Tuesday, May 10, 2011

Hari Ibu Atau Hari Lembu?


Beberapa hari lepas seluruh dunia menyambut hari ibu. Iaitu demi mengingati jasa seorang wanita yang kalian semua panggil ibu, mak, mama atau seangkatan dengannya. Tujuan entri kali ini bukan untuk mengupas atau mengenang mana-mana jasa ibu didunia ini. Bukan ibu aku, dan juga bukan tentang ibu kau. Mungkin tentang ibu jari, dan mungkin juga tentang ibu... ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku (nyanyi macam lagu iklan Nespray). Sudah! Hentikan.... Teruskan pada agenda utama....


Dan penat aku cover macho dekat atas tu, meh aku berubah menjadi lebih kurang formal. Juga kurang normal. Hari ibu, apa yang kau tahu? Sudahlah setakat mengucapkan tapi tak tahu erti. Berkenaan hari lembu, takde pun hari itu dalam dunia ni. Saja aku letak macam tu, tapi bukan tak bermakna langsung. Mari aku tanya antara korang, lepas korang ucap atau wish (ehem! speaking) pada ibu korang. Apakah korang rasa cukup? Adakah korang sudah merasai hari ibu itu sekadar itu sahaja? Kalau ya atau sekadar itu sahajalah ucapan korang, baik tak payah nak wish atau update status dekat Facebook panjang berjela-jela dari aku tak kenal mak korang sampai aku boleh kenal nama mak korang. Aku jamin lepas pada korang ucapkan itu baju mak korang cucikan, pinggan mangkuk dekat dapur mak korang cucikan juga, baju dan seluar dalam mak juga lipatkan, apa lagi tugasan mak-mak korang kiranya berjalan seperti biasa. Ha! Ini tandanya serupalah seperti korang menyambut Valentine's Day. Hanya ucapan pada hari tertentu pusing-pusing gaduh juga. Adakah selepas hari ibu itu tiada lagi adegan naik suara dengan ibu korang? Tipulah takde! Jadi mudahlah, untuk korang faham kenapa tajuk entri kali ini macam ini.


Kerana hari itu, penghargaan menggunung-gunung. Selesai sahaja, macam takde apa-apa. Serupalah seperti seekor lembu yang korang kata sayang sebab menghasilkan susu untuk dijual, lepas jual ada korang ambil kisah pasal lembu tu? Jadilah ibu-ibu yang di-wish ini seperti lembu  pada anak-anak. Hari-hari ibu boleh kata sayang pada anak-anaknya, tak perlu HARI Anak sedunia ke apa. Tapi anak-anak? Kalau takde hari ibu, alamatnya takdelah. Lalu ibu pun terus menjadi lembu. Lembu untuk anak-anak. Ingat bukan sekadar hari ibu itu tanda aras kasih atau sayang seorang anak pada ibunya. Tak perlu announce nama mak korang dekat Facebook, berdepan dengannya ucap seikhlas hati. Kalau mampu, bukan dari kata tunjukkan dengan penghormatan tertinggi, usaha (kejayaan) dan cara (bantu apa sahaja selagi mampu) sementara mereka masih ada.

Usah biarkan ibu korang jadi lembu lagi. Kalau korang terasa dengan entri aku kali ini, mintak maaf dan lupakan ucapan Hari Ibu beberapa hari lalu dan perbaiki untuk kebaikan. Berfikir dengan hati menilai dengan akal.

P/s: Aku tak wish pun mak aku, sebab aku rasa macam tak layak untuk hanya mengucap. Aku sedar apa yang aku lalui kini, aku pun sedang berusaha. Aku sayang mak aku, hari-hari bukan hanya hari ibu sahaja.

No comments:

Sumber Tenaga Patraque