Monday, March 28, 2011

Raja Lawak Ke Raja Gobal? Musim ke-4?!!!!

Aku pun semakin buntu.... Sekali sentuh blog ni, idea untuk menulis terus menitis-nitis. Nampak sangat aku rindu akan kerajaan olok-olok diblog aku ni. Tertiris segala idea membasahi blog ni. Dah kisah yang bodoh tapi tak sebodoh blog benda-benda bodoh. Namun masih boleh dianggap bangang tahap Dewa Tupai!

Dengan tag "Ini keje aku time bosan2...huhuhu...ok x????" sungguh matang member aku mencari publisiti untuk memperkenalkan kumpul hudoh lagi hina untuk join raja lawak. Dengan penuh semangat yang waja! Kami akan menentang siapa sahaja diatas pentas RAJA LAWAK. Firasat aku kuat, Minggu Pertama dah jadi Raja Paling Lawak! Sebab orang dok gelak kena tendang keluar dari Raja Lawak. Lalu musim itu dimenangi oleh Raja Gobal, jurulatih bola sepak kebangsaan. Entah kenapa dia menang aku pun tak tahu. 


Hal sebenarnya yang teman nak highlight ni adalah: 
MACAMANA KAWAN AKU BOLEH ADA IDEA NAK EDIT GAMBAR SAMPAI JADI SE-INDAH INI? 
*lebih indah dari muka penduduk taman indah!

Ini satu kemaluan yang sangat besar! Seluruh masyarakat Facebook dapat tengok... Kini exclusive di blog aku sendiri!

p/s: sudah ada yang mencabar! perlukah kami sertai? Hurm... Perlu difikirkan lagi.... 

#5 YR: Peter Hollens vs Mike Tompkins! (gaduh besar!)


Fuiyo! Lama tak buat review tu..... Aku bukan taknak  review, memang hari-hari aku mentelaah youtube. Tapi takde masa aku nak buat perkongsian dengan korang ni. Korang bukan baca pun! Hehehe... Takdelah, aku takde masalah. Well, I'm Degree now. Cakap omputih pun cam askar Gurka, speaking kunon juboq! Dah sembang banyak tarak guna*terkeluar identiti sentul aku. Meh rapat, yang jauh datang dekat yang rapat biar sampai sendat *lucahnya! 

Once upon a time..... *pak hang! macam bodoh....
I would like to introduce you guys with this brand new youtuber's that is also can be consider as awesome as Mike Tompkins! *tak kenal Mike Tompkins? Tekan link ini.

Dah sekarang sudah ada gaduh besar, bukan gaduh betul sampai bertumbuk. Konsep sekarang dah semakin berkecamuk. Dah mula tiru meniru. Tapi bagi aku macam ni baru persaingan sihat, lebih sihat dari lumba lari dalam guni. Serta lebih sihat dari badan Syanie. Hahaha.

Aku lebih suka review pasal Peter Hollens ni. Aku teringin kalau mampu ada kolaborasi antara Mike Tompkins dengan dia ni. Kerna, Peter lebih mantop dari segi vocal. Hentaman vocal melampaui batas norma pembikin video viral si Mike. Manakala Mike lebih cerdas dan cergas dari otak lembu pada sudut hal ehwal bunyian serta keunikan video.

Baru-baru ni peter dan mike bertembung antara dua lagu yang sama. Kedua-dua memilih lagu yang sama. FIREWORK-KATY PERRY. Lalu dengan cara ini mudah untuk aku buktikan keterampilan hebat dorang ni.  Samada benar atau tidak tuduhan aku diatas*macam cakap dekat mahkamah lak! 

POT-PET-POT-PET!
Sembang kuat habuk tarak, meh aku kasi berhabuk sikit.
TENGOK VIDEO LUCAH DIBAWAH!

PETER HOLLENS

Harmonis dan Bertenagakan? Cuma Beatbox kurang kepelbagaian.

MIKE TOMPKINS


Ini memang tak disangkal dah kehebatan dia. Tengok jumlah viewers pun dah tahu! Haha.

So, korang dah tahulah kan kenapa aku cakap "gaduh besar"? Tak faham? Memang korang ajak aku bergaduh.... Tapi sebelum tu aku nak tepon mak aku dulu, takut nanti gaduh sampai mati. *poyo!

Sekian sahaja review kali ni harap korang suka, setelah sekian lama takde review. ENJOY!

p/s: Aku ada banyak video lagi nak review ni. Tunggu!!!!


Lamanya....


Ha.....! Dia dah mai dah.... Tu dia!!! Hahaha.... Berkurun aku rasa aku tak update blog ni.... berjimak hampir setiap hari dengan assignment yang tak putus-putus dari lecturer. Indahnya hidup, rasa seperti seorang yang terpelajar rasanya kalau macam ni. Tapi sah-sah aku bengap juga! Penat... Sistem pemikiran aku semakin lembab... Kena service ni! Service over, 10:0. Begitulah nisbahnya antara kesibukan kerja memerah semua tenaga aku, dari bersuka ria. Hilang semua tenaga jantan aku! Hari-hari hambakan diri pada assignment yang melambak. Aku rasa macam nak buat hubungan intim je dengan assignment aku semua. Selamatlah kumpulan In-team tak kasi, kalau tak lama dah. Hahaha. Dah aku merepek apa? Trafik blog aku dah cam jalan kampung lenggang je.... Kerajaan PATRAQUE kena lakukan sesuatu ni! Tiada tarikan lagi blog aku ni, selain aku yang main tarik tali dengan assignment aku. Main tarik tali (lagu elyana)~ MEREPEK-MEREPEK! Dah... Harga kerepek dekat fakulti aku 2 ringgit. Apa aku cakap ni... Dah la! Tak siuman lagi... Ini semua sebab osman... Ntahlah, aku pun dah blur....  Bye!

Sumber Tenaga Patraque