Saturday, February 7, 2009

Nak Buang Ke Nak SImpan?

Ha! Pada yang mentelaah blog aku ni, ini bukan iklan jauhi pembaziran. Aku bukan pengiklan murahan okay kena clear dekat sini. Kalau tak nanti, ramai yang datang nak suruh aku iklan produk diaorang kat sini. Kalau nak boleh jew, tapi untuk Syarikat yang bersifat menjual barangan SENSAOIL jelah ye. Hahaha...

Setiap hari orang cerita pasal cinta, sampai muntah kaunselor dengan orang yang ada masalah cinta ni. Baru sekejap tadi aku dengan sahabat "sesetan" aku berbincang pasal ni. Banyak mainpointnya(jenis masalah). Antara yang aku gemar ni, pasal kerisauan lelaki terhadap perempuan dalam situasi berikut:

- Bila lelaki tu selalu contact dan selalu get along dengan si perempuan sebab niat dia nak ayat, sehingga jadi rapat dan akhirnya tak jadi apa-apa setelah lama bergelumang dalam alam perkenalan. Ditambah pula dengan timbulnya harapan dalam alam perkenalan tu. Adoi! Perit....!!!

Tapi itu yang lelaki takut, termasuklah aku.(Ini lebih pada cerita kisah si bujang lah).

Untuk menjauhkan perkara begini banyak lelaki yang ambil keputusan "angkat buntut" dari terus tunggu si perempuan nak declare yang tak pasti apa keputusan dia. 

Jadi lagi satu situasi, lelaki berfikir samada nak tinggalkan ke tak. Kalau tinggal cakap "tak sanggup tunggu pula". Kalau tak tinggal, kena pulak si perempuan bagi keputusan "sampah" lepas bertahun kenal, itu memang "terduduk". Mahu frust menonggeng oi!(Ini selalu jadi bila pernah luahkan isi hati atau niatlah). Sekarang ni keadaan macam ni boleh buat orang tersekat, tak tahu nak buat apa-apa dah. 

Dan aku percaya, perempuan pun pernah lalui benda macam ni, khasnya yang berani luahkan rasa kat lelaki dia suka. Sebab sekarang bukan zaman nak malu kalau "perigi cari timba" sekali pun. Lagipun, memang ramai lelaki yang tak berani nak make a first move. Jadi tak salah perempuan buat macam tu.

Pesanan untuk semua, kalau nak cakap nak. Kalau taknak cakap jew. Jangan biarkan orang jadi bagai "menunggu buah tak jatuh". Ini bukan untuk kaum hawa je, yang adam pun sama.

Bukan nak salahkan sesiapa atau hentam sesiapa. Hanya nak berkongsi idea, apa perkara paling common berlaku sekarang ni. Kalau kena batang hidung sendiri, fikir-fikirkan lah. Dan aku mintak maaf. 

P/s: Sekali lagi ini bukan Blog pengiklanan percuma!

No comments:

Sumber Tenaga Patraque