Friday, February 20, 2009

Lemah Dan Tak Bermaya

Badan ni kadang aku rasa nak berjalan pun payah, tapi kalau tak berjalan matilah aku. Apa benda pun tak boleh buat. Letih dan Lemah dah tiba-tiba sebati dalam diri ni. Entah apa yang aku letihkan? Hari-hari aku tension walaupun dari luarnya aku nampak selalu senyum. Ada masalah? Memang manusia takkan lari dari masalah, percaya tak? Sebentar lagi pasti kau akan ada masalah paling senang masalah payah buang air. Hari-hari ada masalah cuma manusia ni lain isu masalahnya, bergantung pada kita juga macam mana nak handle. Masalah boleh jadi berlaku dengan kawan, masalah kerja, masalah belajar. Dah akhir minggu pun sekarang. Orang asyik dok sibuk happy jumpa keluarga bagai, aku kat sini dok tertekan. Asyik letih jew, aku pun tak tahu kenapa? Dah tu moody dan takde mood. Bukan sifat aku macam tu, aku sendiri tak suka macam tu, tapi ntah mana datang moody nie. Dah la, dari lagi teruk aku merepek baik aku berhenti sekarang. 

P.s: AKU BUKAN TENGAH STONE OKAY!!

Sunday, February 8, 2009

Ni Masalah atau Tabiat?

Aku pasti ramai orang yang melalui apa yang aku lalui ni. Bukan benda barulah! Ni perkara lama. Bukan minat nak ungkit, tapi saja nak ungkit. Suka hati aku lah! Hahaha! Nak bising?! Komen nanti.. uhuhu!

Masalahnya mudah. Tidur. Aku melalui saat yang getir waktu begini, ada benda nak buat waktu siang sampai malam, tapi aku masih mengadap benda "hitam boleh lipat" ni. Masalah bukan sebab aku melekat kat sini dengan haiwan hitam ni. Tapi memang tak boleh tidur. Nak cakap insomnia, aku takut nanti jadi betul. Nak cakap aku saja gatal tidur lewat atau terus tak tidur, tapi aku ada niat nak tidur. Kadang dah sampai baring, alih-alih tak boleh tidur. Tak membara aku?! hahaha! 

Macam mana nak atasi ye? Ada "doktor tidur" kat sini? Meh nasihat sikit! hehehe! Tapi memang aku susah tidur, dah boleh cakap cam bad habit lak. Ye r, mahu rosak hidup aku camnie. Bukan tak tidur mentelaah buku ke apa. Terkelip-kelip mata sampai ke pagi. ADOI!

P/s: Masuk azan Subuh je mula aku lembik nak tidur, apsal ha? Ada syaitan pe lam badan aku nie? Hahaha! Nak tidur!!!!!!!

Saturday, February 7, 2009

Nak Buang Ke Nak SImpan?

Ha! Pada yang mentelaah blog aku ni, ini bukan iklan jauhi pembaziran. Aku bukan pengiklan murahan okay kena clear dekat sini. Kalau tak nanti, ramai yang datang nak suruh aku iklan produk diaorang kat sini. Kalau nak boleh jew, tapi untuk Syarikat yang bersifat menjual barangan SENSAOIL jelah ye. Hahaha...

Setiap hari orang cerita pasal cinta, sampai muntah kaunselor dengan orang yang ada masalah cinta ni. Baru sekejap tadi aku dengan sahabat "sesetan" aku berbincang pasal ni. Banyak mainpointnya(jenis masalah). Antara yang aku gemar ni, pasal kerisauan lelaki terhadap perempuan dalam situasi berikut:

- Bila lelaki tu selalu contact dan selalu get along dengan si perempuan sebab niat dia nak ayat, sehingga jadi rapat dan akhirnya tak jadi apa-apa setelah lama bergelumang dalam alam perkenalan. Ditambah pula dengan timbulnya harapan dalam alam perkenalan tu. Adoi! Perit....!!!

Tapi itu yang lelaki takut, termasuklah aku.(Ini lebih pada cerita kisah si bujang lah).

Untuk menjauhkan perkara begini banyak lelaki yang ambil keputusan "angkat buntut" dari terus tunggu si perempuan nak declare yang tak pasti apa keputusan dia. 

Jadi lagi satu situasi, lelaki berfikir samada nak tinggalkan ke tak. Kalau tinggal cakap "tak sanggup tunggu pula". Kalau tak tinggal, kena pulak si perempuan bagi keputusan "sampah" lepas bertahun kenal, itu memang "terduduk". Mahu frust menonggeng oi!(Ini selalu jadi bila pernah luahkan isi hati atau niatlah). Sekarang ni keadaan macam ni boleh buat orang tersekat, tak tahu nak buat apa-apa dah. 

Dan aku percaya, perempuan pun pernah lalui benda macam ni, khasnya yang berani luahkan rasa kat lelaki dia suka. Sebab sekarang bukan zaman nak malu kalau "perigi cari timba" sekali pun. Lagipun, memang ramai lelaki yang tak berani nak make a first move. Jadi tak salah perempuan buat macam tu.

Pesanan untuk semua, kalau nak cakap nak. Kalau taknak cakap jew. Jangan biarkan orang jadi bagai "menunggu buah tak jatuh". Ini bukan untuk kaum hawa je, yang adam pun sama.

Bukan nak salahkan sesiapa atau hentam sesiapa. Hanya nak berkongsi idea, apa perkara paling common berlaku sekarang ni. Kalau kena batang hidung sendiri, fikir-fikirkan lah. Dan aku mintak maaf. 

P/s: Sekali lagi ini bukan Blog pengiklanan percuma!

Friday, February 6, 2009

Usia Bukan Ukuran

Kalau dulu orang selalu pertikaikan sifat pelupa tu dengan usia. Tapi kalau sedarlah kan, semuanya bergantung pada diri kita jugak. Nak contoh? Meh, aku ceritakan. Hal ni jadi pada aku sendiri jugak, memang malu tapi itu yang terjadi aku boleh bantai lupa E-Mail aku sendiri. Entah apa yang aku silap makan sampai lupa E-Mail sendiri, nak salahkan ibu mengandung tak boleh. Nak taknak dia mak aku jugak. Hehe... Aku anak yang lahir tak cukup bulan. Mengikut fakta kajian orang barat, anak yang keluar awal dari sepatutnya cam aku ni memang ada masalah mengingat. Sekarang memang aku mengaku perkara tu jadi pada aku.

 Berbalik pada cerita E-mail aku, sebenarnya aku silap tulis sebab lupa dan membuatkan aku buat lagi satu E-Mail dan akaun Blog ni. Saudara! aku bukan orang baru nak belajar tulis blog ye. Hehe... Tapi kes aku ni pelik, selalunya orang lupa "Password" aku ni lupa E-Mail. Pekejadah yang dah jadi ni? Salah makan ke? Tak silap aku, aku punya pemakanan okey jew. Hehe..

Ah! Sudah...!! Aku nak bermula balik. Jangan kacau aku nak "merepek "! Ehehe...

Patraque tak mati cuma koma seketika menunggu masa Tuhan bagi jalan untuk terus "merepek" kat sini.

Sumber Tenaga Patraque