Saturday, September 24, 2011

Bila Tembakan Betul Mengenai Bontot Mangsa.


Gambar Hiasan


Hi! Amacam tajuk entri diatas okaykah? Merapukah? Aku kisahkah? Hahaha... Tajuk kali ini dengan entri kali ni tak berkaitan langsung sebab mak serta bapak mereka tak sama nama mahupun bersekedudukan. Pening? Layan jelah.... Di pagi yang hening di Bandar Shah Malam yang sudah berubah menjadi Shah Alam berikutan waktu siang yang dingin tiba, aku bingkas menari-narikan jari diatas keyboard ini untuk menyatakan kepuasan. Joget rentak apa? Entah, inang kowt...

Berminggu aku tunggu untuk berasa bangga kerana kau. Akhirnya aku gapai juga kebanggaan itu. Entri ni adalah entri mengenai bola sepak. Aku tahu ramai perempuan tak suka baca pasal bola sepak, tapi apakan daya sudah separuh kalian membaca entri ini lebih baik habiskan sahaja. Hahaha! Pada yang lelaki, nak angkat kaki or klik cancel pun boleh. Minggu ni pasukan kegemaran aku kembali memperoleh kemenangan iaitu Arsenal. Setelah berminggu aku setia menyarung jersi tanda sokongan didepan TV terhadap dorang walaupun dorang tak nampak aku sedang menyokong dorang, akhirnya kemenangan besar kunjung tiba. 3-0. Sayangnya aku tak tengok game tu sebab kedai mamak tu nak tengok game Liverpool. Tak boleh argue sangat nanti kang aku pulak kena maki dengan Liverpool fans yang ramai dekat situ.



Kaitan entri dan tajuk entri adalah, tembakan dari Arsenal tepat mengenai bontot (Bolton Wanderers). Faham? Tak faham sudah. Hahaha! Sempurnalah sebuah epilog sebuah pasukan yang mengejar kemenangan. Seronok woh! Everyweek pakai jersi Arsenal, tak Home aku pakai Away, tak Away aku pakai Home. Janji Arsenal. Kemenangan 3-0 itu menandakan kebangkitan Arsenal, bermakna kegemilangan untuk berada dalam kelompok 4 teratas kembali memperoleh harapan. Ya, memang pernah kalah dengan Man U. Tapi apalah sangat kalau enggan mencuba kejar kembali mata pasukan lain yang dihadapan. Ternyata hati yang gembira ini disambut dengan pagi yang dingin, menyejuk serta menenangkan lagi jiwa yang sedia ada tersenyum. Hahaha!

That's All For Now.... 

p.s: Hates me? Go a head... Like it? Follow Me! (macam jenama alat pewangi tubuh badan lak)

Sumber Tenaga Patraque