Wednesday, September 21, 2011

Undi Untuk Pundi!


Undi! Undi! Undi!

Apa cerita ni? Ramai tak turun mengundi!
Rata-rata hari ni kita tengok mana-mana celah je dalam negara kita ni mesti bercerita pasal politik. Ada juga yang pandai  bercerita tapi bila ditanya "Nanti mengundi tak?". Jawapannya, "Tak kut..". Ada ke patut?! Ini khususnya pada mereka yang berusia muda ataupun generasi muda. Jangan bercerita je, kuat sembang dekat kedai kopi, dalam hostel, pejabat dan tempat sewaktu dengannya macam ahli politik berjaya. Alih-alih awak yang tak mengundi. Cerita tentang hak semua orang nak melenting, hak bersuara jangan ceritalah macam usik kemaluan mereka. Inilah masanya! Undi ni boleh dikatakan lebih kurang macam hak bersuara menggunakan penulisan. Korang tak payah nak bersuara ke memekak-mekak dekat blog letih-letih menaip nak nyatakan sokongan pada kerajaan atau pembangkang. Biar aku seorang je letih menaip ajak korang mengundi. Bukan susah pun, tanda je. Orang kurang upaya pun boleh baut ma... Tapi janganlah bagi mereka yang buta, takut nanti ditipu atau merosakkan undi je. OKU jangan marah, aku buat perumpamaan je.
TANDA! TANDA! TANDA! UNDI! UNDI! UNDI!

Korang tak malu ke negara kita ni sampai ada video dan lagu semata-mata nak ajak pemudi dan pemuda ni keluar untuk mengundi. Nampak sangat negara kita ni ada masalah dengan jumlah rakyat yang keluar mengundi. Pada mereka yang pembangkang, jangan sia-siakan tarik 9 Julai, 2011. Kalau setakat nak turun kejalanan tapi tak mengundi, tak guna gak. Korang yang Pro-Kerajaan, nak kerajaan sekarang lagi? Undilah, jangan melompat sokong je. 

Dari berita di TV dan surat khabar hingga ke kedai kopi, ura-ura mengatakan PRU dah nak dekat. Apa lagi, DAFTAR! dan UNDI! Bukan susah pun, online pun boleh tak silap aku. Kalau depan FB boleh duduk berjam-jam, daftar sekejap takkan tak boleh kan? Ke korang nak SPR punya website tu macam FB gak? Hahaha!

No comments:

Sumber Tenaga Patraque