Sunday, April 19, 2009

Barang Lama Ada Harga!

Aduhai blog! Aku ni name jew ada laptop. Ada internet, malangnye PEMALAS! Malas nak updated blog. Ada cerita tapi malas. Nak kongsi. Tapi aku tak tulis apa-apa pun. Ini aku tak tahu apasal aku boleh nak menulis. Ada cerita dan tak malas. Lantak lah! Aku memang nak menulis sekarang.

Aku boleh anggap ini salah kesan daripada penyakit kemurungan yang aku hadapi dalam seminggu nie. Yelahlah mane idak nye, aku ni dah nak dekat FINAL. Subjek wat pecah kepala, mahu aku tak kena penyakit berjangkit nie? Muke semua cam chill jew. Padahal nampak jew buku mule runsing. 

Dulu masa SPM, lantok le kamu buku. Takde teman sio nak ngadap kamu. Sekarang, buku tu padan muke ke teman balik, masuk jew IPT ni buku tue jugak lah yang dibawa tido. 

Alahai Final! Ko wat aku ngadap laptop updated blog!
Lagipun takpe lah, aku dah lama tak updated blog aku yang dah cam ruangan luahan perasaan syok sendiri. Takde sekor pun orang komen! Hahaha! Dasar tak popular.!

Nak diceritakan kat sini, baru dua hari lepas teman mengkojekan lemari(ALMARI) teman yang udah rupe tahi lembu susunan pakaian teman. Mane idok nye, bebulan teman tak balik. Segala male, khazanah rumah mak aku letak dalam almari aku yang kurang baju sebab banyak dah bawa pergi campus. Alang-alang nak susun, aku selongkar semua benda dalam almari tue.

Alamak! Menggamit Kenangan Lalu!
Aku jumpe semua harta-harta lame aku. 
Paling aku nak highlight dekat sini "kamera sejak zaman kemajuan aku pandai memetik butang untuk tangkap gambo sampai le yang dah up sikit".

Aku mula-mula pandai tangkap gambo masa aku umur 6 tahun, masa tu aku dekat Phuket, Thailand. Disebabkan parent aku nak tangkap gambo berdua dan takde siapa-siapa diorang nak mintak tolong, aku lah yang jadi photographer waktu tu. Hehehe! Masa tu jenama KONICA je aku pakai, mak aku ingat lagi harga nye RM60 jew. Dengan ini aku sertakan juga gambo nye. Kenangan Beb!

*Inilah kemajuan orang Jepun(Kamera boleh wat baling anjing)

Dah zaman berubah aku pun merasalah pakai yang boleh zoom, nak tahu cerita disebalik kamera ni? Sebab macam mana aku boleh ada kamera ni, ada ceritanye. Kenalah email aku kalau yang nak tahu. Takdelah canggih sangat. Jenamanye MINOLTA. Best jugak pakai, tapi bateri mahal! Haram jadah betol! Ni gambo nye!


*itu belum On mmg takde ZOOMnye!

Lepas yang tu, mulalah zaman nak menDIGITALkan segala-galanye. Nak kena ada kamera digital pulak dah! Nah! timing cantek jew. Orang semua tengah sibuk dengan Myspace. Ini time semua orang nak upload gambo. Macam-macam gaya dan aksi dah keluar. Pernah dulu aku pakai kamera digital ni lah juga, aku bergambo dalam tong sampah! Idok ke gile namenye. Hahah! Tapi tu zaman pra-matang. Kenangan zaman dulu nie, kadang-kadang buat aku tersenyum sendiri masa baring atas katil sambil letak tangan atas dahi. Hahahah! Aku pakai kamera digital CAP AYAM jew! VIVITAR! Uhuhuhuh! Ni gambonye.



*Kecil dan Mudah dibawa(tak best!)
-Made in China-

Hahahaha! Lawaklah ingat and layan khazanah-khazanah lama nie.
Harga Yang Mahal aku maksudkan ni bukan berbentuk wang. Tapi Harga atau Value itu sendiri adalah sangat abstrak iaitu "Sentimental Value". Itu yang aku pasti. Aku jugak pasti kalian pun ada barang yang mampu menggamit kenangan bukan? Semoga berjumpa lagi, kalau aku rajinlah. 

P/s: Doakan FINAL aku rakan-rakan! Hahah!! Goodluck rakan-rakan sekelas ku! 
Nasihat dari Patraque: Jangan mandi pagi kalau nak masuk dewan periksa, mesti mudah menjawab soalan! Hehehhe!!

1 comment:

syaNa said...

Hahaha..
Kau pun nak jadi penulis ke??

Sumber Tenaga Patraque