Thursday, March 5, 2009

Macam Posmen

Aku dah lama tak update blog ni rasa nye sejak dari kali terakhir aku post blog bulan Februari lepas. Lagipun aku sedar, walaupun aku update bagai nak rak bukan da orang yg baca pun. Bukan aku nk sangat orang baca sangat. Cukuplah sekadar dapat aku luahkan pendapat dan perasaan aku dalam blog ni sebagai pengganti tempat mengadu selain insan disekeliling aku.

Bertahan dan gigih. Itu yang aku sedang lakukan. Mahu atau tak aku perlu lakukan. Situasi ni pasal pelajaran aku. Kena bautt itu ini, padahal masa singkat je. Rasa nya hilang tenaga aku. Mahu sampai keranjang pun aku tak mampu nak handle. Mana tak nya, kerja berlambak-lambak sampai waktu rehat pun tak cukup. Tapi difikirkan, kalau rehat je itu bukan pelajar dah nama nya tak silap aku. Sudah boleh menjawat jawatan penganggur of the month. Hehe...

Bayangkan ke KL dari Melaka balik hari. Semua atas urusan pelajaran. Tenaga. Wang. Air Liur. Masa. Semua byk digunakan. Yang pasti dekat sini, aku memang sedang berlumba dengan masa yang tak pernah kenal putus asa mengejar aku. Sehingga aku sendiri kalah dan terpaku melihat masa serta apa yang sudah berlaku dibelakang. Itu yang aku cakap "macam posmen". Kalau posmen tgk pun dia takut. 

Dengan semua aktiviti ni, banyak jugak bagi aku kesan. Waktu tidur aku tiba-tiba stabil dalam bulan ni. Cuma kali ni tak cukup sebab setiap masa itu aku perlu penuhi untuk urusan akademik aku. Dulu tak boleh tidur. Sekarang boleh tapi tak cukup masa pulak.

Aku lemah disini, tak banyak yang mampu aku fikir untuk menulis blog ni. Melainkan menceritakan apa yang terjadi dalam hidup aku. Sedangkan nak baca surat khabar pun tak sempat. Inikan aku nak memikirkan dan menyimpulkan apa yang berlaku disekeliling aku, iaitu sesuatu yang lebih berat isinya.
Sudahlah, aku nak zip mulut ni.

No comments:

Sumber Tenaga Patraque