Banyak teka-teki dan banyak juga yang menjangkakan pasukan Malaysia bakal bermain demi mempertahankan jaringan 3-0 baru-baru ini di Bukit Jalil. Namun jelas Indonesia bukan lawan mudah, Di Stadium Gelora Bung Karno skrip pertembungan serta drama permainan pasti berubah. Tiada apa yang pasti selain dari usaha dan tenaga yang ditagih daripada setiap orang pemain.
Adakah Malaysia bakal menjaringkan gol ditempat lawan?
Ini ada perlu untuk kedudukan yang lebih selesa dan kemenangan muthlak.
Dapat memberi lebih tekanan pada pasukan tuan rumah kerana perlu lebih berusaha keras lagi.
1 jaringan dari pasukan negara sudah memadai andai ingin menang malam ini, seterusnya mempertahankan kubu dan mencari peluang andai terbuka.
Apakah mampu Indonesia mengatasi jaringan gol Malaysia?
Perkara ini tak mustahil kerana mereka sudah ada target, dan percaturan dari saat gol pertama hingga ke-4 mampu dibina. Dan pada masa itu bergantung pada anak buah K. Rajagobal untuk menangkis serangan.
Mereka ditempat sendiri, dan sudah ditiupkan semangat oleh seluruh rakyat Indonesia dua hari sebelum perlawanan.
Rekod mereka mengalahkan kita 5-1 pada pusingan awal itu membentuk lagi kecekalan mereka.
Sudah mereka seru ayat ini "Belum Usai Lagi", bermakna belum selesai lagi. Ini cukup menunjukkan mereka mampu.
BOLA ITU BULAT!!!
Untuk skuad Harimau Malaya.
Fokus!
Fokus!
Fokus!
90 Minit adalah perjalanan yang masih jauh.
P.s: Macam mana pun aku yakin Malaysia pasti menang. Andai kita diserang kali ini, biarlah bermain spt di Vietnam. Dan aku dapat rasakan corak spt itu mlm ni. Tp apa yg diharapkan adalah permainan yang seimbang dan menghiburkan bkn spt di Vietnam.
Ini sebuah penantian yang agak lama. Hahaha. Aku sedang menanti pembaca atau pengunjung yang ke-500 blog aku. Atas daya usaha dan kerajinan kalian sebab baca blog aku yang tak seberapa. Mencapai yang ke-500. Akan ada satu sisipan perjalanan blog ini. Bagaimana ianya mampu mencecah angka tersebut. Setelah sekian lama, blog "hidup segan mati tak mahu" ini dipelihara sehingga mampu bertahan. Secara jujurnya, aku bangga dengan pencapaian sekarang. Apa yang membuat aku akan mencapai angka 500 mungkin aku akan utarakan selepas aku mencapainya. Aku akan dedahkan serba sedikit tentang stats aku. Dan dari mana trafik aku. Sebab apa yang aku boleh cakap, sepanjang blog ni "hidup" aku pun ada rasa pelik. Apa yang pelik?
Nantikan apabila aku mencapai angka 500 dari segi pengunjung atau lebih dikenali di blog aku ni pada kolum, "Jumlah Pelancong Yang Hadir". Apa yang pelik? Siapa yang banyak membantu kemajuan yang aku capai sekarang akan aku dedahkan nanti. Korang mana yang selalu ikut blog aku, kenalah tunggu entri cecahan 500 itu. Walaupun aku sedar, tak ramai yang tengok blog aku ni(sedih sambil menjebikkan bibir). Hahaha. *chill-lah bukan aku kesah sangat!
"Write For Fun, Pleasure Come First"
P.s: Tengok blog orang sampai berjuta pembaca jealous gak, biasalah aku pun manusia.
Rumah aku dulunya ada Astro, semenjak aku duduk dekat kampus memanjang. Bapak aku dah malas dan tak kuasa nak bayar Astro. Dan dah kena potong pun, aku yang balik semasa cuti ni memang takde apa yang aku tonton selain dari laptop kesayangan aku nie.
Dah dekat nak habis cuti ni masih lagi tak bayar Astro-nye. Aku pun dah jadi tak kisah sangatlah dengan TV ni. Lately mak aku asyik duk tanya aku bila la nak pasang Astro balik. Ternyata mak aku seorang yang minat tengok TV, suri rumah sepenuh masa apa je yang boleh buat dekat rumah kalau semuanya dah siap. Tengok TV la!
Hari ke hari, dan hari ni aku dah tak tahu apa nak jawab. Mak cakap dia dah pening tengok TV kabur pakai arial(tak tahu nak eja) murah.
Dan jawapan aku sekarang untuk soalan tu adalah...........
JAWAPAN:
Mak anggap je la TV tu kabur sebab Abah dah upgrade TV tu jadi 3D.
Kalau Mak takde spek 3D tu memang tak nampaklah.
p.s: Terfikir lak, kalau guna spek 3D tetiba betul-betul jadi cam mana? Macam nak cuba lak~
Aku nak dapatkan sebiji BMW Mottorad! Tak kisahlah, yang untuk urban ke sport ke high performances ke enduro ke dan apa-apa je yang diklasifikasikan oleh BMW Mottorad. Yang penting aku nak sebiji! Pecut dari Kelantan terus Johor. 1 Hari sampai. Muka masa tu dah bole angkat tinggi sikit, awek-awek sume nak tengok siapalah dalam helmet tinted tu, dan biasanya muka orang tua.*tapi awek mude babi! Muka orang muda macam aku ni manalah nak ada sangat menda macam ni. Hahaha!
Sedar tak sedar lepas ni kalau korang ada sebiji benda ni dengan geng-geng mat rempit kelas atasan korang. Korang dah mampu buat band sendiri. Berasaskan motorsikal kuasa besar ni pun dah cukup boleh ganti banyak instrument muzik. Sebab tu lah aku bercita-cita nak ada sebiji motorsikal ni. Sebabnye, aku satu alat muzik pun tak reti main. *bukan bodoh sangat tp malas, leceh la!
Membebel banyak kan aku sekarang ni?
Korang tengoklah ni:
Sekarang korang faham kan apa yang aku maksudkan? Hahaha. Cool right? *lebih cool kalau aku yang duduk atas motor tu, poyo dowh!
Dan sekarang aku dah boleh nampak dah ada orang yang mampu tandingin Mike Tompkin yang sebelum ni aku pernah tulis dekat blog ni (sila tekan link untuk tahu lebih lanjut). Memang ada potensi, tapi nak ke diorang teruskan lagi buat benda-benda macam ni? Atau bersempena Krismas je? Hurrmm.. (Sedih..)
Tapi kalau diorang buat konsert pun best jugak... *beranganlah kau!
Apa-apa pun aku harap korang sume puas hati dengan review kali ni setelah sekian lama aku tak buat review. So nantikan lagi video-video viral (ni tak viral sangat) untuk aku pampangkan kat muka korang pada masa dan waktu yang aku tak tetapkan lagi. Korang tunggu jelah. Sebelum blah, aku tinggalkan untuk korang linkBMW's Channel(tekan link ni taw!). Mana tahu korang nak tengok-tengok lagi video hebat dorang. *sumpah best, update! update!
p.s: Kalaulah aku boleh bawa girlfriend aku naik BMW Mottorad ni. Mesti dia suka. Hmmm (berangan, sambil mata pandang keatas). Kali ni nak upload gambar yang dekat atas tu pun lama, mungkin berat dan sama berat dengan motor tu. Hahahaha!
Jika ditimbal kembali apa yang dilaporkan mainstream adalah lebih keras dari akhbar yang bersifat "kecil-kecilan" ini. Apa-apa pun segalanya wadah untuk tatapan masyarakat perlulah lebih ilmiah serta menjaga kedua-dua hubungan negara berjiran ini.
Secara kasarnya koran Indonesia yang mula-mulanya garang, tampak slow sedikit akibat kekalahan semalam. Namun, tiada ulasan lanjut tentang hal itu. Aku dah malas nak cakap apa-apa. Korang fikirlah sendiri!
p.s: Laser malam tu bukan ke datangnya dari peminat dan penyokong Indonesia sendiri? Sebab kan pengadil panggil semua pemain indonesia ketepi padang suruh penyokong dorang berhenti main laser... Lagi pun, laser mmg tampak dari tempat penyokong Indonesia. Andai salah maafkan ya... SEKIAN.
Segala yang dimpikan oleh rakyat Malaysia kini dikabulkan juga oleh-Nya. Segala usaha belum lagi terbayar. Stadium Gelora Bung Karno bakal menjadi titik tolak penentu keseluruhan kejohanan ini. Aku ni boleh kata legalah sebab tadi menang 3-0 *macam tak cukup je. Berbekalkan apa yang ada sekarang memanglah kita bolah kata lega. Tapi perhitungan perlu diimbau apa yang berlaku 3 minggu lalu. 5-1 dol! Bukan angka kecil, ko ingat dorang tak mampu ke nak buat macam tu. Apa rahsia kita dah terbongkar hari ni, ko tengok la coach Indonesia tu mesti bagai nak gila fikir macam mana nak anu-kan pasukan dia bagi dapat macam hari tu. Rajagobal lak kena fikirkan penambah baikkan apa untuk anak buah dia.
Banyak-banyak aku suka tengok kalau anak hindu ni (Kuna) bawa bola, dah la laju ada je benda dia nak buat. Mak aih, ane ni tak reti duk diam aku tengok. Ada je dia ni, agaknya masa dia kecik dulu minum susu lembu segar banyak kut sampai boleh jadi macam tu. Hahaha. Salute gak pada pemain si mamat yang menyarung jersi no. 9. *Shahrul ni main semangat sangat, ada apa-apa ke jadi malam pertama?Even dia baru je melansungkan perkahwinan dia pada sabtu lepas, Ahad ada juga main. Bagus! Komitmen dan Tanggungjawab ditadbir selia dengan baik.
Apa-apa pun tahniah untuk skuad Harimau Malaya.
Ingatan:
3-0 tidak cukup lagi sebenarnya. *bola itu bulat
Kita bermain ditempat lawan, stadium keramat bagi rakyat indonesia. *bertahan cam dgn vietnam dh ok
Bambang hanya dimasukkan pada minit-minit akhir.
Tekanan untuk pemain Malaysia pasti yang lebih. *tempat orang, ko buat relax je derrr
Indonesia pasti menganalisis permainan kita hari ini. *kena fokus
Teruskan berdoa pada-Nya. *semuanya berbalik pada dia jugak
Terus bercerita tentang bola sepak Malaysia, supaya semangat dan sokongan kita sampai pada media seterusnya pada pemain-pemain. *kat kedai kopi pun okay maaa
p.s: Sekarang ni, menjawablah media indonesia. Kenyataan spt "Malaysia Lawan Mudah" terpalit pada mereka sendiri. Pastikan korang tgk apa yang akan ditulis oleh reporter indonesia lepas ni. Masih nak mendabik dada? Sedangkan rakyatnya biasa shj tanpa berlagak pun. *apa-apa pun kita serumpun
Selang beberapa jam lagi akan bertembunglah antara Malaysia dan Indonesia. Inilah pertama kali aku tengok selepas 10 tahun media Malaysia cover pasal pasukan sendiri macam promosi Y.E.S (Year End Sales). Memang dah year end pun dah. Tinggal beberapa hari je lagi. Media semua bersemangat eh? Lepas ni kalau kalah mesti korang semua standby nak hentam si Raja Ais Kelap(Rajagobal) tu kan? Hahaha. Harapnya tidak la yer. Utusan Meloya, Berita Hairan, Maentrok, dan Kosemut. Semoga kalian menjadi pembakar semangat yer. Hehe. Alangkah baiknya kalau kita mulakan tahun hadapan dengan sinar baru bagi sukan negara? Sukan Asia menunjukkan peningkatan. Bola sepak pun insya-Allah la (tengoklah nanti macamana). Alhamdulillah bola sepak semakin naik, sukan Malaysia pun semakin naik. *gula dan segala keperluan pun perlu naik ke, Babi!?! Hahaha.
Berita baik juga anak muda yang mewakili Malaysia kali ini akan dapat hadiah kalau menang lawan dengan Sang Garuda. *tahulah baru lepas krismas. Kalau boleh taknak la tengok situasi macam ni, awal-awal lagi dah ada ganjaran. Siallah! Dulu kala sebab ganjaran lerr... Semoga berbekalkan semangat "Tanah Tumpahnya Darahku". Korang semua berjaya mengungguli kejohanan kali ini. Amin *dah baca aminkan sekali yer.
p.s: Kalau kalah pun takpe, Malaysian playersamong of them semua pemain muda dan baru pegang caps petama. Sedang indonesia pemain senior ramai lorrhhh! Malaysia Buleh *org tua kedah
Selamat Hari Gatal.....! Oops.. Salah... Hari Natal. Hehehe. Mari bernatalan... *ini cam member aku dari indonesia cakap. Tahukah anda bahawa hari gatal, aduh salah lagi. Natal lah! Hari Natal ni, disambut oleh orang Kristian? Atau Nasrani? Mestilah korang tahu, takkan lah orang asli lak. Eh! Ada gak la kalau dia beragama Kristian. Hahaha. Aku bukan nak cerita apa sangat pun, ni just saja intro alang-alang dah Hari Nakal. Aduh salah lagi... Hurm... Lantaklah...! Aku panggil krismas la senang.
Malas nak update blog sebenarnya tapi tak tahu kenapa tangan ni gatal nak tekan jugak button New Post tu. Macam haram. Aku tak sanggup andai blog ni aku layan sama seperti Facebook. Mulalah nanti apa pun tak jadi. Hurm... Apa aku merepek ni.
Dah la, diamlah kau!
p.s: Aku pergi dekat Surau Seksyen 7, solat jumaat semalam. Gila ekstrimis imam (indonesia) yang bagi khutbah tue. Aku seakan dah macam taknak ucap Selamat Hari Krismas atau Merry Christmas dah. Tapi bila fikir balik, semuanya berkait dengan niat dan latak belakang disesebuah negara pulak. Selamt Beramal Semua.
Semengkala akan datang ini, bermulalah dimensi baru apabila kembali bergelar pelajar. Dengan itu aku pun akan muflis... Yay! Lepas tu bermula dimensi belajar makan mee segera berkaton-katon. Membotakkan kepala lagi malah juga mampu menambahkan berat badan (atas pemerhatian saitifik, siapa terasa jangan marah!). Hahahaha!
Aku mungkin masa dulu jarang makan mee segera ni, nampaknye hidup dah merempat kenalah sewa rumah dengan kos pembelajaran yang sudah sedia ada mahal nak mampus! Entah bila kerajaan aku nak bagi biasiswa! Dan dek kerana segala kesengsaraan itu aku rasa macam nak mula makan mie sedaap!
Oleh itu seruan kepada tokey-tokey mee segera, korang dah bole buat pengeluaran lebihan. Kami akan beli!
Ini bukan janji, tapi pasti!
p.s: rumah sewa je diposit je dah Ber-K-K(ribu), yuran lagi, ptptn dpt lmbt, medical checkup? aduh! banyak benda nak kena uruskan.
Aku kalau boleh nak rehat sekajap update blog ni sebabnya aku sekarang dalam satu fasa yang sangat busy nak mampos!
Faktornya:
Aku bakal mendaftar untuk kemasukan ijazah aku *sekarang ni mmg mcm sial.
Menguruskan urusan rumah sewa
Menguruskan hal kewangan nak masuk belajar balik ni
Menguruskan apa yg tak kurus lagi spt badan aku *tipu je
Menguruskan PTPTN.
p.s: aku tengok semua orang tenang je. apahal aku sorang je mengelabah sangat dari awal bulan disember cari rumah dan sebagainya? Apa-apa pun Alhamdulillah segalanya hampir selesai, Syukur Ya Allah Engkau kurniakan kelancaran dalam segala urusanku. :)
Ini adalah suatu yang aku impikan selama ini. Bayangkan dipulau yang sangat sunyi tatkala tinggal hanya seorang yang bernama lelaki dan perempuan. Pasti kenikmatan seks memuncak! Ketahui bagaimana aku menikmati seks bersama orang yang paling aku sayang. Khas untuk semua pembaca blog aku....
Entri ini adalah rentetan dari entri sebelum ni. Aku tak tahulah apa nasib aku kalau aku ni kaki main nombor. Inikan petikan surat khabar pun aku tak boleh nak agak. Sedihnya, terasa sungguh bodoh apabila jadi macam ni. Ini semua akibat terlalu banyak baca blog yang bodoh-bodoh la nieeeeeeee!
Tengok ni dah lah, semuanya tak kena tahu. Bandingkan lah dengan entri aku yang ada link dekat atas tu. [1]/[2]/[3]
Dialog:
Rajagobal: Hang senyum apa dah kalah? Aku takpa lah~!
Tapi macam mana pun kena bangga dengan team Malaysia sebab menang dan tak kisahlah aku silap kali ini. Nak marah? Marahlah! *sedang menangis
p/s: Masa tengah tulis entri ni, tengah rushing sebab nak kencing. Bye~
Key of Awesome!!! Ini bukan sebuah topik bagaimana nak jadikan korang ni hebat. Aku rasa mesti korang buka nak tengok ni sebab korang tak hebat dan nak jadi hebat. Betul tak? Betul kan? Mengaku jelaaaaahhhh! Hahaha~ Korang rasa aku ni Dr. Fadzilah Kamsah ke? *dari minda turun ke hati. Takde mase lah weh.....
Ini Youtube Review yang ke-dua aku. Setiap kali aku buat review mesti korang kena game macam ni. Lepas ni mesti korang dah taknak baca blog aku. Ingat aku kesah ke? *aku kesah sebanarnye
Ada channel dan video baru untuk review kali ni! Minat PARODY? Tahu Apa PARODY? *sila tekan link Tengok nie:
Sukakan Parody? Tak suka? Tipuuuuu... Ramai suka! Kau je sorang tak suka (gurau je)...
-Nak Cerpen-
Ini adalah seketul video yang datangnya dari beribu-ribu ketul video parody.
Parody ni datangnya dibawah sebuah rancangan yang di panggil
p/s: tadi makan mee jawa dekat Klang. Memang ramai orang jawa dekat Klang eh? Sambil makan tengok bola tadi Indonesia lawan Filipina. Indonesia gol je, seluruh jawa Klang memekik GOLLL! *tak syak lagi memang ramai jawa di Klang
Inilah baru best nak tengok Malaysia main... Dulu main macam ayam! (maaf, kasaq!)
Hangpa ingat orang Vietnam suka? Mestilah dak oi....!
Depa selalu masuk final, ingat senang ka nak hebat macam depa? Ptuih! (Amboi siap ludah...)
Guna ayaq liuq boleh la weh~
Tapi nak habaq la, aku ni bangga gila dengan team Malaysia la ni (baru nak bangga ke bang?!).
Esok tengoklah si RajaAisKepai(Rajagopal) tu confirm muka "form tahi" balik mai sini.
Dialog: "aku semakin handsome bila menang, aku esok gantung pisang depan rumah"
Ni kalau dia superduper berlagak masa PC nanti:
"Kita telah berjaya menjulang nama negara, Kita bakal ulangi kegemilangan Arwah Mokthar Dahari"(muka seperti diatas"Nakal taw!") - Rajagopal (aku agak) Haha~
Ini kalau dia tak belagak buat kenyataan akhbar:
"Kita tengoklah macam mana lawan indonesia nanti, Kita tahu player kita macam mana"
Dialog: "Kalah dapat duit jugak, Menang lagi banyak, Tak payah nak tamak sangatlah"
Dah kalau macam ni habaq hang kalau kalah dengan indonesia, sumpah babi beranak dua kali(peribahasa kojaq!).
Majulah sukan untuk 1Malaysia (ikut sangat pak hang Najib tu tak boleh gak).
p/s: Terserahlah menang ke kalah nanti dekat Indonesia..... Doa mengiringi hangpa.. Amin... Aminkanlah skali!
Ni lah rata-rata apa yang orang Tanah Melayu ni dok cakap pasal pertembungan Malaysia dengan Vietnam.
Aku ni sementara nak tunggu game buatlah satu entri pasal perlawanan nanti. Nanti korang cakap aku langsung tak cerita pasal sukan tanah air. Tapi ni bukan entri "terpaksa" yerrrrrrrrr.... Ikhlas aku tulis ni (sambil membuntangkan mata penuh sinar).....
Korang rasa boleh menang?
Aku rasa boleh... Sebiji lagi cukuplah, diam la orang Vietnam semua....
-Zoom In- (Aku malas nak cerita panjang, nak cepat)
Percaya tak korang? Kalau Malaysia menang/kalah laporan surat khabar mesti macam haram.
Berikut kebarangkalian tajuk yang bakal diterbitkan:
Wira Malaysia Ke Pusingan Akhir (ini sebab menang)
Malaysia Gagah Ke Pusingan Akhir (menang)
Presiden FAM Beri Pujian Pada Pasukan Malaysia (sebab menang jugak)
Harimau Malaya Mengaum Di Phnom Penh (ini paling kurang ajar!)
Kalau Kalah:
Harimau Hilang Belang (cam B***)
Presiden FAM perlu letak jawatan (ko nak kena makan daulat?)
FAM perlu dirombak (nak rombak apa entah, dari dulu lagi nak rombak)
Rajagopal 50:50 (nak pecatlah tuuuu)
Rajagopal kecewa aksi anak buah (tetibe je xpuas hati)
Rakyat Malaysia Kecewa (dah selalu kecewa)
Kalau nak ikutkan, laporan kekalahan lagi best nak tulis dari menang. Banyak je tajuk yang boleh dorang buat(yang atas ni aku buat/jangka).... Hahahaha~
Apa-apapun, semoga kita menang di Phnom Penh! Malaysia Boleh!
p/s: Kalau kalah kita tengok sama-sama muka depan esok. :)
Gusar dan risau? Bukan benda sama ke? Entahlah, tak pasti. Yang pasti semalam aku sangat risau dan gusar(terbalikkan ayat, tak tahu mana satu yang betul). Berlari sana sini mencari rakan andai dapat bantu aku. Ditengah kegelapan malam, tatkala semua manusia sedang tidur. Namun masih ada yang dapat membantu aku lagi. RISAU GILA! Aku risau gila kalau aku terlepas perlawanan antara Arsenal(peberet ni) dgn Barcelona!
Malu weh~
Maksud aku berlari tadi tu takde la sampai keluar rumah, aku cari kawan-kawan dekat facebook je. Bukan malam lagi dah dah pukul 3 pagi, tinggal berapa ketul je yang berjaga. Bukan semua minat bola, yang minat main bola poket ramailah(sorry)... Ini semua angkara facebook, diorang bantai update status lebih kurang camni "Arsenal-Barca". Macam sial! Aku ingat malam ni. Sebab dah lama aku dengar desas desus Gunners akan jumpa pasukan gergasi sepanyol(Messi pendek je) ni.
-Pendekkan Cerita-
Rupa-rupanya TAHUN DEPAN. Apa ke B***~
Nak kata ketinggalan zaman.... Hurmm... Tak jugak... Sebab tahu dorang ni bakal bertemu...
Mungkin sebab salah faham dalam maklumat. Impuls tak sampai dekat kepala otak aku ni dengan sempurna. Hahaha!
Dahlah! Aku malu~
Lainkali korang jangan update status macam tu boleh tak? pokemon btol~!
p/s: Gusar dan Risau atau Risau dan Gusar. Mana satu ni??? Argh......!!!
Hamek kau! Siapa suruh bawak balik anjing... Islam tak kasi bela anjing...! Bad Boy!
Hahaha.... Aku bukan nak cerita pasal gambar ni... Haaa....! Kena tipu~
Aku nak cakap pasal "bunyi sebenar", bebelan seorang ibu itulah bunyi sebenar. Hingga mampu mencapai frekuensi bunyi tahap maksimum. Dan tujuan aku untuk entri kali ini bukan untuk cerita pasal bebelan ibu, mak, umi dan seangkatan dengannya. Lantaklah korang ke aku ke kena bebel. Haaaa.... Kena tipu lagi~
(Setakat ni aku rasa aku dah agak annoying untuk korang nie!)
Ayuh! Teruskan.....
Ini adalah sebuah Youtube Review(YR) oleh aku sebenarnya...
Takda sangkut paut dengan anjing @ bebelan. Ada pulak masa aku nak cerita pasal tu dekat sini. Kalau ada pun tunggulah entri lain.
Nak cerita pasal mamat sekor nie...
Pemilik video yang agak viral(tak faham maksudnya tekan link tu) ni.
Korang tengoklah dulu:
Si gila ni namenya marwan(bukan nama sebenar). Haha. Gurau je.... Dia ni lah Mike Tompkins!
Hebatkan apa yang di boleh buat?
Guna mulut je weh~ Korang boleh? Bunyi kentut macam zaman sekolah dulu bolehla.... Pruuutt~! Kalau boleh pun, Mazlan Pet Pet(kalau dia boleh). Dan inilah bunyi sebenar, kalau dia ni ada betul-betul diintai untuk dibawa ke mainstream aku fikir mahu menang semua award. Eminem pun balik rumah menangis dekat peha mak dia... Bagaimanapun, ini BUKAN video pertama dia ada lagi yang best [1]/[2] Hahaha... Yang ni pulak [3] benda yang aku rasa dia sangat banggakan la. Hehehe~
Keseluruhannya, si gila(mike) ini sangat berbakat, Compose lagu dan video pun sendiri. Bagusnya budak niiiiiiiiiiii..... Nak jadi cam dia jugaklah (jangan nak berangan sangatlah!)
Kalau korang berminat lagi bolehlah ke channelsi gila(mike) ni. Link pun aku dah sediakan. Kalau nak tengok setiap video baru dia tekan ler subscribe. Mana tahu korang pulak fanatik habis dengan dia lepas ni.
Dan si gila ni aku bagi (4/5). Kreatif dan Inisiatif!
Ha... Dah takde syak lagi aku dah berhenti dari berehat. Banyak kelebihan berehat ni. Tenang sikit kepala otak aku dari nak memikirkan hal apa yang aku nak tulis dalam blog ni. Blog ni pun bukan ada orang kunjung sangat. Beriye je aku letak stats dekat bawah tu, adalah berap ketul je tengok blog nie. Lantaklah aku tulis bukan untuk korang, taknak baca sudah (dalam hati "bacalah....") Haha. Dah malas nak merepek panjang. Apa yang aku perbaharui korang boleh tengok sendiri. Aku suka? Mestilaaaa.... Korang? Tak suka hantam cukup-cukup (janganlah sampai membinasakan aku). Sampai sini sahaja. Entri pertama selepas cuti sakit blogging. Aku nak sihat-sihatkan blog aku! Bye~
Setelah menerima nasihat dari seorang "pakar". Aku digalakkan untuk berhenti sekejap post apa-apa bahan atau rencana atau apa-apalah. Yang aku maksudkan apa-apa. Hahaha!
p/s: Ini berikutan,
Gaya bahasa yang semakin berat dan serius. Aku pun dah rasa macam tu.
Kecelaruan idea dalam setiap posting.
Setakat itu, itu jelah alasan yang aku ada andai adalah orang baca blog ni. Kalaulah ada...
Jumpa lagi dilain posting ya!
*Sedang mengstruktur semula idea dan gaya serta cara.
Semalam dipinggir bandar Kuala Lumpur ini setelah sekian lama telinga ini sunyi dari laungan keramat "REFORMASI" kini kembali dipekik sampai begitu hampir disisi telinga aku. Panjang cerita pun tak elok, mudahnya macam inilah. Semalam aku meluangkan sedikit masa(lama juga sebenarnya) untuk menghadiri ceramah umum KeAdilan yang dikendalikan oleh Parti KeAdilan Rakyat Cawangan Wangsa Maju. Dekat Taman Melati. Jemputan penceramahnya bukan orang biasa. Kalau tak popular mana, tak sampainya aku dekat sana. Semalam yang ada Sdr. Tian Chua, Sdri. Teressa Kok, Sdr Anwar Ibrahim (yang ni tunggu sangat pun) dan ramai lagi yang malas aku nak tulis serta ada sesetengahnya aku tak kenal.
Aku bukan fanatik politik (pergi ceramah tetiap minggu) dan aku tidak secara langsung terbabit dalam politik. Aku hanya pemerhati dan tidak dinafikan aku memang berada dipihak pembangkang. Namun bagaimanapun, manusia punya hak untuk berbicara serta menentukan hak untuk berada dimana dia ingin berpihak.
Ini pun post pertama aku mengenai politik. Seperti yang tertera pada tajuk diatas terselit juga tanda "#1". Aku rasa kalian semua faham (tak faham tanya kemudian).
Let me do this thing really straight to the point and clear (Tak reti speaking sangat, tibai ja).
Mengulas tentang laporan-laporan di televisyen dan akhbar-akhbar yang tidak telus.
Dalam beberapa minggu yang lalu semasa aku menonton televisyen, ianya adalah berita yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen kerajaan tentang ketiadaan minat oleh pelabur asing malah pelabur tempatan untuk melabur di negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
Sumber: MIDA (Malaysian Industrial Development Authority)
Rujukkan Warna Negeri Yang Dipimpin:
Barisan Nasional (Biru Tua)
KeAdilan (Biru Laut)
DAP (Merah)
PAS (HIJAU)
Sumber ini bukan rekaan, boleh merujuk ke URL ini:
Apakah mereka ini melaporkan sesuatu berita tanpa kajian, bersifat membuta tuli?
Adakah mereka ini melaporkan untuk satu pihak sahaja?
Beginikah kita mampu bangga dengan tahap laporan yang professional?
Masih mampukah kita mempercayai media utama Malaysia?
p/s: Inilah yang kawan rapat aku maksudkan, "Media Malaysia, Media Kotor". Aku pula"Media Malaysia Semakin Bodoh Bagai Lembu Dicucuk Hidung". Itu sahaja untuk post kali ini.
Berikut adalah sekitar apa yang berlaku sebelum kami berpisah. :'(
Post kali ini berkenaan aktiviti yang kami lakukan dan dianggap sebagai outing kami yang terakhir kalinya bersama Si Sahabat. Hanya pengamatan suasana dan perbualan-perbualan kosong serta aktiviti-aktiviti bodoh.
Sedikit sisipan dari lensa yang menyimpan semua memori kami kedalam memory stick-nya. Hehe!
Si Dia yang bakal hilang dari pandangan kami.
Ditemani juga oleh En. Alif yang turut bersedih.
Saujana mata memandang. Senja itu sungguh indah bak mengiringi kesedihan kami.
Ternyata pemilihan tempat dan suasana menepati saat-saat akhirnya perpisahan ini. Dan perpisahan terjadi. Yang ajaibnya, aku tidak menitiskan air mata. Ini mungkin berikutan janji yang ditaburkan antara kami untuk terus berhubung. Alhamdulillah dunia kini penuh dengan teknologi. Skype, Yahoo Messenger, Facebook dan macam-macam lagi menjadikan hubungan ini akan terus dijaga. Insya-Allah.
p/s: Ayat agak berterabur. Ini kerana niat sebenar hanya ingin post gambar. So, nak cerita panjang lagi tak guna. Lagi pelik-pelik nanti aku merepek. Biarlah macam ni sahaja. :)
Dua kali, dah merasa. Kali ini nak masuk yang ketiga. Pencapaian perpisahan yang aku terpaksa terima. Bukan perpisahan yang melibatkan sang jantan dan betina. Kali ini lebih mirip kepada persahabatan yang punya pertalian umpama bersaudara. Sedar tidak sedar, usia sudah semakin menjangkau masanya. Dan kini perpisahan lagi yang aku perlu hadapi. Sedih. Berapa banyak kali perlu sedih.
1. Yang Pertama, perpisahan tatkala aku mengakhiri PLKN.
Air mata berlinang macam anak kecil kehilangan ibu dekat tengah-tengah medan perang. Malas nak ulas, aku rasa kalian pun boleh faham macam mana keadaannya andai ditambah pula macam drama hindustan si sahabat mengejar bas tatkala berlalu pergi.
2. Yang Kedua, perpisahan demi melabuhkan tirai pengajian di UiTM.
Perpisahan yang aku cuba tahan air mata ini dari menitis. Entah malaun mana boleh dakap dan paksa aku menangis. Jujur aku katakan, memang aku menangis, dan aku cuba untuk menangis didalam. Tapi entah macam mana. Perhubungan yang akrab, hanya hati saja mampu menilai sejauhmana aku akan terus menangis. Dan masih mekar mereka yang ada dalam buah fikiran aku, segalanya indah kerna duka itu telah hilang sudah diselaputi olehnya.
*tak sangka aku dah graduate.. Hahaha!
3. Yang Ketiga dan yang juga bakal mengundang air mata, Sahabat karib semenjak zaman persekolahan bakal berpindah.
Si dia ini lah juga tempat meminta pertolongan (berkenaan komputer), dia ini lah juga kenderaan kesana kemari masa lepas SPM, dia inilah juga yang supplier Anime, dan dia inilah juga teman berjogging. Senang nak cakap, kalau kalian ada sahabat karib pasti kalian tahu apa tugasnya. Macam-macam kan? So, pemergiaan dia ini aku harap tidak berkehendakkan air mata lagi. Perlukah setiap perpisahan yang aku alami berakhir dengan tangisan?
Konklusinya,
Aku tidak sanggup menangis lagi kerana ia bakal melibatkan aku dalam keadaan sedih. Terperangkap dalam kesedihan hingga berhari-hari. Aku menangis hingga pening dan tertidur dan bangun untuk menangis lagi. Lemahnya aku sebagai seorang lelaki... Tetapi itulah aku, manusia normal yang punya perasaan. Persoalannya, berapa cubic air mata yang ditagih lagi? Mengapa perlunya perpisahan. Jadi teorinya begini, semua perpisahan ini telah diatur. Segala ketentuan-Nya pasti ada kebaikan dan perkara yang tersirat.
"Segala yang didunia ini tiada yang bersifat kebetulan kerna segalanya sudah dirancang..."
Bermula pagi dan malamnya, berakhir begitu sahaja.
Cuti semester ni tak membawa banyak faedah kepada aku selain dari rutin harian.
Makan dan tidur. Apalah saja aku mampu buat lagi. Kendalikan hal dirumah.
Online pasti! Sudahnya petang mengendeng di kedai mamak. Menjamu teh tarik kendalian si Mamak. Sedang air di rumah tak nak pulak minum. Sudahnya balik. Solat semua siap (tiang agama, kena buat). Makan sampai membunting. Petik Suis online lagi..... Dan melelapkan untuk hari esok. Sudah selesai sehari diputar lagi perkara semalam pada hari ini, dan esok pasti yang sama lagi. Macam pita rakaman. Hehehe. Seperti Si Tua Pencen. Tiada apa yang hendak difikir.
*Secawan Teh Tarik Di Temani Rokok, Cukup Menyatakan Hari Itu Indah.