Monday, February 14, 2011

Hospital Di Perlukan Di Shah Alam



Hi.... Aku malas nak sembang banyak pasal apa aku nak cerita dalam entri kali ni. Korang tengok tajuk pun dah faham. Percaya atau tak, itulah apa yang ditanggung oleh rakyat Shah Alam yang dah lama menetap. 

Aku ni belajar je sini, rasa gak. Padahal baru satu kes, aku dah terasa gila memang hospital ni diperlukan. Weh! Takkan nak pergi klinik swasta memanjang. Sakit jugak gua beb.....! Belajar bukan free, kena bayar jugak. Paling dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang. Jauh dol! Aku kira-kira guna maps Google adalah dalam 10km. Dah satu kerja lagi nak sampai kesana. Kalau buat orang tercekik tulang, aku rasa sampai sana memang boleh bawa keluar terus tulang ikan tu tanpa bius. Mampos dah pesakit tu. Hahaha. 

Dalam gelak-gelak aku ni bengang pun ada. "Shah Alam", mana je ko sebut nama tempat ni siapa tak kenal? Kalau tak kenal, sah-sah bukan orang Malaysia. *i.c merah yer bang? ke PATI? Haha. Dalam pengamatan aku lah, inilah satu-satunya bandar raya yang takde Hospital. Malu laaaahhh sikit.... Dulu, aku duduk Alor Gajah, Melaka ada je hospital. Siap ada bilik X-ray sume lagi. Hurm..... 

Nak salahkan siapa? Entahlah..... Nak salahkan kepimpinan sekarang, sepatutnya sejak 20 tahun dulu lagi tempat ni ada hospital. Tak guna juga tolak sana, tolak sini. Baik Poliklinik yang sedia ada sekarang ni korang fully utilizes-kan je. 
Memang ada nak bina, tapi bila boleh siap? 2000 rakyat meninggal akibat tak sempat ke hospital? Renungkan-lah.....

P.s: Aku ada entri yang aku dah sedia ada untuk di-postkan. Tentang Valentine's dan pencapaian blog aku. Memandangkan aku semakin malas sekarang. Eloklah aku fokus pada satu-satu entri sahaja. Banyak-banyak pun takde orang baca tak guna jugak kan? Hahahahaha!

1 comment:

dabuldahi said...

post byak-banyak pun tak pa la fiq.. apa salahnya.. hehehe..

apa lagi.. kita salahkan la kerajaan.. siapa lagi nak dipersalahkan.. takkan nak salahkan orang sakit yang tak berduit pulak.. takkan nak cakap... tu la kau.. sapa suruh miskin.. takkan camtu pulak.. dalam hal ni.. memang kerajaan yang bersalah... tak kira.. aku nak cakap jugak.. tak kira la kerajaan mana.. kerajaan yang ada kuasa membentuk rakyat yang sihat..

aku suka gaya tulisan hang baru ni.. aku suka.. nak kawin..

Sumber Tenaga Patraque