Monday, June 22, 2009

MELA, Pahang Kampung-ku(2h1m)

Berikut diatas adalah negeri yang aku kunjungi hujung minggu lalu(aku balik kampung sebenarnye). Hehehe! Pahang jauh dek 7jam dari KL(mana taknye, abah aku singgah sana sini), dari KL ke Bentong. Dari Bentong ke Kuala Atok. D
ari Kuala Atok terus ke kampung aku MELA. Macam tak pernah dengarkan nama kampung aku ni(Kampung aku jarang masuk TV la!!!). Lokasi kampung aku ni mudah, dekat dengan Kuala Lipis(rumah Datuk Siti, tapi aku tak pernah tengok pun rumah dia. Heheheh!!!) Juga berhampiran dengan pekan Jerantut(cam "kentut" kan bunyi dia?! Hehehe!) Korang pernah dengar TAMAN NEGARA? Dekat sangatlah tu dengan kampung aku, tapi aku sendiri tak pernah pergi. Aku pun tak peduli sangat dengan tempat tue. Hehehe!

--------------------

Masa aku on the way ke kampung aku jumpa la dengan seorang insan ni(Kuala Atok). Dia ni, memang ada hubungan keluarga dengan family
aku. Rupe dia pun ada macam arwah Atok aku *Al-fatihah!. Nama dia ni mak abah aku panggil Aki Embong, dia pangkat moyang kalau dengan aku. Aku panggil Aki jugak dengan dia(Aki dalam bahasa Pahang maknanye Datuk, tapi dia ni MOYANG aku tak tahu nak panggil apa??!! P lanta
klah bukan dia kisah pun! Hehehe!). Lupa nak bagitaw, dia ni seorang BUTA(bukan sejak lahir). Nak cakap dekat lu orang, dia ni hebat! Semua benda dia tahu, jangan pandang orang buta tak tahu apa-apa yer! Dari Sudut Hiburan, Politik, Hal Ehwal Semasa. Kagum beb aku dengan dia! Manusia celik macam kita pun tak tentu boleh jadi macam dia. Ingatan dia, jangan dicabarlah! Sangat tajam. Suara abah aku dia ingat, dia ingat bila last aku jumpa dia masa umur aku 8tahun(12tah
un aku tak jumpa dia). Hebat tak hebat!


*nielah Aki Embong, sempat aku tgkp gambo dia!
(kaki dia bengkak, coz chigukunya-susa btol aku nak eja!-)


*cakap phone lagi. (usia dan fizikal tidak membataskannya) -puitis sial aku!-

---------------------

Kemudian, journey(cakap omputih la plak aku!) aku diteruskan lagi untuk terus sampai ke kampung aku(abah aku lalu jalan jauh, amek ko! Patah pinggang aku dok lam kereta...). Sesudah sampai, dari jauh aku nampak ada Si Tua yang terkedek-kedek nak pergi buang sampah. Rupa-rupanye, OPAH aku. OPAH!!!!!! Hehehe!!! Lepas aku masuk rumah dan menelanjangkan diri aku(separuh jew! suar pendek yer!), terus aku gapai laptop busyuk aku. Alolorh... Sayangnye aku dekat laptop aku sekor neh! Lepas tu aku sambung broadband aku(dengan muke selambe). NAH!(muke terkejut cam babi tonyok!). Pergh...!! Kampung aku ada coverage internet lah. Ku sangkakan takde, rupe-rupenye ada! Line EDGE je, boleh la dari takde(maw mati keras aku takde tenet sehari..). Aku layanlah apa yang aku biasa layan(bukan blue yer!). Padahal dah pendalaman, plus ulu gilaK pun masih ada internet. Malam pun tiba. Perut pun dah penuh, gendang perut tali kecapi, kenyang perut suka hati(Ikan Patin Masak Asam Tempoyak yer! Fuh! Hidangan Wajib bila balik kampung aku. Hahaha!!). Masuk je pukul 9, 10malam, mulalah semua pakat nak tido! Aku ni pulak biasa dah macam kelawar tak pun vampire, memalam je aku memang berjaga & tido lewat. Memang Sunyi GABANlah!!! Aku sesorang je yang hidup lagi, lain semua dah lelap. KAMPUNG GILAK! Macam cerita I'm Legend je taw ka?! Itulah sebab aku jarang balik kampung aku ni, BOSAN!(Bila Malamlah).

--------------------

Dekat rumah Opah aku sekarang nie ada sekor kucing selepas dah lama Opah aku tak bela kucing(sebab kat rumah tu tak pernah lama hidup kucing kalau aku ada, masa aku kecik dulu lew! confirm mati!). So, Opah aku namakan dia COMEL(nama typical kucing belaan orang melayu). Habis aku kena cakar main dengan dia! Bukan boleh tengok benda bergerak-gerak, mula la nak terkam! Especially, KAKI dan TANGAN. Dengan aku, muka pun aku kena GIGIT! CILAKE betol! Bestnye pasal COMEL ni, dia kuat merajuk dan tidur sama waktu dengan manusia tidur. Malam jew, Opah aku letak dia dekat dapur nanti dia pandai-pandailah nak tidur atas kerusi. Bukan tipu, aku sendiri tengok masa aku pergi bilik air masa malam tu, dia memang tido! Buka mata sikit, lepas tu tido balik! Memang macam manusia sial!

*nielah kucing bangang yang cakar aku tuh!

--------------------

Banyak benda best aku dapat balik kampung nie, cuma bila nak balik tu aku berat sikit. Dah sampai, macam-macam aku dapat! Heheh!!!

*TERATAK OPAH AKU!

*dari sudut pandang sisi. (ChAnteq gak umah opah aku nie!, byk tumbuhan...)
*stesen keretaAPI yang telah lama tak beroperasi lagi kt kampung aku.
(nak naik sekarang lambai je suoh keretaAPI berhenti!)
-sempat la jugak aku amek gambo ni last minute dekat senja-

p/s: paling best balik kampung mesti ada habuan OPAH aku bagi pada aku. $$$$$ (LUV u OPAH!)

9 comments:

Anonymous said...

nanti aku nak pi jugak umah opah hang leh dak???

dabuldahi

Pena Derhaka said...

boleh ja...
hehehe!!!

arif rasyidin said...

emm...sesekali balik ke kmpung tu menyeronokkan..aku kenal opah ko..

Pena Derhaka said...

ye ke..?
mane kenal nie..?
orang mela jugak..?

Anonymous said...

haaaa aku tau lah !...

tu kan dekat rumah kak yati marjan !..
saye lame lah duduk kat sana !...

Izwan Abd Manaf said...

Ni kampong aku ni. Dari lahir aku duduk sini :D

Anonymous said...

KG BEZFREEEN AK NIEH!!!AHAHAHA

Pena Derhaka said...

@anonymous1: mmg orang mela ni... @izwan McCrank: anak jati nie... :)
@anonymous2: kwn ko nye kg? ko nye kt mne? Hehehe... pernah sampai ke?

arif rasyidin said...

hehe...umah aku dulu umah yang terbakar depan pondok polis kampung Mela tu,opah ko kenal akunyer..hehe..tapi skrg aku da pindah Jerantut tp selalu gak balik ke kmpung tu..hehe

Sumber Tenaga Patraque