Monday, May 24, 2010

Jadi Diri Sendiri

Hye! Hahaha.... Sedikit ulasan pada sesuatu yang aku rasa kini. Usahlah nak merubah menjadi manusia yang lain, sedang diri tidak pernah cukup sempurna. Memilih untuk mencari inspirasi tu lainlah tujunya. Ini terus-terusan hendak berubah, perkara tidak akan pernah jadi mudah. Malah lebih kabut dan kusut yang datang berkawan menhancurkan segala yang ada. Biasalah manusia, pernah kenalkah erti bersyukur, kalau lepas makan kemudian sendawa barulah terpacul ayat bersyukur "urgh! Alhamdulillah, syukuuuurrr..." siap tarik panjang lagi. Hendak atau tidak setiap manusia pernah terperangkap dalam dilemma mencari identiti masing-masing. Seperti jugak aku pernah terperangkap dalam hal ini, selamatlah tidak sempat membuat apa-apa tindakan lagi aku sudah teringat akan asal usul diri ini. Dalam hidup semua kena fikir dua kali, takut tersilap langkah jadi bagai "Yang dikendong bertaburan, yang dijinjing berciciran". Entah betul ke tidak perumpamaan aku ni, kalau salah tolong betulkan aku. Hahaha! Sudah bertahun berjalan atas muka bumi Allah ini, ada juga yang aku pernah lihat terperangkap. Hampir semua dari kalangan rakan-rakan aku juga. Identiti yang tak pasti, akhirnya merana diri. Jadi Diri Sendiri, sepertimana mak dan bapa kita pernah corakkan dahulu. Jika berubah, pandailah membawa diri. Insya-Allah selamat. Hanya nasihat dari pengalaman serta perkongsian cerita untuk semua. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

-----------------------------

Okay, berakhir post kali ini bermakna aku sudah tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk mula bekerja. Biar panjang kali ni, lepas ni pendek-pendek la yer. Kalau ada cerita panjanglah kot. Aku takut silap-silap langsung tak update. Letih kerja. Hehehe. Btw, I'm ready for my 1st day of work tomorrow! Bring it on.... :P

No comments:

Sumber Tenaga Patraque