Friday, November 13, 2009

Coretan Dari Panggung

2012

RAGING PHOENIX

Al-kisahnya lama dah aku tak update blog ni. Janggal jugak nak menaip ni, sedangkan assignment pun aku dah makin kurang menaip. Hahaha! Itulah aku sejenak ni. Semoga sem depan buat aku selalu menaip assignment aku. Sudahlah! Malas nak merepek and mengomel banyak, aku ada benda nak cerita ni. Takdelah penting sangat. Just pasal movie.

-----------------------

Semalam aku pergilah menjelajah sampai ke Bandar Melaka yang sangat bersejarah hanya untuk tengok movie. Memang aku plan nak pergi pun, segala cukup terancang. Aku betul-betul pergi nak tengok cerita yang nak taknak aku tak nafikan ramai yang tunggu. "2012".

Sudahlah, aku tak percaya hari kerja orang tak wayang. Sampai-sampai je, memang takde tiket la kalau dah engkau sampai pukul 12 nak tiket pukul 2ptg sedangkan kau tahu cerita tu memang orang nak tengok sesangat. Alamatnya, pukul 6ptg la aku tengok. Sebelum tu macam biasalah aku dekat Melaka ni, memang selalu tengok dua movie sekali keluar. So, aku decide untuk tonton "Raging Phoenix" dulu on 3ptg.

--------------------

"Raging Phoenix" adalah sebuah cerita Thai yang mana director nye ada orang yang buat "Ong Bak". Pelakon yang diorang pertaruhkan pun orang yang agak terkenal dengan cerita macam ni. Minah yang jadi main actor dalam cerita "Fury". Aku sebut je pasal beberapa cerita ni, aku rasa satu Malaysia dah boleh agak jenis cerita apa aku tengok nie. Genrenye aksi dan pertarungan. Bestnye pasal cerita ni, dia lain dari yang lain bila dia memasukkan unsur muay thai dan digabungkan dengan break dance. Tapi takde la aku nampak sepenuhnya pun ada breakdance. Overall cerita ni sangat okay. Aku nak cakap GEMPAK tak boleh la, sebab "Ong Bak" memang peneraju semua cerita aksi Thai yang aku boleh cakap dah semakin melambak dekat Malaysia ni.

---------------------

"2012". Ini cerita korang jangan main. Kalau aku cakap tengok movie macam tengok concert boleh percaya tak? Orang dalam panggung yang gelap tu, boleh bertepuk tangan macam ada band baru lepas buat show dekat depan skrin tue. Aku pun bertepuk jugak, alang-alang semua dah tepuk. Hehehe! Memang aku tak sanggup nak kelip mata masa tengok, gila ko cerita ni best la doh! Erm... CGI, tak boleh nak nafikan la kalau dah cerita tu bautan Amerika. Segalanya nampak sangat sempurna. Kalau ada cacat, sikit la. Tak perasan sangat... Bila tengok "2012", boleh buat kita berfikir sekejap. Bersediakah kita dengan semua kemusnahan ini? Kiamat? Rasanya "2012" yang membawa kehadapan teori barat yang kita akan kiamat pada 21/12/2012 tak mungkin terjadi, kalau ikut kepercayaan Islam kiamat tak semudahnya berlaku macam tu je. Tapi sekadar gambaran dan ingatan bahawa kiamat itu wujud dan betapa dahsyatnya, barat baru sahaja berjaya mengilustrasikan segalanya dan buat kita berfikir dan terus berfikir. Mulanya aku memang tak mengharapkan sesuatu yang lebih dan fikir "2012" boleh jadi satu lagi cerita copy paste dari "The Day After Tomorrow" memandangkan directornya pun sama. Segalanya berubah la beb! Pengisian kali ni lenih banyak. Moral pun banyak diselit, tinggal kalau kalian sedar atau tak. Tapi memang banyak. Sememangnya, movie ni is the must seen movie before year end.

Apa yang ada?
  • Nilai moral
  • Kemusnahan
  • Kehancuran Sistem
  • Kekeluargaan
  • Kemanusiaan
---------------------

Rate:
Raging Phoenix - 3 out off 5
2012 - 5 out of 5

p/s: Aku banyak guna ayat "memang" post kali ni. Aku dah nak last paper final exam. Doakan aku berjaya ya! Hehehe!!! Dah nak cuti sem lah...... n_n

No comments:

Sumber Tenaga Patraque