Monday, July 4, 2011

Malaysia Menentang Taiwan (Ulasan Peribadi), Introduksi Pertembungan Dengan Singapura.

Lama sungguh aku tak update blog ni. Haha… Aku pasti ramai yang tak menantikan apa-apa entri dari aku. Aku sedarlah blog aku ni tak hebat. Hahaha…. Merendah dirinya aku, sedangkan aku berketinggian yang agak tinggi dari orang lain. Terus pada perkara pokok yang aku nak ulas sedikit.



Beberapa hari yang lalu, berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia negaraku yang tercinta dengan Taiwan lawan yang pada  mulanya tidak menunjukkan tarik dan pada saat diatas padang menunjukkan aksi yang memberansangkan. Hampir luput harap kita untuk layak. Namun pasukan kendalian Datuk K Rajagopal mampu layak berdasarkan jumlah jaringan ditempat lawan. Sejujurnya aku yang memerhati tidak berpuas hati dengan aksi pasukan negara di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kekecewaan yang akulihat itu dipadamkan dengan aksi bertenaga pasukan negara dengan jaringan gol kelas antarabangsa yang dipamerkan. Ini sekaligus menyaksikan kedua-dua gol itu mampu menjadi gol klasik bagi sepanjang penyertaan pasukan negara dalam mana-mana pertandingan dalaman atau luar negara. 

Pada 23 Julai, 2011, pasukan negara perlu berhadapan negara jirannya yang memperoleh bye tanpa memerlukan mereka untuk bersaing ke peringkat seterusnya sepertimana yang diusahakan pasukan negara. Ini bukan bermakna mudah untuk kita tumpaskan mereka memandangkan kita berada dalam suasana atau mood pertandingan manakala mereka hanya menanti kita. Kelemahan pasukan negara sudah diselidik habis sepanjang pertemuan dengan pasukan Taiwan. Tugas yang dipikul kini lebih berat dan eksklusif kerana Singapura punya banyak masa untuk mengkaji. Namun segala yang diatas kertas pasti jauh menyimpang dari skrip sebenar perlawanan atas padang. Hanya harapan dan doa untuk skuad kendalian Datuk K Rajagopal. Pada peminat tempatan sama-sama kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyemarakkan sokongan pada 28 Julai, 2011 dimana Singapura pula bakal bertandang ke sini bagi menghabiskan 90 minit yang berbaki bagi kedua-dua kumpulan melayakkan diri.

P/s: Banyak yang boleh diperkatakan, hanya percaturan dan semangat juang yang tinggi mampu membuktikan segalanya.

No comments:

Sumber Tenaga Patraque