Tuesday, December 14, 2010

#1 Kolum Politik


Semalam dipinggir bandar Kuala Lumpur ini setelah sekian lama telinga ini sunyi dari laungan keramat "REFORMASI" kini kembali dipekik sampai begitu hampir disisi telinga aku. Panjang cerita pun tak elok, mudahnya macam inilah. Semalam aku meluangkan sedikit masa(lama juga sebenarnya) untuk menghadiri ceramah umum KeAdilan yang dikendalikan oleh Parti KeAdilan Rakyat Cawangan Wangsa Maju. Dekat Taman Melati. Jemputan penceramahnya bukan orang biasa. Kalau tak popular mana, tak sampainya aku dekat sana. Semalam yang ada Sdr. Tian Chua, Sdri. Teressa Kok, Sdr Anwar Ibrahim (yang ni tunggu sangat pun) dan ramai lagi yang malas aku nak tulis serta ada sesetengahnya aku tak kenal.

Aku bukan fanatik politik (pergi ceramah tetiap minggu) dan aku tidak secara langsung terbabit dalam politik. Aku hanya pemerhati dan tidak dinafikan aku memang berada dipihak pembangkang. Namun bagaimanapun, manusia punya hak untuk berbicara serta menentukan hak untuk berada dimana dia ingin berpihak.

Ini pun post pertama aku mengenai politik. Seperti yang tertera pada tajuk diatas terselit juga tanda "#1". Aku rasa kalian semua faham (tak faham tanya kemudian).

Let me do this thing really straight to the point and clear (Tak reti speaking sangat, tibai ja).

Mengulas tentang laporan-laporan di televisyen dan akhbar-akhbar yang tidak telus.
Dalam beberapa minggu yang lalu semasa aku menonton televisyen, ianya adalah berita yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen kerajaan tentang ketiadaan minat oleh pelabur asing malah pelabur tempatan untuk melabur di negeri yang ditadbir oleh pembangkang.


Sumber: MIDA (Malaysian Industrial Development Authority)
Rujukkan Warna Negeri Yang Dipimpin:
Barisan Nasional (Biru Tua)
KeAdilan (Biru Laut)
DAP (Merah)
PAS (HIJAU)

Sumber ini bukan rekaan, boleh merujuk ke URL ini:



Persoalannya:
  1. Apakah mereka ini melaporkan sesuatu berita tanpa kajian, bersifat membuta tuli?
  2. Adakah mereka ini melaporkan untuk satu pihak sahaja?
  3. Beginikah kita mampu bangga dengan tahap laporan yang professional?
  4. Masih mampukah kita mempercayai media utama Malaysia?

p/s: Inilah yang kawan rapat aku maksudkan, "Media Malaysia, Media Kotor". Aku pula"Media Malaysia Semakin Bodoh Bagai Lembu Dicucuk Hidung". Itu sahaja untuk post kali ini.

SEKIAN

Sunday, December 12, 2010

Berpisah Jua.

Berikut adalah sekitar apa yang berlaku sebelum kami berpisah. :'(

Post kali ini berkenaan aktiviti yang kami lakukan dan dianggap sebagai outing kami yang terakhir kalinya bersama Si Sahabat. Hanya pengamatan suasana dan perbualan-perbualan kosong serta aktiviti-aktiviti bodoh.

Sedikit sisipan dari lensa yang menyimpan semua memori kami kedalam memory stick-nya. Hehe!

Si Dia yang bakal hilang dari pandangan kami.

Ditemani juga oleh En. Alif yang turut bersedih.


Saujana mata memandang. Senja itu sungguh indah bak mengiringi kesedihan kami.


Ternyata pemilihan tempat dan suasana menepati saat-saat akhirnya perpisahan ini. Dan perpisahan terjadi. Yang ajaibnya, aku tidak menitiskan air mata. Ini mungkin berikutan janji yang ditaburkan antara kami untuk terus berhubung. Alhamdulillah dunia kini penuh dengan teknologi. Skype, Yahoo Messenger, Facebook dan macam-macam lagi menjadikan hubungan ini akan terus dijaga. Insya-Allah.

p/s: Ayat agak berterabur. Ini kerana niat sebenar hanya ingin post gambar. So, nak cerita panjang lagi tak guna. Lagi pelik-pelik nanti aku merepek. Biarlah macam ni sahaja. :)


Dedicated To Our Very Close Friend, Gul Halim.

Saturday, December 11, 2010

Perpisahan Yang Diatur.

Dua kali, dah merasa. Kali ini nak masuk yang ketiga. Pencapaian perpisahan yang aku terpaksa terima. Bukan perpisahan yang melibatkan sang jantan dan betina. Kali ini lebih mirip kepada persahabatan yang punya pertalian umpama bersaudara. Sedar tidak sedar, usia sudah semakin menjangkau masanya. Dan kini perpisahan lagi yang aku perlu hadapi. Sedih. Berapa banyak kali perlu sedih.

1. Yang Pertama, perpisahan tatkala aku mengakhiri PLKN.
Air mata berlinang macam anak kecil kehilangan ibu dekat tengah-tengah medan perang. Malas nak ulas, aku rasa kalian pun boleh faham macam mana keadaannya andai ditambah pula macam drama hindustan si sahabat mengejar bas tatkala berlalu pergi.

2. Yang Kedua, perpisahan demi melabuhkan tirai pengajian di UiTM.
Perpisahan yang aku cuba tahan air mata ini dari menitis. Entah malaun mana boleh dakap dan paksa aku menangis. Jujur aku katakan, memang aku menangis, dan aku cuba untuk menangis didalam. Tapi entah macam mana. Perhubungan yang akrab, hanya hati saja mampu menilai sejauhmana aku akan terus menangis. Dan masih mekar mereka yang ada dalam buah fikiran aku, segalanya indah kerna duka itu telah hilang sudah diselaputi olehnya.
*tak sangka aku dah graduate.. Hahaha!

3. Yang Ketiga dan yang juga bakal mengundang air mata, Sahabat karib semenjak zaman persekolahan bakal berpindah.
Si dia ini lah juga tempat meminta pertolongan (berkenaan komputer), dia ini lah juga kenderaan kesana kemari masa lepas SPM, dia inilah juga yang supplier Anime, dan dia inilah juga teman berjogging. Senang nak cakap, kalau kalian ada sahabat karib pasti kalian tahu apa tugasnya. Macam-macam kan? So, pemergiaan dia ini aku harap tidak berkehendakkan air mata lagi. Perlukah setiap perpisahan yang aku alami berakhir dengan tangisan?

Konklusinya,
Aku tidak sanggup menangis lagi kerana ia bakal melibatkan aku dalam keadaan sedih. Terperangkap dalam kesedihan hingga berhari-hari. Aku menangis hingga pening dan tertidur dan bangun untuk menangis lagi. Lemahnya aku sebagai seorang lelaki... Tetapi itulah aku, manusia normal yang punya perasaan. Persoalannya, berapa cubic air mata yang ditagih lagi? Mengapa perlunya perpisahan. Jadi teorinya begini, semua perpisahan ini telah diatur. Segala ketentuan-Nya pasti ada kebaikan dan perkara yang tersirat.

"Segala yang didunia ini tiada yang bersifat kebetulan kerna segalanya sudah dirancang..."

WASSALAM.

Dedicated To My Beloved Friend, Gul Halim.

Sumber Tenaga Patraque