(Gambar Hiasan)
Aku tahu aku lambat dalam meng-update blog aku tentang bola sepak. Mana tidaknya, bebanan assignment yang banyak nak mampos! Sampaikan nak update je aku fikir baik aku berehat dan ambil masa untuk recovered balik dari hari-hari yang memenatkan. Okay! Let's jump into the main point.
Syabas Harimau Muda serta Tahniah pada seluruh rakyat Malaysia kerana kita memperoleh sebuah pasukan bola sepak yang mampu menjuarai dan mempertahankan kejuaraan. Bukan mudah, tapi ini bukan misi mustahil. Rasanya semua telah menjadi saksi betapa mantap pasukan ini. Nyata masa depan pasukan senior juga bakal cerah dengan kehadiran anak-anak muda ini.
Muda-muda anak Harimau tidak bererti tidak reti memburu. Keegoan 100,000 penyokong Sang Garuda di Stadium Gelora Bung Karno dibiarkan menangis. Menitis satu tangisan bererti bagi menyejukkan hati rakyat Malaysia yang diperkotak-katikkan bendaranya, lagu kebangsaannya serta maruah pertiwi.
Semalam, satu kekalahan bagi kita apabila berhadapan dengan Sang Helang (Syria). Tiada komen yang negatif aku ingin sampaikan. Menganggap semua yang diatas padang itu juga manusia, tidak semua manusia mampu menjadi seperti robot dengan kudrat yang sama pada hari yang berbeza. Nyata mental mereka agak lemah dan masih dalam mood meraikan kemenangan, kekalahan semalam nyata tidak menjadi luka bagi pasukan tersebut mahupun rakyat Malaysia. Tenang dan terima kenyataan. Apa yang pasti, hanya Malaysia wakil bagi rantau ini. Tidak terkejut andai kita kalah semalam. Ahad ini pertembungan bersama Bahrain perlu diberi fokus utama. Rakyat Malaysia perlu yakin, ini BANGSA MALAYSIA dan rakyatnya bukan mainan!
p/s: aku akan buat satu entri kenapa aku busy sesangat sekarang. Hehe! Tunggu....
No comments:
Post a Comment