Wednesday, June 17, 2009

Masa. Kerja. Result. Aku Hampir Dipenghujung!

Adoi! Tersentak aku dek kelekaan minda ini yang sering saja terlupa untuk mengupdate blog aku ini. Nak aku salahkan masa rasanya aku sudah banyak mempermainkan masa yang sentiasa mencemburui aku. Mencemburui insan yang sering mempermainkan masa. Aku tak nafikan diatas muka bumi ini, semua insan memperjudikan masa. Ada yang menggunakan masa untuk kesenangan, dan ada juga yang mengunakan masa meniti kesengsaraan dalam kesenangan.

--------------------

Sudahlah dengan masa! Aku kini benar-benar kesuntukan masa. Jam dirumah ini tepat dengan detikan sesaatnya. Jarum itu tak pernah lalai dan terlupa untuk berdetik membantu manusia memperoleh lebih masa.

--------------------

Pejam celik, pejam celik....
Nah! Aku sudah hampir dengan tarikh kemasukan kembali ke kampus.
Hari semalam saat aku mengangkat segala barangan dalam bilik masih dalam kepala otak ni. Tapi apa yang sudah jadi? Sekejap sahaja aku disini, walaupun bagi insan lain aku sudah berhabis dengan masa yang panjang. Sedangkan cuti sekolah sudah selesai, aku tertiarap lagi dirumah bercuti.

-------------------

Kerja!

Ya! Seperti orang lain juga, aku pun nak juga duit lebih menjelang aku kemasukan semester depan ni. Macam biasa, insan yang baru ingin merangkak di Kota Metropolitan ini bekerja sebagai "promoter" sudah cukup memberikan kepuasan kerja. Usah ditanya keletihan yang dihidap, memang letih dengan hanya bayaran mengikut jam. Memang letih, kena terpacak macam tiang tunggu customers yang kadang datang untuk tengok-tengok saja. Tidak kisahlah dengan itu, ada juga yang macam tak pernah jumpa baju semua nak dikumbahnya. Aku pasti dek kerja yang aku lalui setiap hari, membuat aku tidak terasa dengan perginya masa begitu cepat sehingga kini aku sedar cuti semester ini kian menutup tirai. Tidak aku nafikan, suasana kerja masih aku rindui dengan rakan-rakan sekerja yang menemani setiap hari. Sebenarnya dalam hati ni, ada lagi berkehendakkan suasana itu, dengan satu cara iaitu menyambung kerja sebagai "promoter" kembali. Namun tika ini aku perlu memikirkan tanggungjawab yang lain, jadi tiadalah peluang bagi aku lagi bekerja. Ternyata cuti aku tidak kosong dan tidak membosankan!

--------------------

Result?!

Puas hati? Itu yang aku rasa patut aku tanya pada diri aku. Dan, YA adalah jawapan aku.
Sudah aku nyatakan dalam diri aku ni, buat apa hendak aku score lebih-lebih sedangkan pass semuan dan tiada repeat sudah memadai bagi aku. Ini kerana setalah aku membuang masa untuk berfikir, adakah kemungkinan apa yang aku pelajari kini menjanjikan peluang kerja yang sama? Dengan kemelesetan ekonomi kini. Benarkah kalau aku mempelajari bidang kejuruteraan dan pastinya aku seorang jurutera? Sedangkan pemegang lulusan ijazah sendiri bekerja sebagai "promoter" sealiran dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh aku yang masih menuntut. Jadi dengan kedudukan keputusan aku kini, sudah pasti aku sangat berpuas hati dan melupakan segala kesesalan yang dilakukan dulu. Kepada rakan-rakanku yang berjaya dengan cemerlang, TAHNIAH! Satu pesan dari aku, kejayaan masa ini tak menetukan kejayaan hari esok.

p/s: Maaf jika begitu panjang penulisan kali ini. Ini lebih kurang macam rumusan hampir sebulan. Memang la agak panjang. (Kini Patraque perlukan komen untuk menambah baik cara penulisan) -Sekian-

No comments:

Sumber Tenaga Patraque