Thursday, February 23, 2012

Percaya...


(Gambar Hiasan)

Bismillahirahmanirrahim
Salam....
Sekian lama aku tak update blog ni, rasanya jari-jemari yang menari diatas papan kekunci ini pun rasanya turut kekok mencari langkah yang cantik bagi memudahkan kelangsungan aku menaip. Haha.

Tak banyak yang hendak dimadahkan pada semua dan umum tentang diri aku, biarlah ia terus menjadi Sirr(rahsia) bagi aku. Hanya kebelakangan ini berlaku pelbagai adegan dalam kehidupan yang aku pasti semuanya telah ditentukan. Majoritinya adalah tentang ujian dan dugaan. Maaflah andai posting kali ini agak muram kerana akhir-akhir ini diri ini umpama panah yang sentiasa menghujani, berkali menerjah sebagai ujian duniawi. Jasad pun menjadi agak tidak bermaya dan kepenatan namun masih mampu bertemu dengan-Nya. Itu sudah memadai.

Dugaan,
Nyata setelah lama berjalan diatas muka bumi ini baru aku sedar akan erti dugaan dan ujian. Kalau dulu dimulut mudah berkata apa sahaja bagi meredakan kebanjiran resah dan gelisah rakan-rakan yang ditimpa malapetaka. Sebenarnya itu bukanlah malapetaka, bahkan ia lebih kepada hadiah yang tersirat datangnya dari Dia. Sepanjang hari aku bersyukur dek kesakitan dugaan yang perlu aku tempuh ini, tapi penawarnya tetap ada bila kita percaya saat ini Sang Pencipta sedang asyik memerhatikan kita. Aku ni bukanlah orang alim atau kuat agama cuma bercerita berdasarkan pengalaman yang sedang aku lalui masa ini. Tipulah tak ada rasa putus asa, tapi apakan daya selagi bernyawa terpaksa digagahi jua. Itulah yang dikurniakan Illahi sehingga aku mampu lagi melalui duri-duri, supaya aku terus percaya akan segalanya. Allah sedang memerhati dan memberi ujian. Bila percaya rasa diri ini sentiasa dihargai, Dia Yang Maha Agung sedang memerhatikan aku yang kerdil ini? Wah! Seronoknya, aku perlukan buktikan aku mampu melalui dugaan Dia! Bila percaya, Wah! Ujian ini bererti nikmat, selesai ujian ini pasti Allah memberi nikmat! Bila percaya, Dugaan ini perlu disyukuri kerna mampu memperoleh berkat, mungkin cara ini Allah membersihkan aku dengan dosa-dosa lalu. Bila percaya, Allah menyaksikan aku akan dirinya dengan pelbagai cara, Zat-Nya dan segalanya yang ada diatas muka bumi-Nya ini. Subhanallah! :)

Baru beberapa hari lepas sebelum aku update blog ini, terjadi satu lagi kejadian yang memeritkan bagi aku. Tapi berkat dari Kepercayaan aku pada Dia, keperitan itu tak terasa walau ianya datang sekali-sekala umpama risau dalam hati. Tapi sekejap sahaja lagi, aku sudah kembali tenang dek kepastian tentang Hikmah yang sudah ditentukan di Luh Mahfuz. Aku senang sekali ketika ini, tiada apa yang tidak diaturkan-Nya.

Itu sahaja rasanya entri kali ini, semoga kita semua memperoleh berkat dan nikmat sepanjang perjalanan dalam jasad yang sekujur ini sehingga matinya jasad, lalu penghidupan yang lain kita lalui.


Ya Allah Dekatkanlah Kami Pada Diri-Mu,
Janganlah Engkau berpaling dari wajah-wajah kami,
Usahlah Kau bolak-balikkan hati kami,
Amin Ya Rabbal Alamin......


p.s: Aku sekadar menulis, bukan manusia sempurna dari segi Agama mahupun Azalinya. Aku pun yang 5 tak selalu cukup, sedang menuju ke arah itu. Doakan aku ya! :)

No comments:

Sumber Tenaga Patraque