Friday, August 19, 2011

Al-Kisah Bazaar Ramadan.



Gambar Hiasan


Salam,
Hari ini masuklah hari ke-20 puasa. Tinggal lagi lebih kurang 10 hari lagi bagi kita yang beragama Islam untuk mengerjakan ibadat puasa pada tahun ini. Entah ada lagikah bulan Ramadan untuk kita, wallahuallam.

Bazaar Ramadan,
Entri kali ni aku bukan nak bercerita tentang puasa sangat, tetapi realiti yang terjadi dibulan puasa ini. Korang semestinya pernah meluangkan masa korang walaupun tidak lama sekurang-kurangnya sekejap untuk ke Bazaar Ramadan untuk menjamu mata korang dengan juadah yang terjual. Walaupun dalam benak fikiran bukan nak beli pun. Tragedi yang bakal aku ceritakan ini pasti sering korang alami atau bertembung sepanjang korang menghabiskan masa di Bazaar Ramadan.

Al-Kisah,
Kisahnya tentang sesetengah kaum hawa yang berpakaian yang agak menjolok mata kaum adam ketika pergi ke Bazaar Ramadan. Kenapalah perlu berpakaian seperti ini wahai cik adik dan cik kakak? Sedar atau tidak, sekeliling kamu ini adalah dikalangan orang yang berpuasa. Tidak menafikan walau kamu berpakaian seperti itu, kamu pasti masih berpuasa. Tetapi suka hatilah pada kamu yang ingin mengejar keberkatan Ramadan atau tidak. Itu hak kamu. Bagaimanapun kenapalah tidak mengira orang lain yang berpuasa? Terutama kami yang Adam. Rasanya seperti mengumpul dosa memerhatikan perempuan yang seperti ini. Takkanlah kami ini ingin berjalan menunduk sepanjang masa, sudahnya sejam berjalan masih tak jumpa barangan yang ingin dibeli atau dikirim. Pakaian yang ketat, menonjolkan segala apa yang kamu perolehi. Malah ada juga yang terang-terangan sudah tahu lurahnya(maaf kasar) terdedah luas dibiarkan buat jamahan pengunjung yang rata-rata berpuasa. Kasihanilah kami yang berpuasa, takut rosak pahala. Kejadian ini membuatkan aku kadang-kadang terasa paranoid untuk mengunjungi Bazaar Ramadan.

Cadangan dan Nasihat-ku.
Nasihat yang terbaik, hormatilah bulan ramadan. Tutuplah aurat kamu dikalangan orang yang ramai. Hormatilah kami, terutamanya kaum adam yang berpuasa. Bulan Ramadan ini sahaja, mana tahu mungkin bulan ini menjadi titik tolak kepada perkara yang baik. Aku tahu bukan semua perempuan diluar sana begini, bukan juga aku terus hentam orang yang tak bertudung. Ada juga yang bertudung tapi berpakaian lebih teruk dari tidak bertudung. Pokoknya jagalah diri dan beringat. Untuk diri sendiri dan orang lain. Pada pembaca, sampai-sampailah ingatan ini untuk diri kita dan juga semua. Selamat beramal semua! :D

p.s: Maaf jika terkasar bahasa, aku sedar entri ini agak sensatif bagi sesetengah orang.

2 comments:

mAy Lee said...

tol tu.. ramai sgt yg kurang kesedaran kan.. huhuhu.. wallahualam..

Pena Derhaka said...

mungkin sekarang tdak sedar... tapi mgkn mampu sedar... :D

Sumber Tenaga Patraque