Friday, December 17, 2010

#1 YR: Inilah Bunyi Sebenar

Gambar Hiasan

Hamek kau! Siapa suruh bawak balik anjing... Islam tak kasi bela anjing...! Bad Boy!
Hahaha.... Aku bukan nak cerita pasal gambar ni... Haaa....! Kena tipu~
Aku nak cakap pasal "bunyi sebenar", bebelan seorang ibu itulah bunyi sebenar. Hingga mampu mencapai frekuensi bunyi tahap maksimum. Dan tujuan aku untuk entri kali ini bukan untuk cerita pasal bebelan ibu, mak, umi dan seangkatan dengannya. Lantaklah korang ke aku ke kena bebel. Haaaa.... Kena tipu lagi~
(Setakat ni aku rasa aku dah agak annoying untuk korang nie!)

Ayuh! Teruskan.....

Ini adalah sebuah Youtube Review(YR) oleh aku sebenarnya...
Takda sangkut paut dengan anjing @ bebelan. Ada pulak masa aku nak cerita pasal tu dekat sini. Kalau ada pun tunggulah entri lain.

Nak cerita pasal mamat sekor nie...
Pemilik video yang agak viral (tak faham maksudnya tekan link tu) ni.
Korang tengoklah dulu:







Si gila ni namenya marwan(bukan nama sebenar). Haha. Gurau je.... Dia ni lah Mike Tompkins!
Hebatkan apa yang di boleh buat?
Guna mulut je weh~ Korang boleh? Bunyi kentut macam zaman sekolah dulu bolehla.... Pruuutt~! Kalau boleh pun, Mazlan Pet Pet(kalau dia boleh). Dan inilah bunyi sebenar, kalau dia ni ada betul-betul diintai untuk dibawa ke mainstream aku fikir mahu menang semua award. Eminem pun balik rumah menangis dekat peha mak dia... Bagaimanapun, ini BUKAN video pertama dia ada lagi yang best [1]/[2] Hahaha... Yang ni pulak [3] benda yang aku rasa dia sangat banggakan la. Hehehe~

Keseluruhannya, si gila(mike) ini sangat berbakat, Compose lagu dan video pun sendiri. Bagusnya budak niiiiiiiiiiii..... Nak jadi cam dia jugaklah (jangan nak berangan sangatlah!)

Kalau korang berminat lagi bolehlah ke channel si gila(mike) ni. Link pun aku dah sediakan. Kalau nak tengok setiap video baru dia tekan ler subscribe. Mana tahu korang pulak fanatik habis dengan dia lepas ni.

Dan si gila ni aku bagi (4/5). Kreatif dan Inisiatif!

Masa Untuk Bercuti Dah Habis!


Ha... Dah takde syak lagi aku dah berhenti dari berehat. Banyak kelebihan berehat ni. Tenang sikit kepala otak aku dari nak memikirkan hal apa yang aku nak tulis dalam blog ni. Blog ni pun bukan ada orang kunjung sangat. Beriye je aku letak stats dekat bawah tu, adalah berap ketul je tengok blog nie. Lantaklah aku tulis bukan untuk korang, taknak baca sudah (dalam hati "bacalah....") Haha. Dah malas nak merepek panjang. Apa yang aku perbaharui korang boleh tengok sendiri. Aku suka? Mestilaaaa.... Korang? Tak suka hantam cukup-cukup (janganlah sampai membinasakan aku). Sampai sini sahaja. Entri pertama selepas cuti sakit blogging. Aku nak sihat-sihatkan blog aku! Bye~

Wednesday, December 15, 2010

Dalam Konstruksi dan Istirehat.


Setelah menerima nasihat dari seorang "pakar". Aku digalakkan untuk berhenti sekejap post apa-apa bahan atau rencana atau apa-apalah. Yang aku maksudkan apa-apa. Hahaha!

p/s: Ini berikutan,
  • Gaya bahasa yang semakin berat dan serius. Aku pun dah rasa macam tu.
  • Kecelaruan idea dalam setiap posting.
  • Setakat itu, itu jelah alasan yang aku ada andai adalah orang baca blog ni. Kalaulah ada...
Jumpa lagi dilain posting ya!

*Sedang mengstruktur semula idea dan gaya serta cara.

Sumber Tenaga Patraque