Friday, September 16, 2011

Aku Bagaikan Mayat Hidup.


Gambar Hiasan


Sudah cukup seminggu semester ini bermula. Hari ini hari sabtu, menandakan cuti hujung minggu untuk merehatkan diri. Namun, misi aku untuk tidak ponteng pada minggu pertama kali ini gagal aku telah ponteng kalau tak silap dua kelas. Ini semua berpunca dari masalah aku yang kurang rehat. Mana tidaknya kalau sehari aku hanya melempiaskan nafsu tidur aku hanya beberapa jam dan kemudian terus melakukan pelbagai urusan. Yang aku pasti waktu makan perlu tepat. Walau bagaimanapun waktu tidur aku tidak konsisten. Dalam seminggu ini adalah beberapa hari sudah aku habiskan tanpa sebarang waktu untuk tidur. Apa nak jadi? Gila agaknya, dengan semester ini yang pastinya penuh dengan kelas dan tugasan. Mana datangnya waktu rehat kalau bukan sekarang. Mata ini seperti tahu sahaja kini aku di Shah Alam dan ini bukan masanya untuk tidur. Tapi belum ada assingment lagi la mata!

Aku rasa ini semua akibat didikan cuti semester yang panjang aku. Masakan tidak kalau hari-hari tidur jam 4 pagi, sampai sini minta nak tidur awal. Memang taklah broooo!

Jadi sekarang ni aku rasa macam aku ni seperti mayat hidup yang meneruskan kehidupan tanpa tidurnya dengan penuh seksa. Please! Korang yang membaca ni, jangan jadi macam aku. Menyesal tak sudah. (macam kes berat je)

Dahlah, aku nak pergi tukar minyak hitam kereta aku ni. Tak boleh tidur baik aku buat benda yang bermanfaat.

p/s: Sem ni mampu ke aku update selalu blog nie? hurmmmm....

No comments:

Sumber Tenaga Patraque