Saturday, September 24, 2011

Sakit! Sakit! Sakit!

Gambar Hiasan


Huarrgggghhhhh!!!! Semalam aku pergi main futsal. Dah la court tu macam haram! Lepas tu aku pulak macam not into the game sangat sebab dah lama tak main. Kebetulan orang ajak aku pergi je. Sampai sana dengan rasa penuh tak selesanya aku pun mulalah main. Sedang elok main, adalah seorang hamba Allah ni pass dekat aku bola tersebut tak semena-mena aku yang sedang berlari dalam keadaan kebelakang nak sambut bola tu terjatuh dengan penuh tragis sekali. Dalam masa aku jatuh tu kaki aku ini terpeleot, betul ke aku eja tu entah! Memang cantik sangatlah! Sekarang ni aku tengah menghidap seliuh. Nak jalan pun sakit, macam mana aku nak melalui hari-hari yang mendatang. Yang memerlukan kaki aku untuk menjalankan pelbagai urusan. Nak berjalan, bawa kereta, makan, cuci najis dijubur. Teruk betul aku fully utilize kaki aku. Haha. Gurau je. Sememangnya aku sedang sakit sekarang. Tak nak panjang-panjang update. Nak beritahu aku sakit dan korang tolong doakan aku sembuh cepat. Terima Kasih sebab baca entri bodoh aku ini yang hanya inginkan simpati serta kasih sayang. :'( Hahaha!

p/s: Rasa menyesal main futsal.

No comments:

Sumber Tenaga Patraque