Saturday, May 14, 2011

Minggu Juara-Juara

Minggu ni memaparkan pelbagai kejayaan yang dilakarkan oleh setiap pasukan sama ada diluar ataupun dalam negara. Semua nak menang piala gila-gila. Siap ada yang nak kejar, kejuaraan berganda musim ni. Belum sempat semua liga melabuhkan tirai, sudah ada yang bergelar juara. Kalau nak tengok setiap game yang ada memang tak terkejar oi! Banyak tu, lepas tu semua pakat nak julang piala musim ni. Dari Seria A, BPL, FA Cup dan tak lupa juga dalam negara kita Piala Super. Bukan main gah masing-masing nak main, kalau semua game boleh pergi tengok dekat stadium aku rasa gaji sebulan kerani pun tak cukup. Tapi kalau korang CEO mungkin mampulah. Hahahaha!




 Syaitan durjana ni menang buat kali ke 19 nya BPL musim ni. Dengar cerita fans dorang, musim depan nak bagi cukup 20. Ambillah, takpe. Lepas yang ke 20 korang kemarau sampai 100 musim tak dapat angkat apa-apa cup. Anyway, Congratulations to all the Red Devil Fans. You guys deserve it!
Kemarau yang begitu lama. 35 tahun menanti sebuah trofi kejayaan. Hahaha. Akhirnya pelaburan yang membuahkan hasil juga buat Manchester City. FA Cup kali ni diorang punya, jangan sibuk diorang tengah syok celebrate! Hahaha. Game ni aku sempat tengok, dan aku berpeluang tengok si GEMOK Pendek (TEVEZ) julang FA Cup. Untunglah kau, injured tetiba final kau main terus dapat jadi orang pertama julang trofi tu kan. Tapi apa pun gol Yaya Toure malam tu memang Sorensen tak boleh nak tepis dah. Keajaiban je mampu buat gola tu tak menjadi. Nice Man City!
Serie A! Apa kau nak cakap lagi? Kalau dah gempak tetaplah gempak. Tanpa Kaka si Kakak tua yang dibangku simpanan Real Madrid, Ac Milan tetap mampu mengisytiharkan trofi liga milik dorang. Tik tok tik tok, masa berlalu dan diorang menang. Ibrahimovic, Guttuso, Pirlo, Seedorf  dan lain-lain merupakan tonggak yang membuahkan trofi pada kelab ini. Dengar nama pun dah nampak betapa veterannya dorang. Korang ingat orang tua tak boleh menang ke?! 


Merupakan pasukan yang unik, dan sedang ada pada tahap prestasi yang terbaik diorang. Dengan mudah mengmahkotakan kejuaraan musim ni pada diorang. Berbaki beberapa perlawanan, namun menang  dengan selesa. Perlawan lepas ni dengan Deportivo diorang letak pemain biasa-biasa jelah nampaknya. Untuk memberi ruang pemain hebat tahap dewa monyet diorang berehat. Mana taknya nak lawan Semi-Final pulak nanti untuk Juara-Juara Eropah. La Liga nyata kini milik diorang. Pada Real Madrid, dah duduk diam-diam ye. Beli Ronaldo pun tak tentu boleh menang Lal Liga or Piala Juara-Juara Eropah. Hahaha!


Segalanya telah jelas sekarang siapa juara. Kini hanya tinggal untuk mengalih pandangan terus pada Piala Juara-Juara Eropah. Pertembungan antara dua kelab hebat iaitu Barcelona dan Manchester United 28hb ini. Namun bagaimanapun, ternyata kedua-duanya terinspirasi dengan semangat kejuaraan masing-masing. Pasti sengit. Dan dah pasti korang yang kaki bola memang tunggu game ni. Kena pulak memang korang "kipas susah mati" Man U ataupun Barcelona. Epik-epik. Lepas ni mesti semakin untuk industri perjudian, dan pasti ada yang menangis kerana gaji sebulan habis kalah ditaruhkan. Haha. Jadi jauhilah dari berjudi. Hahaha. Masuk neraka tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!



Korang baca sampai sini dah kan? Nampak sangat korang ni updated pasal bola sepak luar dan korang suke news pasal bola luar kan? Ha... tak payah nak nafikan. Memang sah dah. Hahahah. Gurau je.... Hihi (bajet comel)


Alang-alang, jom kita masuk sikit pasal bola sepak dalam negara kita Malaysia yang dicintai ni. Takkan nak ambil tahu masa final nanti je. Takkan nak ambil tahu kalau Malaysia berjaya masuk final cup apa-apa macam Piala Suzuki je.
Sekaran ni tengah berlangsung perlawanan separuh akhir antara empat penjuru. Iaitu Kelantan vs Selangor dan Pahang vs Terengganu.

Suku pertama Separuh akhir Liga Super kali ni mencuri pandanglah juga bila Kelantan belasah Selangor dekat tempat sendiri. Dengan jaringan yang macam tak munasabah. Padahal Selangor kuat kut, dah jadi cam Pasukan baru masuk liga musim ni. 

VS
5                           1

Ko giler ke apa?!

Manakala Pahang dan Terengganu menunjukkan permainan yang seimbang. Kedua-duanya ada peluang untuk menang dalam perlawanan kedua nanti. Tiada jurang jaringan yang besar, namun perlawanan ini juga bakal menjadi tumpuan. 
VS
2                                3

Not bad-lah!

Dah habis pun, aku tahu panjang entri aku kali ini. Pastikan korang menjadi pemerhati dan penonton yang bijak dalam menilai permainan bola sepak. Malaysia kini dari segi pembangunan bola sepak semakin meningkat. Dalam kes diatas ni, nampaknya musim ini Piala umpama bakal pulang ke negeri pantai timur. Namun setiap kumpulan ada peluang masing-masing dalam pertembungan kedua. Segalanya mampu berubah. majulah sukan untuk negara. 

MAJULAH SUKAN UNTUK BLOGGER!!!!!!!!!!! 


p/s: aku suka juga main bola, BOLA POKET. Hahahaha! PEMBETULAN: Bukan Liga Super, Piala FA :D

No comments:

Sumber Tenaga Patraque