Showing posts with label Perutusan Pemerintah. Show all posts
Showing posts with label Perutusan Pemerintah. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Thursday, November 24, 2011

Experimental Short Film Yang Memaksa Aku Jadi Begini.

Berikut adalah penyebab aku tidak dapat menjadi seorang yang aktif dan jauh sekali hyper-active untuk meng-update blog aku yang tak seberapa ni. Selalu asyik post dekat facebook suruh orang baca, tapi kebelakangan sejak dari aku masuk balik kampus ni nyata aku tak ada masa langsung untuk semua ini. 



Alhamdulillah, saat aku sedang menulis ini beban dibahu ni telah berkurangan. Bukan maksud aku langsung takde ye tugasan aku, ada tu ada tapi takdelah seberat yang aku lalui. Semester 4 sebagai seorang pelajar penyiaran membuat aku agak tidak punya banyak masa untuk bersantai, bertenang dan segalanya. Hari-hari period! Memaksimumkan penggunaan akal fikiran bagi memperoleh hasil kerja serta idea asal yang unik. Semuanya bermula bila terpaksa melalui fasa yang mana kami semester ini perlu menerbitkan sebuah filem eksperimental pendek yang penuh dengan elemen abstract dan simbolik. 

Busy sangat sebab datang dengan 10 idea pun kena reject. Lecturer tak habis-habis nak, "I want something different". Dah ada idea, shooting sampai 4 hari end-up with kena reject lagi. Create satu lagi idea, approve and shooting. Alhamdulillah, dalam kiraan aku 3 kali shooting(3 buah short film) berbekalkan hanya wang sebanyak RM350. End product pun lecturer suka, itu dah cukup membahagiakan kami dan hilang lelah kami kehulu kehilir. So many thing that I learned from those quests. Even menyakitkan dan membebankan, tapi ini proses belajar. Industri yang kejam itu akan lebih teruk layanannya dari kini yang aku lalui. 

Aku selitkan sedikit gambaran dalam proses pembikinan filem pendek kami.


Poster
(END PRODUCT)


Second Shooting and considered as second short film with second actor.


Basil our camera operator.


Idya for the Conti. Itu aku, dari belakang jelah.


Hafizzuddin, The Producer


Aiman our first actor with Ain the wardrobe and props crew


Raihan as lighting, tapi masa ni dia sibuk jaga Conti.


Azza the art director, itu fake blood made by herself.


All the crew with Amir (blue shirt), the one that helpful in composing shorts for Basil.
Can be considered as our Director of Photography.


Lastly, aku as the director. This photo was taken on our first short film.
THE OCD.

Sebuah pengalaman yang berharga dan pengajaran baru bagi kami sebagai sebuah produksi. Learn to be different and see something with different perspective. Defend your ideas, because ideas is abstract. You may see it as rubbish, but who knows that you can make it interesting. 

p/s: 1. Nak updates pasal Production kami? Boleh LIKE dekat page HARDRAYS PICTURES di Facebook. (Tekan Link Untuk Capaian Terus)
2. Tentang Amir, beliau seorang blogger juga dan mempunyai blog fotografinya sendiri. (Tekan Link Untuk Capaian Terus)
3. Sorry tulisan macam carca-marba, aku just nak menulis memang tak fikir apa yang aku nak tulis.







Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda Bukan Harimau Biasa.

(Gambar Hiasan)


Aku tahu aku lambat dalam meng-update blog aku tentang bola sepak. Mana tidaknya, bebanan assignment yang banyak nak mampos! Sampaikan nak update je aku fikir baik aku berehat dan ambil masa untuk recovered balik dari hari-hari yang memenatkan. Okay! Let's jump into the main point.

Saturday, September 24, 2011

Bila Tembakan Betul Mengenai Bontot Mangsa.

Sakit! Sakit! Sakit!

Gambar Hiasan


Huarrgggghhhhh!!!! Semalam aku pergi main futsal. Dah la court tu macam haram! Lepas tu aku pulak macam not into the game sangat sebab dah lama tak main. Kebetulan orang ajak aku pergi je. Sampai sana dengan rasa penuh tak selesanya aku pun mulalah main. Sedang elok main, adalah seorang hamba Allah ni pass dekat aku bola tersebut tak semena-mena aku yang sedang berlari dalam keadaan kebelakang nak sambut bola tu terjatuh dengan penuh tragis sekali. Dalam masa aku jatuh tu kaki aku ini terpeleot, betul ke aku eja tu entah! Memang cantik sangatlah! Sekarang ni aku tengah menghidap seliuh. Nak jalan pun sakit, macam mana aku nak melalui hari-hari yang mendatang. Yang memerlukan kaki aku untuk menjalankan pelbagai urusan. Nak berjalan, bawa kereta, makan, cuci najis dijubur. Teruk betul aku fully utilize kaki aku. Haha. Gurau je. Sememangnya aku sedang sakit sekarang. Tak nak panjang-panjang update. Nak beritahu aku sakit dan korang tolong doakan aku sembuh cepat. Terima Kasih sebab baca entri bodoh aku ini yang hanya inginkan simpati serta kasih sayang. :'( Hahaha!

p/s: Rasa menyesal main futsal.

Friday, September 16, 2011

Aku Bagaikan Mayat Hidup.


Gambar Hiasan


Sudah cukup seminggu semester ini bermula. Hari ini hari sabtu, menandakan cuti hujung minggu untuk merehatkan diri. Namun, misi aku untuk tidak ponteng pada minggu pertama kali ini gagal aku telah ponteng kalau tak silap dua kelas. Ini semua berpunca dari masalah aku yang kurang rehat. Mana tidaknya kalau sehari aku hanya melempiaskan nafsu tidur aku hanya beberapa jam dan kemudian terus melakukan pelbagai urusan. Yang aku pasti waktu makan perlu tepat. Walau bagaimanapun waktu tidur aku tidak konsisten. Dalam seminggu ini adalah beberapa hari sudah aku habiskan tanpa sebarang waktu untuk tidur. Apa nak jadi? Gila agaknya, dengan semester ini yang pastinya penuh dengan kelas dan tugasan. Mana datangnya waktu rehat kalau bukan sekarang. Mata ini seperti tahu sahaja kini aku di Shah Alam dan ini bukan masanya untuk tidur. Tapi belum ada assingment lagi la mata!

Aku rasa ini semua akibat didikan cuti semester yang panjang aku. Masakan tidak kalau hari-hari tidur jam 4 pagi, sampai sini minta nak tidur awal. Memang taklah broooo!

Jadi sekarang ni aku rasa macam aku ni seperti mayat hidup yang meneruskan kehidupan tanpa tidurnya dengan penuh seksa. Please! Korang yang membaca ni, jangan jadi macam aku. Menyesal tak sudah. (macam kes berat je)

Dahlah, aku nak pergi tukar minyak hitam kereta aku ni. Tak boleh tidur baik aku buat benda yang bermanfaat.

p/s: Sem ni mampu ke aku update selalu blog nie? hurmmmm....

Friday, September 9, 2011

Pijak Dibumi Yang Nyata.

Ya, aku kini lebih pasti. Aku pasti yang aku sekarang ini berada di Shah Alam. Ya, pengajian akan disambung kembali. Berat kaki melangkah meninggalkan rumah setelah empat bulan mengkandangkan diri di rumah serta menternak kelembapan sahaja setiap hari dirumah. Paling sedih untuk meninggalkan mak dirumah sendiri, siapa nak kawan dengan dia? Siapa nak gaduh dengan dia? Mesti lepas ni rindu kena bebel sebab hari-hari tak berguna, duduk dirumah hanya menghabiskan wang dan beras dirumah sahaja. Entahlah, kepala semakin tepu. Nak update blog pun tepu doh!

TAMMAT!

Monday, August 29, 2011

Beraya Tanpa Kata. Bisu Ke?

Hanya Kad Raya Ingin Ku Kirimkan, Untuk Semua Yang Hadir Ke Sini Pada Tanggal 1 Syawal 1432H. Aku tidak banyak benda yang ingin diperkatakan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. 
Semoga Ramadan memberi seribu keinsafan dan Syawal yang penuh kegembiraan pada hari kemenangan ini.


Inilah kada raya aku yang tak seberapa. Aku nak letak lambang Blogger.com.
Tapi dah tak larat nak edit. Upload dan tag sana sini memenatkan aku.
 (Tengah taip ni pun mengantuk) 

Baju Raya: 
Jubah Putih.

Malas nak taip dah bye... 

Agak wordless la entri kali ni. Sorry!

Sunday, August 21, 2011

Bukan Saya Sengaja Nak Raba.

Wordless Monday: EPIC!

Tak terkata kerana sibuk menghayati video di youtube.
Saja share:


Superb right? 

YEHAAAAAAAA!

p.s: Memang takde idea nak menulis, layan youtube je....

Friday, August 12, 2011

Ramadhan... Rezeki... Puasa....


Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirrahim.
Lama rasanya dah tak update blog. Lama ke? Rasanya tak pun... Sibuk dengan hal keduniaan dan akhirat akhir-akhir ini. 

Ramadhan,
Bulan seribu rahmat. Tak kiralah dari segi amalan, pahala, hinggakan kepada perkara rezeki.

Rezeki, 
Begitu banyak peluang memperoleh rezeki bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keredhaan ini. Mula saja hari pertama, beratur-atur gerai dibuka sampaikan tak cukup tanah nak buka. Bagi yang mengunjung, berpeluh-peluh berjalan dalam kesesakan pasar ramadhan. Tak cukup dengan tu, menjelang hari lebaran nanti dipacak pula baazar raya Aidilfitri. Dari jual kuih, ke baju raya, disambut pula dengan penjual lemang dan rendang. Bukankah melimpah ruah rezeki bulan mulia ini?

Rezeki dan Aku,
Tak dinafikan rezeki bulan ini begitu banyak, aku pun tak nak terlepas peluang untuk meraihnya. Lalu aku bersama seorang sahabat baik memulakan misi menambah rezeki kami. Tak sampai berapa hari, MALU NAK TENGOK BUMI. MENDONGAK KE LANGIT sahaja yang mampu. Modal lebur, berbekalkan sedikit lagi duit yang ada kami laburkan untuk berhibur bagi menenangkan fikiran kami yang ternyata kecewa. Haha. AKU BUKAN DILAHIRKAN SEBAGAI PENIAGA. Membeli reti, jual tak reti. Faham-faham jelah eh? Malas nak ulas panjang.

Puasa,
Ramai yang menjalankan ibadat puasa, dan tak kurang ramainya yang tak berpuasa.
Alhamdulillah bagi mereka yang berpuasa, ganjaran yang baik untuk amalan yang dilakukan. Insya-Allah.
Bagi mereka yang tak berpuasa, jalan masih ada. Allah sediakan jalan kehidupan untuk kita. Cuma akhirnya belum pasti.Selagi ada hayat, berpuasalah di bulan Ramadhan, kerna kita takut kali ini Ramadhan yang terakhir bagi kita. 

Aku dan Puasa,
GASTRIK! GASTRIK! Pada tanggal puasa ke-8, suatu pengalaman dan ujian yang amat menguji kesabaran dalam beramal dalam bulan mulia ini. Menghidap gastrik dan bertahan untuk terus berpuasa. Memulas-mulas, bagai kain yang basah diperah hingga kering dan terus diperah. Alhamdulillah, hari ini puasa ke-12 sudah beransur pulih, bagaimanapun masih mengambil antibiotik hingga habis nanti.

Itu sahaja kali ini, lain masa aku tulis lagi.
Insya-Allah.
SEMPENA BULAN RAMADHAN INI, rasanya masih tidak terlewat kerana kita masih berada dalam bulan penuh kesyukuran ini. SALAM RAMADHAN AL-MUBARRAK buat semua Muslimin dan Muslimat.

Tuesday, July 26, 2011

Penoreh Gentar Turun Menoreh Kerana Harimau


Hari-hari cerita pasal harimau... Dikedai, rumah, pejabat, facebook, dan dimana-mana sahaja. Sampai dalam hutan pun cerita pasal harimau... Kalau dulu, kalau orang kena telan harimau je baru cerita pasal pak belang nie.... Semenjak dua menjak ni makin menjadi.... Harimau Malaya Baham Singa lah, Harimau Baham Garuda lah..... Cerita pasal harimau je.... Sampaikan si penoreh pun asyik dok teringat pasal harimau je, lalu tak jadi pergi menoreh.... Mana taknya, tengah menoreh pun cerita pasal harimau malaya.... Datang betul harimau, getah kemana, jasad pun kemana.... Nak sangat cerita pasal harimau, duduk terus dalam perut harimau.... Hahahaha! 

p/s: apa aku merepek ni sial? lantaklah, ada jugak orang baca.... 

Sumber Tenaga Patraque