Thursday, November 26, 2009

Hai! Sudahnya malam raya jugak aku update blog ni, banyak masa yang dihabiskan dikedai mamak, court bola sepak dan tidur melebihi jam yang sepatutnya. Ini adalah apa yang aku boleh katakan sebagai penyebab aku tidak mengupdate blog ni. Ya, pengakuan yang jelas bahawa aku sangat membuang masa cuti semester ini. Kalau ada pun aku bangun pagi untuk jogging lepas sedar bahawa diri ni semakin GEMOK! Itu pun bangun jam 7, 8pagi mula berjogging sampailah jam 9. Kemudian habiskan masa dekat kedai makan untuk breakfast sampai jam 10. Akhirnya balik rumah, lepas mandi tidur sampai ke petang. Macam membazir jugak masa rasanya. Hahaha!
Katanya nak tengok Twilight Saga: New Moon, harapan jelah duit aku pun dah habis. Mengharapkan sedikit belas dari rakan baik untuk belanja pun, gaji dia kena hold. Memang lambat sikit la aku berpeleseran depan panggung tu. Hish!
----------

Bukan apalah, aku takde tempat sudah rasanya nak cerita benda ni. Apa guna blog sendiri untuk berkongsi ataupun mewarnai lagi dengan cerita-cerita dongeng aku. Ni nak habaq, baru-baru ni aku mimpi best gila! Aku mimpi bapak aku yang si pemandu teksi sekitar KL ni hadiahkan aku MAZDA RX8! Gila ka? Pak hang jutawan ka, hartawan ka, haiwan ka, nak bagi hang senang-senang kereta rendah tu!(Monolog aku saja). Memang real gua cakap lu.... Aku siap tanya bapak aku lagi(versi dalam mimpi), "Ini bukan mimpikan?". Jawabnya, geleng saja. Aku dah semakin percaya. Dalam mimpi aku siap call kawan aku lagi, nak bagitahulah yang kawan kau ni dah ada RX8. Lama jugak aku mimpi, aku pun tak catat durasi mimpi aku(ada pulak kan?). Alih-alih, terbuka mata sedar dari tidur. Kimak!!!! Mimpi je kew???!!! Macam nak menangis aku. Sedih dol! RX8 dah dalam genggaman.... Namapun mainan tidur, bersyukurlah apa yang ada sekarang. Nak lebih pun tak mampu, kena tunggu bapak aku dapat jadi pangkat Datuk ke Dato' mana negeri bagi. Makan income kiri kanan, masa tu korang tengoklah. RX8 bapak aku hadiahkan. Hahahah!! Mat Jenin sangat dah aku malam ni.

p/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!!

No comments:

Sumber Tenaga Patraque