Wednesday, November 3, 2010

Tergantung



2hb November 2010, baru-baru ini boleh aku kira saat dimana mampu aku isytiharkan dengan penuh kebanggaan yang aku sudah bergelar pemegang-pemegang skrol diploma. Pejam celik, detik aku bermula sudah aku tinggal lama. Sekarang ber
akhirlah segalanya dan bermulalah detik baru.
Insya-Allah setapak lagi aku ingin terus berdiri di menara gading.

-----------------------------

Sedikir ulasan tentang rakan-rakan,
yang aku pasti rakan pengajian aku tetap dengan perangai yang sama,
tiada perubahan, percakaran itu tradisi
dan hingga kini aku memerhati
ternyata aku tidak puas hati
biasalah kena ambil pepatah ini juga akhirnya
"to many people in room may create crisis"
apa-apa pun sekianlah
lantaklah nak kecundang atau menang macam manapun
yang teguh disini tiada permasalah dengan kehidupan aku

-----------------------------


Sedikit ulasan tentang jiran-jiran kolej kediaman
sayu sahaja berakhirnya oktober baru-baru ini
rupanya kalian hampir separuh dari segenap pelusok tingkat ini telah berangkat
berangkat pulang
pulang untuk pembebasan dari penjara kecil ini
namun masih ada yang "tua-tua" sedang berperang nasib
secara umumnya kalian adalah yang terbaik
kehidupan disini bagai peratusan daratan dan air dibumi
kalian adalah lautnya
memegang 70% muka bumi
sepertimana memenuhi seluruh kehidupan aku
30% tiada ulasan baginya, aku dah muak
dengan kalian
aku gembira
bahagia
tempat berbicara
pertolongan kecemasan paling tangkas
(ekoran eksiden kaki patah dulu)
adik abang yang hidup bersama-sama
tabiat makan yang buruk yang kita anggap baik
HAHAHAHA!


-----------------------------

CINTA
Melaka Disinilah Aku Bertemu Cinta
Cinta Yang Aku Sendiri Percaya
Percaya Akan Menghidupkan Kembali Aku
Tiada Penceritaan Tentang Dulu Lagi
Aku Tak Mahu Cerita Lagi
Pertemuan Dengannya Disini Indah
Berpegangan Tangan Dengannya Itu Mimpi
Mendakapi Penuh Erat Itu Hadiah
Manusia Yang Tak Pernah Aku Impi
Kini Duduk Dalam-Dalam Sanubari
<3

p/s: Ini teks tentang diri aku, segalanya aku tinggalkan tergantung supaya tiada perkara yang berakhir tanpa noktah dan keindahan terus dengan keindahan, cinta terus bercinta dan perbalahan antara mereka berterusan kerana mereka manusia, manusia tidak kenal erti putus asa, dan segalanya tergantung






No comments:

Sumber Tenaga Patraque