Sunday, February 8, 2009

Ni Masalah atau Tabiat?

Aku pasti ramai orang yang melalui apa yang aku lalui ni. Bukan benda barulah! Ni perkara lama. Bukan minat nak ungkit, tapi saja nak ungkit. Suka hati aku lah! Hahaha! Nak bising?! Komen nanti.. uhuhu!

Masalahnya mudah. Tidur. Aku melalui saat yang getir waktu begini, ada benda nak buat waktu siang sampai malam, tapi aku masih mengadap benda "hitam boleh lipat" ni. Masalah bukan sebab aku melekat kat sini dengan haiwan hitam ni. Tapi memang tak boleh tidur. Nak cakap insomnia, aku takut nanti jadi betul. Nak cakap aku saja gatal tidur lewat atau terus tak tidur, tapi aku ada niat nak tidur. Kadang dah sampai baring, alih-alih tak boleh tidur. Tak membara aku?! hahaha! 

Macam mana nak atasi ye? Ada "doktor tidur" kat sini? Meh nasihat sikit! hehehe! Tapi memang aku susah tidur, dah boleh cakap cam bad habit lak. Ye r, mahu rosak hidup aku camnie. Bukan tak tidur mentelaah buku ke apa. Terkelip-kelip mata sampai ke pagi. ADOI!

P/s: Masuk azan Subuh je mula aku lembik nak tidur, apsal ha? Ada syaitan pe lam badan aku nie? Hahaha! Nak tidur!!!!!!!

No comments:

Sumber Tenaga Patraque