :)

Sunday, January 23, 2011

Kalau Dah Pandai Sangat Macam Ni Lah....

Lama-lama berakit baru jumpa tepian,
Dah lama tak kedarat,
Dah lama tak update blog usah persoal,
Kesibukan dan demam semakin melarat.
*masa aku taip ni aku dah sihat! Hehe..


Tak banyak nak cerita, ada benda bodoh je nak kongsi. Sebuah sketsa bodoh aku buat untuk korang.
*tak best nak kutuk, kutuklah! Ada aku kesah?! Sketla~ Hihi!(bajet comel)

Situasi di CC (Cyber-Cafe). Petang. Hujan. *detail sgt bukan korang nk baca sgt pown!
Perbualan antara dua insan hina yang tiada internet dekat rumah (ini tak melibatkan isu orang ada internet ke tak, BACA BAGI HABIS DULU!)

A: (Sambil berjalan ke arah B yang duduk dekat PC 02) Kau tengok apa tu? Dari tadi ko duk tenung brader cashier tu aku nampak. Dia ada cari pasal dengan kau ke? 

B: (Muka berkerut) Eh! Mana ada....

A: (Tertanya-tanya) Dah tu kenapa? Ni sampai juling aku tengok ko pandang brader tu. Brader tu dah malu-malu aku tengok. Dia perasan dah ko usha dia bodoh! 

B: Kuang ajo ko! Siap panggil aku bodoh lagi. Tahulah nama atuk aku Syeikh BEBAL. Atok ko tu KULOP!(tak tahu bole tanya nanti).

A: Okay-okay, relax... cuh cite... cuh cite.... (sambil mengusap badan B) *cam gay nye cite lak...

B: Bukan apa, aku nak guna PC ni, tapi dia LOCK

A: Dah tu kenapa kau tak suruh brader tu on-kan?

B: Nak suruh lah tapi, dekat PC tu suruh aku tengok brader cashier tu(sambil tunjuk dekat monitor). Aku tengoklah! Dia sikit pun tak on PC aku. 

A: Yang kau bodoh sangat apahal? Pergilah kat dia! PC tu tulis LOCK! PLEASE SEE THE CASHIER. Bukan suruh tengok je. SEE tu lam hal ni "jumpa" la ngok! Jumpa then suruhlah dia on!

B: Mana aku tahu, aku mana pernah pakai PC dekat CC. Aku ada internet dekat rumah dari kecik, baru ni kabel kena sambar petir tu lah sebab aku datang sini. Nak on FB main Farm Ville aku, kalau aku tak crop sape nak cropkan...
*gambar ehsan CC apa entah, aku tak ingat... semua cc ada ni..

TAMMAT 

P.s: Suka baguslah! Tak suka pi mampuih~ Apa-apapun terima kasih baca sampai habis :)



Saturday, January 8, 2011

Manusia dan Jurang Kehidupan



Masalah, Masalah, Masalah. Segalanya terpaksa lalui tika ini. Manusia yang memijak tanah ini pasti akan terus memijak didunia yang nyata. Nyatanya semuanya akan ketemu dengan masalah. Hanya yang gila akan terus gila tanpa apa-apa masalah. Indahnya kehidupan si gila dan di pengakhirannya tinggal di hospital terperosok segala puak yang sama dengannya. Mati tanpa sedar punya masalah. Manusia yang terus normal ini akan terus berpusu-pusu mencari penyeleasaian masalah. Segenap hari-hari yang mendatang menghambakan diri dengan masalah. Hanya yang mampu dan terus teguh terus mudik kedepan melawan arus yang keras. Terjun! Terjun! Terjun! Dan teruslah terjun wahai manusia kedalam gerombolan najis masalah. Hatta Pencipta menjadi penyelamat untuk segalanya. Itulah aku masalah, engkau ingin tahu kenapa aku terus wujud? Ianya untuk Dia, aku bekerja untuk-Nya. Tugas aku untuk terus merejam kalian ke dalam belenggu masalah.

Renung-renungkanlah.

Aku, Bukan Masalah Tapi Bermasalah.

P.s: Usaha tanpa penghambaan pada-Nya. Tak Selesai juga segalanya.

Sumber Tenaga Patraque