Tuesday, July 5, 2011

POKOK

Seperti yang aku janjikan aku akan berkongsi perihal tentang POKOK. Bukan aku nak bercerita perkara-perkara saintifik berkenaan pokok. Aku pun bukanlah pakar sangat pasal sains ni, kalau aku pakar lama dah aku sekarang ni belajar memerah otak dalam jurusan berhubung sains. Hahaha….


Pokok… Pokok… Pokok… Apa yang kita tahu tentang pokok. Pernah dengar pepatah resam padi? “Makin Berisi Makin Menunduk”. Aku bukan nak cerita banyak hal pepatah tu, aku pun sebanarnya tak pasti itu pepatah ke simpulan bahasa atau perumpamaan. Al-maklumlah, SPM bahasa melayu pun jawab macam aku ni bukan melayu. Hahaha…. Orang bukan melayu lagi gempak berbahasa melayu.


Berbalik berkenaan pokok tadi, sedar atau tak sedar kita tinggal dinegara yang penuh keharmonian dan kedamaian sejagat yang ulung? Banyak bercerita tak guna, mari aku kupaskan pula perihal resam POKOK. Dalam kehidupan ini, sebaik-baiknya jadilah seperti pokok. Berdiri ditempat yang satu, dari kecil dibesarkan hingga mampu meneduhi apa yang dibawahnya. Melindungi apa yang berbumbungkannya. Seperti juga kita manusia, kehidupan ini mengajar penuh erti kerjasama. Kebergantungan yang luas antara satu sama lain, seperti juga POKOK yang dilihat tak mampu melakukan apa-apa melainkan berdiri pada suatu tempat yang sudah ditetapkan. Jika diambil konsep pokok tersebut, kemana perginya kita andai sudah berjaya kalau tidak terus memijak pada bumi yang satu, tanah yang pernah melihat kita membesar. Semakin sihatnya pokok itu umpama manusia yang memperolehi kejayaan dari segi zahir dan rohaninya. Dari kesihatan yang dikecapi pokok inilah yang menghasilkan buah yang ranum lagi penuh berkhasiat untuk jamahan semua yang menyedari akannya. Buah ini seumpama kejayaan bagi pokok tersebut, andai buah terus jatuh ketanah menjadilah rezeki buat makhluk lain memperoleh makanan. Dan umpama berdiri ditanah yang sama, memperoleh kejayaan ditanah yang sama, lalu menabur bakti dari kejayaan yang dikecapi. Manusia juga mampu jadi seperti ini. Persoalannya, adakah manusia terus kenal akan erti berbakti, terus kenal dengan tanah yang pernah menghasilkan kejayaan baginya, mengapa perlu menabur bakti dinegeri orang sedang negeri sendiri menjayakan kamu. Perihal konsep ini hanyalah ilustrasi ekspres dari minda aku yang memerhatikan resamnya pokok dan perhubungkaitannya dengan sifat manusia. Mengapa kita tidak mampu menjadi seperti POKOK?

P/s: Aku rasa ayat aku agak tak tersusun, kerana aku muntahkan segala apa yang aku fikirkan terus sambil menaip tanpa mengatur semula, aku ingin menulis sahaja supaya pointnya tidak lari dari benak fikiran ini.  

Sumber Tenaga Patraque