Monday, May 30, 2011

Tiga Tahun Untuk Sehelai Jubah, Sebuah Topi dan Sehelai Sijil



Tiga tahun yang melayakkan. Tiga tahun yang penuh liku. Tiga tahun yang membawa kebahagian. Tiga tahun pengajaran. Tiga tahun pengalaman. Tiga tahun untuk harapan tiga insan. Tiga tahun untuk pemulihan. Tiga tahun untuk membuka minda. Tiga tahun mengenal dunia. Angka tiga yang punya banyak makna. Bermain antara anak muda dan impian serta pengorbanan yang penuh beban. Namun, telah lunas akhirnya.

Hasilnya sehelai Jubah menyelubungi si muda pada 18hb Mei, 2011. Sebuah topi yang mengangkat antara si muda dengan insan lain disekelilingnya. Meletakkan berguni-guni anak bangsa tinggi bersama-sama sehelai sijil. Sebuah tiket kehidupan yang belum pasti, belum pasti ada kerusi yang mampu diisi untuk si muda. Dalam arus yang deras, sehelai sijil mampu menjadi sebaris dengan sekeping tisu buat mengelap tangisan oleh si muda yang masih hingusan.


Okay! Sudah selesai aku mencurah rasa. Kalau korang faham, alangkah baiknya. Tiada perkara berat, hanya ringan sahaja. Berlangsung beberapa minggu yang lalu, Istiadat Konvokesyen ke-74 UiTM. Dengan ini secara rasminya aku bergelar Alumni UiTM. Secara automatiknya aku bergelar graduan. Hari yang indah bertambah ceria apabila segalanya mampu dikongsi dengan mereka yang aku cinta dan sayang. Abah, Mak dan satu-satunya adik-beradik kandung aku dalam dunia ini iaitu Along aku. Tidak lupa pada insan istimewa yang aku banyak mengangkat aku untuk terus berjaya, kekasih yang terus setia hingga kini untuk melihat akan kejayaan aku. Tahniah juga padanya, kerana kami berdua meraih kejayaan pada hari yang sama. Berjam-jam istiadat yang penuh dengan susun atur protokol seiring dengan kedaulatan Universiti yang aku anggap sungguh penuh dengan kebudayaan dan kuasa-kuasa Raja Melayu. Lima jam yang padat untuk semua tetamu yang hadir dan anak-anak yang terkinja-kinja menanti segulung penanda aras rasmi tahap kelayakkan. Ditangan kini Diploma. Alhamdulillah, syukur pada illahi aku kini dipuncak yang aku kejar. Namun masih mendaki lagi kini mengejar satu lagi tiket kejayaan yang tak pasti bersama-sama si dia yang terus setia menjadi peneman. Doakan kejayaan kami. Dengan ini aku tinggalkan beberapa foto kenang-kenangan untuk tatapan pada mereka yang membaca entri ini.


Bonda yang menjadi tulang belakang kejayaan

Orang yang paling banyak melabur dan merupakan pengeluar dana aku belajar.

Tiada galang gantinya.

Antara yang menaruh harapan.

Bersamanya ditabalkan kejayaan bersama. Tukang leter dan pembantu yang terbaik.
p/s: andai kau baca entri ini. Kau kawan karib aku yang paling sempurna.

Terpancar kegembiraan masing-masing.



Tiada apa yang lebih berharga mampu aku hadiahkan pada mereka melainkan menyarungkan kejayaan aku pada jasad mereka selagi aku mampu. 

p/s: Istiadat Konvokesyen Ke-74 ini berlangsung pada sidang ke-8 (18hb Mei,2011). Aku merupakan graduan dalam jurusan Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka. Kini masih meneruskan perjuangan dalam bidang penyiaran. di UiTM Shah Alam.












No comments:

Sumber Tenaga Patraque