Friday, December 17, 2010

#1 YR: Inilah Bunyi Sebenar

Gambar Hiasan

Hamek kau! Siapa suruh bawak balik anjing... Islam tak kasi bela anjing...! Bad Boy!
Hahaha.... Aku bukan nak cerita pasal gambar ni... Haaa....! Kena tipu~
Aku nak cakap pasal "bunyi sebenar", bebelan seorang ibu itulah bunyi sebenar. Hingga mampu mencapai frekuensi bunyi tahap maksimum. Dan tujuan aku untuk entri kali ini bukan untuk cerita pasal bebelan ibu, mak, umi dan seangkatan dengannya. Lantaklah korang ke aku ke kena bebel. Haaaa.... Kena tipu lagi~
(Setakat ni aku rasa aku dah agak annoying untuk korang nie!)

Ayuh! Teruskan.....

Ini adalah sebuah Youtube Review(YR) oleh aku sebenarnya...
Takda sangkut paut dengan anjing @ bebelan. Ada pulak masa aku nak cerita pasal tu dekat sini. Kalau ada pun tunggulah entri lain.

Nak cerita pasal mamat sekor nie...
Pemilik video yang agak viral (tak faham maksudnya tekan link tu) ni.
Korang tengoklah dulu:







Si gila ni namenya marwan(bukan nama sebenar). Haha. Gurau je.... Dia ni lah Mike Tompkins!
Hebatkan apa yang di boleh buat?
Guna mulut je weh~ Korang boleh? Bunyi kentut macam zaman sekolah dulu bolehla.... Pruuutt~! Kalau boleh pun, Mazlan Pet Pet(kalau dia boleh). Dan inilah bunyi sebenar, kalau dia ni ada betul-betul diintai untuk dibawa ke mainstream aku fikir mahu menang semua award. Eminem pun balik rumah menangis dekat peha mak dia... Bagaimanapun, ini BUKAN video pertama dia ada lagi yang best [1]/[2] Hahaha... Yang ni pulak [3] benda yang aku rasa dia sangat banggakan la. Hehehe~

Keseluruhannya, si gila(mike) ini sangat berbakat, Compose lagu dan video pun sendiri. Bagusnya budak niiiiiiiiiiii..... Nak jadi cam dia jugaklah (jangan nak berangan sangatlah!)

Kalau korang berminat lagi bolehlah ke channel si gila(mike) ni. Link pun aku dah sediakan. Kalau nak tengok setiap video baru dia tekan ler subscribe. Mana tahu korang pulak fanatik habis dengan dia lepas ni.

Dan si gila ni aku bagi (4/5). Kreatif dan Inisiatif!

4 comments:

Anonymous said...

hahha.. saja main emosi aku noh??? hahahaha..

stylo.. stylo.. like video ni.. like entry ni..

usha2 jugak mystery guitar man.. si bangan tu suka gak macam ni..
tapi vid ni HD laaa

PATRAQUE said...

aku kenal dia..
ahahahah!!!
erm... nanti aku review yer...
skng ni relax dlu...
baru 1st nie..
eheheheh!

dabuldahi said...

ahha
orait bebeh!! satu????

PATRAQUE said...

Malaysia....!

pak dia satu malaysia!

Sumber Tenaga Patraque