Monday, January 31, 2011

Media, Berpolitik Tatkala Bencana (Banjir Selatan Tanah Air)

Alhamdulillah.... Itu tanda kesyukuran bagi apa yang telah terjadi. Sebentar tadi aku baru sahaja mendapat message dalam inbox Facebook aku yang memberitahu tentang tersiarnya berita banjir di Segamat, Johor dalam buletin 1.30 (TV3).

Namun perkara banjir di Segamat ini hanya di highlightkan setelah rakan yang mana orang yang sama menghantar message ke inbox aku tu memhantar e-mail berkenaan banjir yang amat teruk di Segamat kepada bilik berita TV3. Rakan aku ni pula bukan hantar sebab nak bercerita kosong pasal tempat dia sahaja. Ini kerana laporan banjir hanya dilaporankan dengan sangat hebat dan maha popular di Tenang sahaja.
Beb! Tahulah BN baru menang dekat sana. 
Media berpolitik jugak ke dalam keadaan bencana alam macam ni? Sedangkan dekat Segamat tu lebih kritikal dari Tenang. Tak perlulah menjerit tentang benda yang tak seberapa. Sedangkan ada yang lebih teruk korang tak nampak.

Masalah terputus hubungan, bekalan makanan dan bekalan air bersih. Lebih baik beratkan yang mana lebih penting. Jangan fikir pasal dacing dan bulan sahaja, yang menang lantaklah menang. Yang sengsara berilah perhatian. Media tak boleh seperti pahat dan penukul, diketuk gerak kalau tak memang tak gerak. Media sepatutnya tunjang maklumat utama. Bukan rakyat bersuara baru nak sibuk hantar reporter.

p.s: Bukan Segamat je kena buat laporan, banyak lagi tempat. Tenang tu selit sikit-sikit dah la. Berikut adalah sisipan gambar yang membantu korang menggambarkan lagi macam mana dahsyatnya banjir di Segamat.








*gambar ehsan Raihan Rahman






Tandus Dan Kering

Rajah 1.1 (sila klik untuk imej besar)

Berikut adalah rumusan keluar masuk pengunjung ke blog ni. Pejam celik rupanya dah akhir bulan Januari. Macam tak percayakan? Kena percaya. Masa sekarang bergerak lebih pantas dari kita ni. Aku ni rasa macam tak cukup je hidup dalam masa 24jam sehari. Nak extra boleh? Boleh tapi akulah jugak yang tak cukup tidur nanti. Hahaha! 

Apa yang aku boleh rumuskan dengan rajah 1.1*macam buku teks sekolah! diatas ialah ianya sebuah kegagalan. Aku gagal menandingi bulan 12 punya jumlah kemasukan pengunjung. Adakah aku tandus idea? Mungkin akbiat dari keletihan yang aku hadapi hari-hari. Kelas aku masuk pukul 8 pagi balik 10 malam. Mana ada masa aku nak luangkan untuk kekasih cyber aku seekor nie. Memang terabailah jawabnya!

So, azamnya hendaklah terus ada... Aku akan memperbanyakkan lagi update aku lepas ni. Dengan topik bukan omong kosong. Segala yang segar dan  ilmiah (dalam persepsi aku!) akan aku sajikan!

P.s: Selamat Menyambut Bulan Februari dan Selamat Hari Wilayah!


Sunday, January 30, 2011

Kejar... Kejar... Kejar....

Masih belum sempat aku mengejar waktu sudah tiba tugasan menjadi tembok menghalang antara kalian dan aku. Blog semakin suram, kerna jarang disiram dengan baja-baja murni. Ayat segalanya tunggang langgang. Patah pensil dakwah pun habis. Seperti itulah rasanya apabila mengupdate hanya untuk pengutus sebab musabab. Dalam dilemma? Sedia ada aku memang terperangkap dalamnya. Aku perlu gali dua lubang untuk punya satu baki masa. Andai hari-hari diteruskan dengan satu lubang sahaja untuk digali. Masakan ada masa untuk aku terus berjimba disini. SEKIAN.

p.s: Cuti mula, aku pun mula ditambat assignment yang banyak. Resam pelajar. TAK SUKA!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 26, 2011

Hipokritis Berkerajaan Dalam Diri. Itu Transformasi Kotor!

"Jangan Hidup Dalam Hipokritis. Engkau Bukanlah Seorang Insan Seperti Sekarang. Engkau Hanya Melakonkan Watak Yang Diri Kau Inginkan. Nampak Lawak! Tak perlu Berubah, Become A Nerd Is Much Better Than Act Like A Stupid Person. POSER! LOL."
(Berikut adalah bingkisan dari status facebook aku semalam)
Marah betul ye aku? Dengan siapalah aku marah sangat ni. Aku ni bukan jenis suka emo dengan orang. Cuma pemerhatian aku pada setiap manusia yang terus berjalan di atas muka bumi ini yang melucukan, ada juga yang menjengkelkan dan yang mampu buat aku berasa kesian dan simpati.
Dalam hal diatas memang nampak sangatlah aku bukan sedang bersimpati. Sedang mentertawakan seseorang? Possible.... Hahaha. The true is aku tengah meluat dengan seseorang yang aku ketogorikan sejak awal tadi sebagai yang menjengkelkan. Beb! Korang kalau orang yang korang kenal dekat luar selama ni pendiam tetiba dalam facebook macam dialah paling loud korang rasa pelik tak? Mestikan?*tak pelik diam, teruskan membaca!
Bukan tak boleh berubah cik kak oi!*sah-sah pompuan.. Dulu bukan main cakap pun tak reti, senyum dengan orang pun macam ye tak ye. Wanita melayu terakhir sangat! Selang beberapa tahun, jumpa dalam facebook bukan main lagi kau yer? Status semua nak mega, macam dia tu kaki borak sangat. Pandai komplain hal orang weh! Paling tak boleh blah, dah pandai mencarut, memaki, dan segala "me" la. *dia tak melan*** yer. Hahaha! Siapa tahu?
Dan dengan ini saya ingin menyaran semua pembaca blog saya yang mana mempunyai account facebook atau twitter.
Please be yourself when doing social networking activities, especially with the ones that know you in reality. You don't have to change yourself in this virtual realty, because people like ME will laugh and found out that you are just more than a clown that act to satisfy people around them.
P.s: I'm a clown, but I'm act for taking advantage to those people that giving fully attention on my act. Till they don't even know that somebody had just stole something from them. 

Monday, January 24, 2011

Pena Berkata-kata Ketika Dalam Sarungnya.


Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang,
Tajamnya mampu membunuh berjuta-juta jiwa sekali-gus,
Kalau mahu tajam perlu diasah,
Kalau mahu membunuh ramainya hingga kejiwa perlukan masa,
Jauhi musuh dalam diri sendiri, kerana kehidupan mampu melumpuhkan segalanya,
Perlu buah yang keras tuk menguji ketajamnya, kalau pena masih tumpul baik diam sahaja

P.s: Berikut adalah ulasan mengapa aku kurang mengupdate blog ni. Harap korang faham, tak faham boleh usul soalan kemudian :)

Sunday, January 23, 2011

Kalau Dah Pandai Sangat Macam Ni Lah....

Lama-lama berakit baru jumpa tepian,
Dah lama tak kedarat,
Dah lama tak update blog usah persoal,
Kesibukan dan demam semakin melarat.
*masa aku taip ni aku dah sihat! Hehe..


Tak banyak nak cerita, ada benda bodoh je nak kongsi. Sebuah sketsa bodoh aku buat untuk korang.
*tak best nak kutuk, kutuklah! Ada aku kesah?! Sketla~ Hihi!(bajet comel)

Situasi di CC (Cyber-Cafe). Petang. Hujan. *detail sgt bukan korang nk baca sgt pown!
Perbualan antara dua insan hina yang tiada internet dekat rumah (ini tak melibatkan isu orang ada internet ke tak, BACA BAGI HABIS DULU!)

A: (Sambil berjalan ke arah B yang duduk dekat PC 02) Kau tengok apa tu? Dari tadi ko duk tenung brader cashier tu aku nampak. Dia ada cari pasal dengan kau ke? 

B: (Muka berkerut) Eh! Mana ada....

A: (Tertanya-tanya) Dah tu kenapa? Ni sampai juling aku tengok ko pandang brader tu. Brader tu dah malu-malu aku tengok. Dia perasan dah ko usha dia bodoh! 

B: Kuang ajo ko! Siap panggil aku bodoh lagi. Tahulah nama atuk aku Syeikh BEBAL. Atok ko tu KULOP!(tak tahu bole tanya nanti).

A: Okay-okay, relax... cuh cite... cuh cite.... (sambil mengusap badan B) *cam gay nye cite lak...

B: Bukan apa, aku nak guna PC ni, tapi dia LOCK

A: Dah tu kenapa kau tak suruh brader tu on-kan?

B: Nak suruh lah tapi, dekat PC tu suruh aku tengok brader cashier tu(sambil tunjuk dekat monitor). Aku tengoklah! Dia sikit pun tak on PC aku. 

A: Yang kau bodoh sangat apahal? Pergilah kat dia! PC tu tulis LOCK! PLEASE SEE THE CASHIER. Bukan suruh tengok je. SEE tu lam hal ni "jumpa" la ngok! Jumpa then suruhlah dia on!

B: Mana aku tahu, aku mana pernah pakai PC dekat CC. Aku ada internet dekat rumah dari kecik, baru ni kabel kena sambar petir tu lah sebab aku datang sini. Nak on FB main Farm Ville aku, kalau aku tak crop sape nak cropkan...
*gambar ehsan CC apa entah, aku tak ingat... semua cc ada ni..

TAMMAT 

P.s: Suka baguslah! Tak suka pi mampuih~ Apa-apapun terima kasih baca sampai habis :)



Tuesday, January 11, 2011

Nippon! Bahasa Atau Peribadi?


Bermulalah dimensi baru bagi aku, untuk menambah lagi ilmu yang kering didada ini. Kalau ilmu orang-orang melayu ni aku takdelah. Ilmu bangsa penjajah memang ada, yelah nama pun sekolah rendah sampailah ke setinggi-tinggi pengajian semua orang putih berambut perang punya konsep. Kita ni si melayu pun ikutkan jelah punggung diorang.


Lantas, demi menyahut seruan konsep PANDANG KE TIMUR, aku pun dengan rela hati tanpa was-was lagi *macam iklan zaitun terus memilih jalan senang *aku pun tak pasti untuk mendalami bahasa JEPUN. Seriously, aku bukan penggemar atau suka sangat tengok cerita jepun. Bukan tak minat langsung, maksudnye macam si gila  diluar sana yang menghabiskan banyak masa tengok drama siri jepun! *tlg jgn terasa. Hahaha! Aku memang dan sebenarnya serta sejujurnya, ada lagi yang seangkatan dengannya? Sambung pe aku cakap tadi, memang aku tak tahu apa purpose aku belajar bahasa jepun. Semua kawan-kawan aku ramai ambil bahasa cina. Kononnya, boleh guna dalam industri atau pekerjaan sebab ramai majikan menuntut bahasa cina. Dah sebab korang semua nak masuk sana, kelas penuhlah! Takkan nak ambil Perancis, Jerman atau Arab. Memang tidaklah! Last choice, JEPUN.

Sekarang ni korang tanya lagi kenapa aku masuk bahasa Jepun sebab aku senang nak faham kalau tengok hentai ataupun porn jepun. Kena pulak dorang memang banyak guna dialog *pdahal mjerit je lebih. Hahaha!
Tapi itu jelah aku boleh bagi alasan setakat ni. Kalau tanya lebih sekarang aku tengah fikirkan jawapan baru. Mungkin nak kerja dekat Shushi King atau Kilang Mitsubishi. Hahaha!

Sunday, January 9, 2011

Koleksi Payudara Mantap!


HA! KENA TIPU.....! 
*kalau korang buka entri ni sebab tajuknya jew

Aku pelik dan heranlah. Kenapa masih ada perempuan yang sah-sah gemuk gedempol masih lagi nak pakai baju  ketat metat *betul ke nie. Diorang ni tak sedar ke yang diorangnye perut dah la buncit ngelebeh lak tu. Apakah mereka rasa mereka seksi? Aku rasa bila aku tengok je mula rasa terseksa. Mana taknye, terseksa sebab aku muntah-muntah lepas tengok manusia berbadan cempedak yang hampir masak serta berbungkus ketat bagi memastikan tiada serangga perosak memakannya. Tapi dalam kes ni, kalau serangga nak makan lagi bagus. Tak aku nafikan memang kadang-kadang buat aku geli hati tengok. Mula-mula seksa lepas tu jadi bahan gelak. Macam haram! Hahahaha....

Apa-apa pun aku ada sebuah kesimpulan untuk hal ni.

Kesimpulannya, akibat kebesaran payudara atau tetek dalam bahasa mudahnya - semakin berkembang mengikut tubuh lantas "si gemok" tak perasan yang perut dia ngelebeh atau buncit ini dek kerana tetek yang menjadi penghalang untuk mereka lihat sendiri spare tire diorang . Hahaha....

Bukan tak boleh nak tengok dekat cermin, tapi kenalah guna cermin yang betul-betul beso! Aku bukan kutuk cuma hina sikit... Ada masalah? Sila telefon 999! Untuk kesedaran jugak. Jangan berpegang pada
"BE YOURSELF" sangatlah. Masyarakat menyampah, nampak jijik.

P.s: Kalau terasa mintak maaf, manusia sekarang kena straight forward kalau tak susah nak faham.

-Selamat Beramal-

Saturday, January 8, 2011

Manusia dan Jurang Kehidupan



Masalah, Masalah, Masalah. Segalanya terpaksa lalui tika ini. Manusia yang memijak tanah ini pasti akan terus memijak didunia yang nyata. Nyatanya semuanya akan ketemu dengan masalah. Hanya yang gila akan terus gila tanpa apa-apa masalah. Indahnya kehidupan si gila dan di pengakhirannya tinggal di hospital terperosok segala puak yang sama dengannya. Mati tanpa sedar punya masalah. Manusia yang terus normal ini akan terus berpusu-pusu mencari penyeleasaian masalah. Segenap hari-hari yang mendatang menghambakan diri dengan masalah. Hanya yang mampu dan terus teguh terus mudik kedepan melawan arus yang keras. Terjun! Terjun! Terjun! Dan teruslah terjun wahai manusia kedalam gerombolan najis masalah. Hatta Pencipta menjadi penyelamat untuk segalanya. Itulah aku masalah, engkau ingin tahu kenapa aku terus wujud? Ianya untuk Dia, aku bekerja untuk-Nya. Tugas aku untuk terus merejam kalian ke dalam belenggu masalah.

Renung-renungkanlah.

Aku, Bukan Masalah Tapi Bermasalah.

P.s: Usaha tanpa penghambaan pada-Nya. Tak Selesai juga segalanya.

Tuesday, January 4, 2011

Hamek Ko! Macam Nak Mati!


Aku tak secomel kucing tu... F**K

Dah dua hari kelas. Aku dah dapat rasa macam mana rasanya ada dekat UiTM Shah Alam nie. Sekarang pun takde kelas sangat lagi. Sumpah letih weh~ Balik je mula la badan rasa macam nak putus. Driving dekat sini pun bukan elok sangat. Kereta banyak, mampos aku! Jenuh tekan break, sebulan dua lagi sure aku punya break loose, alignment and balancing aku kena buat cepat.

Dalam sejarah pulak aku kelas pukol 8.30 bangun pukul 7. Gila apa? Tapi nak buat macam mana.... Inilah kehidupan aku yang baru penuh dengan pancaroba. *kimak ayat cam hanjing!

P.s: Nak update blog pun penat sekarang. Duduk rumah tingkat 9. Selamat ada lif. Kalau tak badan aku dah macam Mr. Universe dah taw! Eceh~ LOL

Saturday, January 1, 2011

Seperti Yang Aku Janji.

Beberapa hari yang dulukan aku ada janji dengan korang kepada siapa yang mengikuti blog aku.Aku akan dedahkan traffic dan stats aku pada korang macam mana aku boleh capai 500 readers tuk blog ni. Bukan nak berlagak cuma aku nak share apa yang aku capai. Kalau korang baca entri (sila tekan link) aku yang hari tu aku rasa korang faham.

Audience!
*sila klik untuk lihat lebih jelas

Aku fahamlah kalau orang Malaysia banyak view blog aku ni. Apa masalahnya lak dengan United State tu pulak? Diorang cari apa? Faham ke dorang apa aku tulis ni. Haih!

Overview!
*sila klik untuk lihat lebih jelas

Setakat ini tentang percutian ke kampung aku masih menjadi peneraju utama topik paling teratas yang di view oleh sekelompok pembaca. Dan aku perasan mat saleh yang dari United State banyak view pasal benda ni. Apa yang korang faham ha?! Bukan aku cerita dalam english weh~

Hahahaha!
Walau macamana pun aku sangat berpuasa hati dengan pencapaian aku sekarang dan aku akan berusaha untuk terus menulis untuk keseronokkan aku. Ribuan dan jutaan dan tak tahu berapa banyak lagi aku nak berterima kasih pada korang-korang yang terus membaca blog aku. Yelah! Kau lah ngok yang tengah baca nie. 

P.s: 2011 pun dah bertandang. Doakan kejayaan aku ye kawan-kawan. 






Sumber Tenaga Patraque