Jika benar apa yang saya pernah baca dahulu, mungkin ianya
sedang terjadi sekarang.
Dari artikel yang dibaca dahulu, ia menyifatkan Arsenal
mempunyai satu pelan 10 tahun untuk pembangunan pasukan selepas berpindah ke
Emirates. Pasukan yang bakal dibina melibatkan gandingan pemain muda
dan
berpengalaman. Dan dalam masa tersebut keserasian dicari. Namun terjadi
sebaliknya apabila Fabregas meninggalkan Arsenal. Seperti semuanya tidak pasti,
namun pelan ini diteruskan dan hasilnya hari ini. Terdapat gabungan dua
generasi didalam pasukan kendalian Arsene Wenger masa ini.
Arsenal masa hadapan Bola Sepak England
Arsene Wenger pada suatu ketika pernah mengeluarkan
kenyataan bahawasanya suatu hari nanti Arsenal adalah pembekal pemain
kebangsaan kepada England. Pada masa itu pasukan yang dikendalikan beliau
begitu banyak pemain luar. Namun janji tetap janji dan hari ini nyata apa yang
perkatakan Arsene Wenger itu benar apabila Arsenal telah berjaya melayakkan barisan
mudanya untuk mewakili England malah menjadi antara pemain tumpuan serta
tonggak kejayaan pasukan. Alex Oxlade-Chamberlain, Walcott, Jenkinson, Jack
Wilshere, dan Kieran Gibbs adalah antara yang menjadi pilihan pasukan England
sekarang ini.
Pembiayaan Pengurusan
Selama 8 tahun kebelakangan ini Arsenal tidak berjaya
membawa apa-apa trofi malah berbelanja besar, persoalannya mengapa? Ianya
adalah kerana Arsenal perlu menanggung kos pengurusan, pembinaan dan
pentadbiran stadium, walaupun ianya dibiayai oleh Fly Emirates namun perkara ini membuatkan peruntukan bagi perbelanjaan
untuk pemain bintang dikurangkan. Malah jika musim ini Arsenal tidak berjaya
memperoleh sebarang tempat ke CL. Fly
Emirates akan memotong 50% dari tajaan sedia ada. Mujur Arsenal melepasi ujian
musim lepas dan mendapatkan tempat di kejohanan elit Eropah tersebut. Mengapa mampu membeli musim ini? Soalan ini
saya sendiri tidak punya jawapan. Tapi jika dicongak kembali sepanjang beberapa
tahun ini sudah begitu banyak pemain tonggak yang dilepaskan oleh Arsenal malah
diawal musim ini Arsenal telah diberi peruntukkan sebanyak 70juta pound untuk
berbelanja, namun drama yang sama tetap berlaku apabila beberapa pemain lagi
dijual dan pemain baru melalui perpindahan percuma membawa jumlah peruntukan
bertambah sebanyak 79juta pound sehingga kehadiran Ozil yang menelan belanja
42juta pound yuran perpindahan.
Perpindahan yang GILA!
Pada saat akhir sebelum penutupan jendela perpindahan diawal
musim, Arsenal menutup dengan perpindahan paling sensasi iaitu Ozil ke Arsenal.
Perpindahan pemain tengah Real Madrid ini sekaligus menjawab persoalan pemain
manakah yang bakal dibawa masuk ke Arsenal setelah beberapa musim tanpa
perpindahan besar?
Mula dikaitkan dengan kehadiran Higuain yang akhirnya ke
Napoli, Arsenal tidak berhenti disitu sahaja apabila menyatakan hasrat untuk
mendapatkan Suarez dari Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak 40juta dan
ditolak oleh Liverpool yang berkehendakkan Arsenal mempertimbangkan lagi jumlah
wang perpindahan Suarez. Arsene Wenger bertindak menambah wang perpindahan
hanya dengan nilai 1 pound. Tindakan ini nyata membuatkan Liverpool tidak
senang dan menolak terus tawaran perpindahan Suarez ke Emirates. Dari tindakan
itu tampak AW sendiri tidak berhasrat untuk mendapatkan Suarez.
Yohann Cabaye antara didalam radar Arsenal yang akhirnya
berkesudahan tanpa apa-apa susulan oleh Arsenal selepas ditolak. Waktu jendela
perpindahan tutup semakin hampir dan Bale secara rasminya milik Real Madrid,
kegusaran terus meningkat apabila melihat pasukan jiran iaitu Spurs sibuk
dengan pembelian yang luar biasa apabila berbelanja besar sedangkan di kelab
yang berpusat di utara London ini masih menyepi tanpa sebarang perpindahan.
Lantas berita perpindahan Ozil ke Arsenal semakin meniti bibir peminat bola,
dengan khabar angin mengatakan Ozil melakukan ujian kesihatan di Jerman untuk
memudahkan beliau ke Arsenal makin meningkatkan lagi intensiti penyokong
Arsenal. Maka pada 10 minit terakhir penutupan jendela perpindahan awal musim 2013/2014
Arsenal secara rasminya mengumumkan Ozil sah dibawah kendalian Arsene Wenger.
Ozil “Tonik” Arsenal
Kehadiran Ozil nyata memberi impak berbeza kedalam pasukan
kendalian Arsene ini apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga awal
bulan Oktober. Terbaru diuji untuk berdepan pasukan yang mempunyai rekod dan
kedudukan yang konsisten di Itali SCC Napoli berjaya dijinakkan dengan 1 gol
dari Ozil dan satu gol oleh Giroud yang dibina oleh Ozil. Semangat dan keyakinan
yang disalur melalui kehadiran Ozil ini membawa kepada satu lagi peningkatan
oleh barisan tengah Arsenal apabila Aaron Ramsey sering kali berjaya
menjaringkan gol dalam perlawanan BPL. Nyata kehadiran Ozil menjadi tonik kepada
pasukan dengan jolokan “The Gunner” ini.
Flamini Kembali Bersebab
Flamini hadir ke Emirates dengan begitu banyak persoalan dan
tanda tanya oleh peminat Arsenal. Bagus ke? Macam tak okay je? Semua ini
terjawab apabila barisan tengah dan pertahanan Arsenal menjadi semakin
sistematik. Komunikasi antara pemain semakin jelas dan segala yang dirancang
berjalan seperti yang diinginkan. Jika dilihat dalam beberapa perlawanan ini,
disaat pertahanan diuji oleh pihak lawan pasti Flamini berada disitu.
Karektornya sebagai pemain senior didalam pasukan terserlah apabila ia
menjalankan tugasnya dengan cukup baik. Malah pertahanan Arsenal menjadi lebih
tersusun dan tidak mudah ditembusi oleh mana-mana barisan tengah pasukan lawan.
Kecederaan Adalah Berita Gembira
Ketika ini kem Arsenal dilanda krisis kecederaan yang amat
banyak, antara yang terlibat Podolski, S.Carzola, Walcott, Diaby, Arteta,
Sanogo, dan Vermalean. Ini dianggap sebagai perkara yang buruk, namun dalam
situasi sebegini Arsenal masih mampu mempertahankan konsistensi permainan dan
memperoleh kejayaan dalam banyak perlawanan yang dihadapi. Cuba bayangkan jika
semua pemain ini berada dalam keadaan sihat dan mampu bermain. Serahkan perkara
yang memeningkan ini kepada Arsene, beliau lebih arif dalam membariskan pemain
dalam situasi tersebut. Apa yang pasti, setiap pemain didalam kem Arsenal waktu
itu perlu bersaing untuk mendapatkan tempat malah nyata persaingan sihat ini
bakal membawa kepada masa depan yang lebih baik untuk pasukan. Bukankah
kecederaan mampu dianggap sebagai berita gembira?
Okay cukup setakat ini, segala analisis dan maklumat yang
disampaikan diatas adalah melalui pemerhatian dan bahan bacaan penulis. Mungkin
ada ketirisan maklumat malah tidak tepat namun penulis beranggapan ini adalah
salah satu dari rumusan kasar yang mudah untuk difahami semua pihak. Hanya
untuk menyampaikan maklumat dan info berguna kepada peminat Arsenal mahupun
mereka yang mahukan maklumat tentang dunia bola sepak Arsenal.
“8 years dreams in the drain, and now we are coming again”
“KEEP FAITH, KEEP CALM AND SUPPORT ARSENAL”
#COYG
Akhir sekali saya tinggalkan entry kali ini dengan muzik video yang nyata menaikkan semangat anda sebagai
THE GOONER
No comments:
Post a Comment