Friday, October 4, 2013

Arsenal: Meniti Mentaliti Kemenangan Dalam Keharmonian.

Arsenal Projek 10 Tahun Dari Highbury ke Emirates.



Jika benar apa yang saya pernah baca dahulu, mungkin ianya sedang terjadi sekarang.
Dari artikel yang dibaca dahulu, ia menyifatkan Arsenal mempunyai satu pelan 10 tahun untuk pembangunan pasukan selepas berpindah ke Emirates. Pasukan yang bakal dibina melibatkan gandingan pemain muda
dan berpengalaman. Dan dalam masa tersebut keserasian dicari. Namun terjadi sebaliknya apabila Fabregas meninggalkan Arsenal. Seperti semuanya tidak pasti, namun pelan ini diteruskan dan hasilnya hari ini. Terdapat gabungan dua generasi didalam pasukan kendalian Arsene Wenger masa ini.

Arsenal masa hadapan Bola Sepak England
Arsene Wenger pada suatu ketika pernah mengeluarkan kenyataan bahawasanya suatu hari nanti Arsenal adalah pembekal pemain kebangsaan kepada England. Pada masa itu pasukan yang dikendalikan beliau begitu banyak pemain luar. Namun janji tetap janji dan hari ini nyata apa yang perkatakan Arsene Wenger itu benar apabila Arsenal telah berjaya melayakkan barisan mudanya untuk mewakili England malah menjadi antara pemain tumpuan serta tonggak kejayaan pasukan. Alex Oxlade-Chamberlain, Walcott, Jenkinson, Jack Wilshere, dan Kieran Gibbs adalah antara yang menjadi pilihan pasukan England sekarang ini.

Pembiayaan Pengurusan
Selama 8 tahun kebelakangan ini Arsenal tidak berjaya membawa apa-apa trofi malah berbelanja besar, persoalannya mengapa? Ianya adalah kerana Arsenal perlu menanggung kos pengurusan, pembinaan dan pentadbiran stadium, walaupun ianya dibiayai oleh Fly Emirates namun  perkara ini membuatkan peruntukan bagi perbelanjaan untuk pemain bintang dikurangkan. Malah jika musim ini Arsenal tidak berjaya memperoleh  sebarang tempat ke CL. Fly Emirates akan memotong 50% dari tajaan sedia ada. Mujur Arsenal melepasi ujian musim lepas dan mendapatkan tempat di kejohanan elit Eropah tersebut.  Mengapa mampu membeli musim ini? Soalan ini saya sendiri tidak punya jawapan. Tapi jika dicongak kembali sepanjang beberapa tahun ini sudah begitu banyak pemain tonggak yang dilepaskan oleh Arsenal malah diawal musim ini Arsenal telah diberi peruntukkan sebanyak 70juta pound untuk berbelanja, namun drama yang sama tetap berlaku apabila beberapa pemain lagi dijual dan pemain baru melalui perpindahan percuma membawa jumlah peruntukan bertambah sebanyak 79juta pound sehingga kehadiran Ozil yang menelan belanja 42juta pound yuran perpindahan.


Perpindahan yang GILA!
Pada saat akhir sebelum penutupan jendela perpindahan diawal musim, Arsenal menutup dengan perpindahan paling sensasi iaitu Ozil ke Arsenal. Perpindahan pemain tengah Real Madrid ini sekaligus menjawab persoalan pemain manakah yang bakal dibawa masuk ke Arsenal setelah beberapa musim tanpa perpindahan besar?
Mula dikaitkan dengan kehadiran Higuain yang akhirnya ke Napoli, Arsenal tidak berhenti disitu sahaja apabila menyatakan hasrat untuk mendapatkan Suarez dari Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak 40juta dan ditolak oleh Liverpool yang berkehendakkan Arsenal mempertimbangkan lagi jumlah wang perpindahan Suarez. Arsene Wenger bertindak menambah wang perpindahan hanya dengan nilai 1 pound. Tindakan ini nyata membuatkan Liverpool tidak senang dan menolak terus tawaran perpindahan Suarez ke Emirates. Dari tindakan itu tampak AW sendiri tidak berhasrat untuk mendapatkan Suarez.
Yohann Cabaye antara didalam radar Arsenal yang akhirnya berkesudahan tanpa apa-apa susulan oleh Arsenal selepas ditolak. Waktu jendela perpindahan tutup semakin hampir dan Bale secara rasminya milik Real Madrid, kegusaran terus meningkat apabila melihat pasukan jiran iaitu Spurs sibuk dengan pembelian yang luar biasa apabila berbelanja besar sedangkan di kelab yang berpusat di utara London ini masih menyepi tanpa sebarang perpindahan. Lantas berita perpindahan Ozil ke Arsenal semakin meniti bibir peminat bola, dengan khabar angin mengatakan Ozil melakukan ujian kesihatan di Jerman untuk memudahkan beliau ke Arsenal makin meningkatkan lagi intensiti penyokong Arsenal. Maka pada 10 minit terakhir penutupan jendela perpindahan awal musim 2013/2014 Arsenal secara rasminya mengumumkan Ozil sah dibawah kendalian Arsene Wenger.

Ozil “Tonik” Arsenal
Kehadiran Ozil nyata memberi impak berbeza kedalam pasukan kendalian Arsene ini apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga awal bulan Oktober. Terbaru diuji untuk berdepan pasukan yang mempunyai rekod dan kedudukan yang konsisten di Itali SCC Napoli berjaya dijinakkan dengan 1 gol dari Ozil dan satu gol oleh Giroud yang dibina oleh Ozil. Semangat dan keyakinan yang disalur melalui kehadiran Ozil ini membawa kepada satu lagi peningkatan oleh barisan tengah Arsenal apabila Aaron Ramsey sering kali berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan BPL. Nyata kehadiran Ozil menjadi tonik kepada pasukan dengan jolokan “The Gunner” ini.

Flamini Kembali Bersebab
Flamini hadir ke Emirates dengan begitu banyak persoalan dan tanda tanya oleh peminat Arsenal. Bagus ke? Macam tak okay je? Semua ini terjawab apabila barisan tengah dan pertahanan Arsenal menjadi semakin sistematik. Komunikasi antara pemain semakin jelas dan segala yang dirancang berjalan seperti yang diinginkan. Jika dilihat dalam beberapa perlawanan ini, disaat pertahanan diuji oleh pihak lawan pasti Flamini berada disitu. Karektornya sebagai pemain senior didalam pasukan terserlah apabila ia menjalankan tugasnya dengan cukup baik. Malah pertahanan Arsenal menjadi lebih tersusun dan tidak mudah ditembusi oleh mana-mana barisan tengah pasukan lawan.

Kecederaan Adalah Berita Gembira
Ketika ini kem Arsenal dilanda krisis kecederaan yang amat banyak, antara yang terlibat Podolski, S.Carzola, Walcott, Diaby, Arteta, Sanogo, dan Vermalean. Ini dianggap sebagai perkara yang buruk, namun dalam situasi sebegini Arsenal masih mampu mempertahankan konsistensi permainan dan memperoleh kejayaan dalam banyak perlawanan yang dihadapi. Cuba bayangkan jika semua pemain ini berada dalam keadaan sihat dan mampu bermain. Serahkan perkara yang memeningkan ini kepada Arsene, beliau lebih arif dalam membariskan pemain dalam situasi tersebut. Apa yang pasti, setiap pemain didalam kem Arsenal waktu itu perlu bersaing untuk mendapatkan tempat malah nyata persaingan sihat ini bakal membawa kepada masa depan yang lebih baik untuk pasukan. Bukankah kecederaan mampu dianggap sebagai berita gembira?

Okay cukup setakat ini, segala analisis dan maklumat yang disampaikan diatas adalah melalui pemerhatian dan bahan bacaan penulis. Mungkin ada ketirisan maklumat malah tidak tepat namun penulis beranggapan ini adalah salah satu dari rumusan kasar yang mudah untuk difahami semua pihak. Hanya untuk menyampaikan maklumat dan info berguna kepada peminat Arsenal mahupun mereka yang mahukan maklumat tentang dunia bola sepak Arsenal.

“8 years dreams in the drain, and now we are coming again”
“KEEP FAITH, KEEP CALM AND SUPPORT ARSENAL”

#COYG

Akhir sekali saya tinggalkan entry kali ini dengan muzik video yang nyata menaikkan semangat anda sebagai 
THE GOONER

No comments:

Sumber Tenaga Patraque