Thursday, November 26, 2009

Hai! Sudahnya malam raya jugak aku update blog ni, banyak masa yang dihabiskan dikedai mamak, court bola sepak dan tidur melebihi jam yang sepatutnya. Ini adalah apa yang aku boleh katakan sebagai penyebab aku tidak mengupdate blog ni. Ya, pengakuan yang jelas bahawa aku sangat membuang masa cuti semester ini. Kalau ada pun aku bangun pagi untuk jogging lepas sedar bahawa diri ni semakin GEMOK! Itu pun bangun jam 7, 8pagi mula berjogging sampailah jam 9. Kemudian habiskan masa dekat kedai makan untuk breakfast sampai jam 10. Akhirnya balik rumah, lepas mandi tidur sampai ke petang. Macam membazir jugak masa rasanya. Hahaha!
Katanya nak tengok Twilight Saga: New Moon, harapan jelah duit aku pun dah habis. Mengharapkan sedikit belas dari rakan baik untuk belanja pun, gaji dia kena hold. Memang lambat sikit la aku berpeleseran depan panggung tu. Hish!
----------

Bukan apalah, aku takde tempat sudah rasanya nak cerita benda ni. Apa guna blog sendiri untuk berkongsi ataupun mewarnai lagi dengan cerita-cerita dongeng aku. Ni nak habaq, baru-baru ni aku mimpi best gila! Aku mimpi bapak aku yang si pemandu teksi sekitar KL ni hadiahkan aku MAZDA RX8! Gila ka? Pak hang jutawan ka, hartawan ka, haiwan ka, nak bagi hang senang-senang kereta rendah tu!(Monolog aku saja). Memang real gua cakap lu.... Aku siap tanya bapak aku lagi(versi dalam mimpi), "Ini bukan mimpikan?". Jawabnya, geleng saja. Aku dah semakin percaya. Dalam mimpi aku siap call kawan aku lagi, nak bagitahulah yang kawan kau ni dah ada RX8. Lama jugak aku mimpi, aku pun tak catat durasi mimpi aku(ada pulak kan?). Alih-alih, terbuka mata sedar dari tidur. Kimak!!!! Mimpi je kew???!!! Macam nak menangis aku. Sedih dol! RX8 dah dalam genggaman.... Namapun mainan tidur, bersyukurlah apa yang ada sekarang. Nak lebih pun tak mampu, kena tunggu bapak aku dapat jadi pangkat Datuk ke Dato' mana negeri bagi. Makan income kiri kanan, masa tu korang tengoklah. RX8 bapak aku hadiahkan. Hahahah!! Mat Jenin sangat dah aku malam ni.

p/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!!

Wednesday, November 18, 2009

Coretan Dari Panggung -2-

Alahai cuti semester, baru saja mula sudah ada yang mengajak kesana sini. Tak kisahlah pergi mana pun. Memang aku sedar kalau aku cuti ni, confirm-confirm kakak aku yang tersayang ni ajak aku ikut pi merayap(dua beradik je, adat la rapat). Marilah ikuti dialog beliau....
"Adik, jom rabu ni kita pergi tengok movie 2012..."
Nah! Penangan apa entah satu Malaysia nak tengok cerita tu... Hahaha! Tapi aku tak nafikan cerita tu mampu tarik ramai datang ke panggung. Sudahnya, terpaksalah aku tengok dua kali cerita ni. Apa salah melayan kakak aku sorang nie... Lagipun 2012 mampu buat aku tidak berasa bosan untuk tunggu dua jam setengah melayan jalan ceritanya yang padat dengan segala aspek yang perlu ada dalam sebuah penceritaan zaman ini.

------------

Jangan jealous la.... Second round ni aku tengok dekat IMAX. Tempat dimana skrin Gadang ditempatkan. Hahaha!!! Puas beb kali ni. Cuma aku perasan lainnya crowd dekat KL ni tak best macam dekat Melaka. Tengok sampai bertepuk tangan pada scene yang rasanya sepatutnya diberi penghargaan pada director, dengan pengaturan yang baik. Apa-apa pun, IMAX terbaik!

p/s: Twilight Saga: New Moon - Ini Sudah Tak Tahan 20/11/09 mesti maw tengok! Hehehe...

Friday, November 13, 2009

Coretan Dari Panggung

2012

RAGING PHOENIX

Al-kisahnya lama dah aku tak update blog ni. Janggal jugak nak menaip ni, sedangkan assignment pun aku dah makin kurang menaip. Hahaha! Itulah aku sejenak ni. Semoga sem depan buat aku selalu menaip assignment aku. Sudahlah! Malas nak merepek and mengomel banyak, aku ada benda nak cerita ni. Takdelah penting sangat. Just pasal movie.

-----------------------

Semalam aku pergilah menjelajah sampai ke Bandar Melaka yang sangat bersejarah hanya untuk tengok movie. Memang aku plan nak pergi pun, segala cukup terancang. Aku betul-betul pergi nak tengok cerita yang nak taknak aku tak nafikan ramai yang tunggu. "2012".

Sudahlah, aku tak percaya hari kerja orang tak wayang. Sampai-sampai je, memang takde tiket la kalau dah engkau sampai pukul 12 nak tiket pukul 2ptg sedangkan kau tahu cerita tu memang orang nak tengok sesangat. Alamatnya, pukul 6ptg la aku tengok. Sebelum tu macam biasalah aku dekat Melaka ni, memang selalu tengok dua movie sekali keluar. So, aku decide untuk tonton "Raging Phoenix" dulu on 3ptg.

--------------------

"Raging Phoenix" adalah sebuah cerita Thai yang mana director nye ada orang yang buat "Ong Bak". Pelakon yang diorang pertaruhkan pun orang yang agak terkenal dengan cerita macam ni. Minah yang jadi main actor dalam cerita "Fury". Aku sebut je pasal beberapa cerita ni, aku rasa satu Malaysia dah boleh agak jenis cerita apa aku tengok nie. Genrenye aksi dan pertarungan. Bestnye pasal cerita ni, dia lain dari yang lain bila dia memasukkan unsur muay thai dan digabungkan dengan break dance. Tapi takde la aku nampak sepenuhnya pun ada breakdance. Overall cerita ni sangat okay. Aku nak cakap GEMPAK tak boleh la, sebab "Ong Bak" memang peneraju semua cerita aksi Thai yang aku boleh cakap dah semakin melambak dekat Malaysia ni.

---------------------

"2012". Ini cerita korang jangan main. Kalau aku cakap tengok movie macam tengok concert boleh percaya tak? Orang dalam panggung yang gelap tu, boleh bertepuk tangan macam ada band baru lepas buat show dekat depan skrin tue. Aku pun bertepuk jugak, alang-alang semua dah tepuk. Hehehe! Memang aku tak sanggup nak kelip mata masa tengok, gila ko cerita ni best la doh! Erm... CGI, tak boleh nak nafikan la kalau dah cerita tu bautan Amerika. Segalanya nampak sangat sempurna. Kalau ada cacat, sikit la. Tak perasan sangat... Bila tengok "2012", boleh buat kita berfikir sekejap. Bersediakah kita dengan semua kemusnahan ini? Kiamat? Rasanya "2012" yang membawa kehadapan teori barat yang kita akan kiamat pada 21/12/2012 tak mungkin terjadi, kalau ikut kepercayaan Islam kiamat tak semudahnya berlaku macam tu je. Tapi sekadar gambaran dan ingatan bahawa kiamat itu wujud dan betapa dahsyatnya, barat baru sahaja berjaya mengilustrasikan segalanya dan buat kita berfikir dan terus berfikir. Mulanya aku memang tak mengharapkan sesuatu yang lebih dan fikir "2012" boleh jadi satu lagi cerita copy paste dari "The Day After Tomorrow" memandangkan directornya pun sama. Segalanya berubah la beb! Pengisian kali ni lenih banyak. Moral pun banyak diselit, tinggal kalau kalian sedar atau tak. Tapi memang banyak. Sememangnya, movie ni is the must seen movie before year end.

Apa yang ada?
  • Nilai moral
  • Kemusnahan
  • Kehancuran Sistem
  • Kekeluargaan
  • Kemanusiaan
---------------------

Rate:
Raging Phoenix - 3 out off 5
2012 - 5 out of 5

p/s: Aku banyak guna ayat "memang" post kali ni. Aku dah nak last paper final exam. Doakan aku berjaya ya! Hehehe!!! Dah nak cuti sem lah...... n_n

Sumber Tenaga Patraque