Monday, March 28, 2011

#5 YR: Peter Hollens vs Mike Tompkins! (gaduh besar!)


Fuiyo! Lama tak buat review tu..... Aku bukan taknak  review, memang hari-hari aku mentelaah youtube. Tapi takde masa aku nak buat perkongsian dengan korang ni. Korang bukan baca pun! Hehehe... Takdelah, aku takde masalah. Well, I'm Degree now. Cakap omputih pun cam askar Gurka, speaking kunon juboq! Dah sembang banyak tarak guna*terkeluar identiti sentul aku. Meh rapat, yang jauh datang dekat yang rapat biar sampai sendat *lucahnya! 

Once upon a time..... *pak hang! macam bodoh....
I would like to introduce you guys with this brand new youtuber's that is also can be consider as awesome as Mike Tompkins! *tak kenal Mike Tompkins? Tekan link ini.

Dah sekarang sudah ada gaduh besar, bukan gaduh betul sampai bertumbuk. Konsep sekarang dah semakin berkecamuk. Dah mula tiru meniru. Tapi bagi aku macam ni baru persaingan sihat, lebih sihat dari lumba lari dalam guni. Serta lebih sihat dari badan Syanie. Hahaha.

Aku lebih suka review pasal Peter Hollens ni. Aku teringin kalau mampu ada kolaborasi antara Mike Tompkins dengan dia ni. Kerna, Peter lebih mantop dari segi vocal. Hentaman vocal melampaui batas norma pembikin video viral si Mike. Manakala Mike lebih cerdas dan cergas dari otak lembu pada sudut hal ehwal bunyian serta keunikan video.

Baru-baru ni peter dan mike bertembung antara dua lagu yang sama. Kedua-dua memilih lagu yang sama. FIREWORK-KATY PERRY. Lalu dengan cara ini mudah untuk aku buktikan keterampilan hebat dorang ni.  Samada benar atau tidak tuduhan aku diatas*macam cakap dekat mahkamah lak! 

POT-PET-POT-PET!
Sembang kuat habuk tarak, meh aku kasi berhabuk sikit.
TENGOK VIDEO LUCAH DIBAWAH!

PETER HOLLENS

Harmonis dan Bertenagakan? Cuma Beatbox kurang kepelbagaian.

MIKE TOMPKINS


Ini memang tak disangkal dah kehebatan dia. Tengok jumlah viewers pun dah tahu! Haha.

So, korang dah tahulah kan kenapa aku cakap "gaduh besar"? Tak faham? Memang korang ajak aku bergaduh.... Tapi sebelum tu aku nak tepon mak aku dulu, takut nanti gaduh sampai mati. *poyo!

Sekian sahaja review kali ni harap korang suka, setelah sekian lama takde review. ENJOY!

p/s: Aku ada banyak video lagi nak review ni. Tunggu!!!!


1 comment:

Peter Hollens said...

Thanks for writing about me! :)

Check out my youtube channel!

www.youtube.com/peterhollens

Sumber Tenaga Patraque