Gambar Hiasan
Hari berputus asa,
Sudah beberapa hari aku melalui hari-hari dimana aku berputus asa untuk mendaftarkan subjek untuk kemasukkan bulan 9 ini. Kembali ke kampus! (malasnya!) Bukan main susah sampai 2 malam percubaan aku lakukan pendaftaran. Hasilnya, hari ini jumlah jam kredit aku sudah pun mencapai maksimum. Bagaimanapun masih tidak berpuas hati. Ditambah pula dengan aku menolong beberapa orang kawan untuk mendaftar subjek, bertambah-tambah peninglah jawabnya. Guna pulak sampai EMPAT browser untuk didaftarkan secara bergilir tanpa ada seorang pun dikalangan kawan aku yang terlepas untuk subjek tu. Huh! Seronok juga register-kan untuk kawan-kawan ni, bukan selalu. Al-maklumlah ada antara diorang yang tiada internet dan masa untuk diluangkan. Orang busy katakan, aku je yang tak busy. Ahahak!
Makin mundur?
Teknologi makin berkembang pesat. Tapi masih tidak capai keberkesanannya. Berpinar-pinar, subjek ni aku takde tapi kawan aku ada, sekejap lagi aku dengan kawan aku dapat daftar ada pula kawan sorang lagi tak dapat daftar sebab penuh. Dengan tiadanya penerangan ringkas pada setiap subjek yang disenaraikan. Beritahulah, ada final exam ke tidak, lebih cenderung pada tugasan apa, atau subjek ni khusus untuk semester berapa. Bayangkan malam semalam, semua subjek yang aku tekan subjek semester 5 dan 6. Cepat betul aku melompat jadi senior, awal la macam tu aku graduate dari kawan-kawan aku. Haha! Bayangkan, senarai subjek pun dirojakkan dan di masukkan sekali dalam satu senarai pendaftaran. Cukup tak tersusun.
Alhamdulillah,
Kurang sikit rasa putus asa hati ini setelah tepat 8 subjek dengan 25 jam kredit yang penuh telah didaftarkan. Walaubagaimanapun, masih lagi berusaha untuk memperoleh maklumat. Ini bagi mengetahui sama ada, mungkn ada mana-mana subjek yang ada final exam boleh di-dropkan digantikan dengan subjek yang tiada final exam.
p.s: Nampak sangat memilihkan? Sudahlah susah nak register. Biarlah, siapa taknak senang kan? LOL!
2 comments:
teruskan menambah mata pelajaran..wee~~
insya-Allah... penat dah nie... boleh kurus camni :P
Post a Comment