Friday, August 26, 2011

Pertelingkahan Dua Negeri (Melaka vs N.Sembilan)




Tersebutlah sebuah hikayat disuatu hari tatkala dua negeri menjadi satu bergabung tenaga memerah keringat mempertahankan tanah yang dicintai. Bersatulah Melaka dan N.Sembilan membina sebuah angkatan perang yang besar lagi mahadigeruni musuh. 

Berlaku satu pertelingkahan saraf antara dua negeri untuk memilih Laksamana perang angkatan mereka. Berbuih-buih bercerita tentang kehebatan calon masing-masing. Tidak ada pun masa itu keputusan akhir yang dapat dicapai antara dua pihak. Musuh sudah hampir, hal ini perlu dihabiskan awal. Kalau tidak hendak dijajah dengan mudah.

Lalu, bernaslah satu cadangan yang menghimpap rata-rata manusia disitu. Diajak memilih mengikut kehendak masing-masing seperti mengundi. Lalu keputusan berpihak pada wakil dari Negeri Sembilan. 

Di bawalah semua angkatan perang itu bersedia berkorban darah dan nyawa untuk kepentingan bersama. Sampai sahaja musuh mendarat memekiklah Laksamana yang baru diangkat itu. Disuruhlah menyerang dengan penuh keberanian. Dengan loghat Negeri Sembilan-nya seraya memekiklah beliau.

Laksamana: Sorang! Sorang! Sorang...!
Lalu pergilah tenteranya berperang namun mati dan tumbang dengan mudah. Mana mahunya seorang sahaja yang pergi menyerang melawan musuh yang ramai. Dipekik lagi Lakasamana itu.

Laksamana: SORANG! SORANG! SORANG!
Ternyata pemerintahannya sukar di laksanakan, matilah lagi seorang. Lantas, bangkitlah wakil dari Melaka yang memekik. 

Wakil Melaka: SERANG! SERANG! SERANG!
Maka, berduyun-duyunlah angkatan perang itu menyerang. Dipendekkan hikayat itu, mereka menang dalam pertempuran itu. Terjadilah Melaka sebagai sebuah negeri atau kota yang agung diantara negeri lain. Dek kerana kepincangan bahasa sahaja. 

Hikayat ini tidak diceritakan dalam sejarah dalam buku teks, kerana tiada bukti sahih.

Pelbagai loghat itulah keindahan Nusantara ini.

-TAMMAT-

p.s: Entri ini hanya untuk hiburan bukan nak mengutuk mana-mana negeri. Hehehe. Sebuah cerita ungkapan dari meja kedai kopi ke dalam blog. Maaf andai ada yang terasa. :D

No comments:

Sumber Tenaga Patraque