Thursday, October 28, 2010

Setitik Lagi Dan Licin Susu Sebotol

Dah agak lamalah kan aku tak update blog ni.
Entah mana datang beliung rasa yang menghempas aku terus bersimpuh didepan papan paparan ini sambil terkebil=kebil menaip setiap kata dalam kelam Subuh Jumaat.

Dan semuanya bermula dari rasa... Rasa yang mana berkait dengan perasaan...
perasaan yang berputar dan berputar lagi dan berputar lagi maka memutarkan lagi proses pemikiran aku.

Detiknya tidak lama lagi, aku bakal melangkah meninggalkan alam ini. Alam Diploma. Meninggalkan Melaka tanpa ada sisa tinggalan selain najis serta air kencing yang terus menerus mengalir dalam loji kumbahan di negeri bersejarah ini.

Persoalannya berfikir tentang sedih, hiba dan gulana. Sedih meninggalkan segala yang berkilau di negeri ini.

Fakto-Faktor Kesedihan
======================
1. Makanan Disini Enak-Enak Sehingga Aku Menempah Sebungkus Perut Buncit Sebelum
Meninggalkan Tapak Ini.
2. Sini Juga Ada Bunga Aku Jumpa Sehingga Kini Aku Genggam.
3. Aku Di Lemparkan Ideologi Perkauman, Persahabatan dan Kesetian
4. Alhamdulillah Segalanya Disini.. Aku Kecapi Untuk Peradaban Masa Depan...

p/s: gf aku ckp aku sbnrnye susah nk tinggalkan melaka ni sebab tempat makan sedap2 banyak... LOL.

No comments:

Sumber Tenaga Patraque