Monday, August 29, 2011

Beraya Tanpa Kata. Bisu Ke?

Hanya Kad Raya Ingin Ku Kirimkan, Untuk Semua Yang Hadir Ke Sini Pada Tanggal 1 Syawal 1432H. Aku tidak banyak benda yang ingin diperkatakan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. 
Semoga Ramadan memberi seribu keinsafan dan Syawal yang penuh kegembiraan pada hari kemenangan ini.


Inilah kada raya aku yang tak seberapa. Aku nak letak lambang Blogger.com.
Tapi dah tak larat nak edit. Upload dan tag sana sini memenatkan aku.
 (Tengah taip ni pun mengantuk) 

Baju Raya: 
Jubah Putih.

Malas nak taip dah bye... 

Agak wordless la entri kali ni. Sorry!

Monday, August 22, 2011

Sunday, August 21, 2011

Bukan Saya Sengaja Nak Raba.

#6 YR: Why Mizz Nina? Why!?

Wordless Monday: EPIC!

Tak terkata kerana sibuk menghayati video di youtube.
Saja share:


Superb right? 

YEHAAAAAAAA!

p.s: Memang takde idea nak menulis, layan youtube je....

Saturday, August 20, 2011

Apa Khabar Disana?

Saya Hampir Putus Asa.

Ingatan Untuk Semua.

Manusia Tidak Sedar.

Manusia Tidak Sedar

Saat roh keluar dari jasad manusia,
Sedarkah manusia itu dia sudah tertidur,
Saat roh kembali kedalam jasad manusia,
Sedarkah manusia itu dia sudah terjaga,
Sedarkah manusia saat dia sedar,
Kerana kita manusia yang kadangkala tidak sedar.

Friday, August 12, 2011

Ramadhan... Rezeki... Puasa....


Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirrahim.
Lama rasanya dah tak update blog. Lama ke? Rasanya tak pun... Sibuk dengan hal keduniaan dan akhirat akhir-akhir ini. 

Ramadhan,
Bulan seribu rahmat. Tak kiralah dari segi amalan, pahala, hinggakan kepada perkara rezeki.

Rezeki, 
Begitu banyak peluang memperoleh rezeki bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keredhaan ini. Mula saja hari pertama, beratur-atur gerai dibuka sampaikan tak cukup tanah nak buka. Bagi yang mengunjung, berpeluh-peluh berjalan dalam kesesakan pasar ramadhan. Tak cukup dengan tu, menjelang hari lebaran nanti dipacak pula baazar raya Aidilfitri. Dari jual kuih, ke baju raya, disambut pula dengan penjual lemang dan rendang. Bukankah melimpah ruah rezeki bulan mulia ini?

Rezeki dan Aku,
Tak dinafikan rezeki bulan ini begitu banyak, aku pun tak nak terlepas peluang untuk meraihnya. Lalu aku bersama seorang sahabat baik memulakan misi menambah rezeki kami. Tak sampai berapa hari, MALU NAK TENGOK BUMI. MENDONGAK KE LANGIT sahaja yang mampu. Modal lebur, berbekalkan sedikit lagi duit yang ada kami laburkan untuk berhibur bagi menenangkan fikiran kami yang ternyata kecewa. Haha. AKU BUKAN DILAHIRKAN SEBAGAI PENIAGA. Membeli reti, jual tak reti. Faham-faham jelah eh? Malas nak ulas panjang.

Puasa,
Ramai yang menjalankan ibadat puasa, dan tak kurang ramainya yang tak berpuasa.
Alhamdulillah bagi mereka yang berpuasa, ganjaran yang baik untuk amalan yang dilakukan. Insya-Allah.
Bagi mereka yang tak berpuasa, jalan masih ada. Allah sediakan jalan kehidupan untuk kita. Cuma akhirnya belum pasti.Selagi ada hayat, berpuasalah di bulan Ramadhan, kerna kita takut kali ini Ramadhan yang terakhir bagi kita. 

Aku dan Puasa,
GASTRIK! GASTRIK! Pada tanggal puasa ke-8, suatu pengalaman dan ujian yang amat menguji kesabaran dalam beramal dalam bulan mulia ini. Menghidap gastrik dan bertahan untuk terus berpuasa. Memulas-mulas, bagai kain yang basah diperah hingga kering dan terus diperah. Alhamdulillah, hari ini puasa ke-12 sudah beransur pulih, bagaimanapun masih mengambil antibiotik hingga habis nanti.

Itu sahaja kali ini, lain masa aku tulis lagi.
Insya-Allah.
SEMPENA BULAN RAMADHAN INI, rasanya masih tidak terlewat kerana kita masih berada dalam bulan penuh kesyukuran ini. SALAM RAMADHAN AL-MUBARRAK buat semua Muslimin dan Muslimat.

Sumber Tenaga Patraque